Pokok Tualang Daing

Pokok Tualang Daing
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
(tanpa pangkat):
Angiosperms
(tanpa pangkat):
Eudicots
(tanpa pangkat):
Rosids
Order:
Fabales
Keluarga:
Fabaceae
Genus:
Callerya
Spesies:
C. atropurpurea
Nama binomial
Callerya atropurpurea
(Wall.) Schot
Sinonim

Millettia atropurpurea (Wall.)[1]
Pongamia atropurpurea[2]
Padbruggea atropurpurea
Whitfordiodendron atropurpurea


Pokok Tualang Daing, juga dipanggil Pokok Kedang Belum (bahasa Inggeris: Purple Millettia), ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Myanmar, Thailand, bahagian utara Semenanjung Malaysia, dan Singapura. Nama botaninya Millettia atropurpurea. [3] Sinonim Callerya atropurpurea.

Pokok Tualang Daing biasa tumbuh di hutan tanah pamah dan hidup biak dalam tanah yang tidak subur. Oleh itu, pokok ini sering dipergunakan untuk menghiasi tepi jalan raya. Kayunya digunakan untuk pembinaan sederhana, perabot, hiasan dalaman, lantai, dan sesekat, serta untuk membuat kotak, dan pak.

Ciri-ciri fizikal

Kulit kayu pokok tualang daing.

Pokok Tualang Daing tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tingginya, dengan akar-akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna dari kelabu-merah jambu hingga perang kemerah-merahan, sedangkan dahan-dahannya berwarna putih atau kelabu keperak-perakan.
  • Daun: Dibahagikan kepada 7-9 daun kecil.
  • Bunga: Tumbuh dalam rumpun kon yang tegak dan berwarna merah tua.
  • Buah: Merupakan lenggai yang tebal, leper, dan berwarna perang. Lenggai itu terbelah ketika jatuh ke atas tanah. Setiap lenggai mengandungi 1-4 biji.


Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Millettia atropurpurea". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 25 January 2018.
  2. ^ "Callerya atropurpurea (Wall.) Schot". biotik.org.
  3. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names

Pautan luar

  • Laman web Greenergy