Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Pengarah terkiniEn Kamaruzaman bin Ismail
Timbalan Pengarah (Akademik)Pn Rohana bt Ibrahim
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Tn Hj Abdul Latif bin Halim
LokasiJitra, Kedah
Laman webhttp://www.polimas.edu.my

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) merupakan sebuah politeknik yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Sejarah

Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.

Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 22 Mac 1989 oleh DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ketika itu. Semenjak tarikh ini, nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

Visi

Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.

Misi

Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif, berdaya keusahawanan, kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.

Motto

Kakitangan

Pegawai Kanan POLIMAS ialah:

  1. En. Abdul Aziz bin Hasbullah
  2. Tuan Haji Imran bin Idris
  3. Ir. Gan Chee Kuan
  4. Dr. Khair bin Mohamad Yusof
  5. En. Mohd. Hashim bin Buyong.

POLIMAS menawarkan kursus sijil dan diploma, dan kini telah mempunyai hampir 6000 orang pelajar dengan bilangan kakitangan mencapai 600 orang.

Pautan luar

  • Laman rasmi POLIMAS
  • http://www.polimas.edu.my/webpolimas/
  • l
  • b
  • s
Politeknik di Malaysia
Politeknik
Politeknik Ungku Omar • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah • Politeknik Kota Bharu • Politeknik Kuching Sarawak • Politeknik Port Dickson • Politeknik Kota Kinabalu • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Politeknik Ibrahim Sultan Politeknik Seberang Perai Politeknik Melaka Politeknik Kuala Terengganu Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Politeknik Merlimau Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Politeknik Sultan Idris Shah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Politeknik Muadzam Shah Politeknik Mukah • Politeknik Balik Pulau Politeknik Jeli Politeknik Nilai Politeknik Banting Politeknik Mersing • Politeknik Hulu Terengganu Politeknik Sandakan Politeknik Pagoh • Politeknik Tawau •
Politeknik METrO
Politeknik Metro Kuala Lumpur •Politeknik Metro Johor Bahru •Politeknik Metro KuantanPoliteknik Metro Tasik Gelugor •Politeknik Metro Betong •