Politik Makau

Pengurus Besar Makau dipilih oleh kerajaan Republik Rakyat China selepas melalui jawatankuasa pilihan raya, yang ahlinya dicadangkan badan korporat. Pengurus besar berdepan kabinet, Majlis Eksekutif, yang terdiri daripada 7 ke 11 ahli, yang dipenuhi wakil badan korporat. Edmund Ho, ahli perbankan dan satu pemimpin komuniti, merupakan orang pertama pilihan China untuk menjawat jawatan Pengurus Besar, mengantikan Gabenor General de Rocha Vieira pada 20 Disember 1999.

Badan perwakilan kawasan ini merupakan Dewan Undangan, yang mempunyai 23 ahli. 10 daripadanya daripada pilihan raya langsung, 10 mewakili kawasan berfungsikan konstituensi, dan tujuh dilantik Pengurus Besar. Badan perwakilan ditugaskan merangka undang-undang, dan mempunyai kuasa membatalkan Pengurus Besar yang sedang bertugas. Ia juga mempunyai kuasa menggubal cara penggantinya dilantik selepas tahun 2009.

Sistem kehakiman secara amnya diteraskan Sistem Kehakiman Portugis. Kawasan ini mempunyai badan kehakiman sendiri dengan mahkamah tertingginya dinamai Mahkamah Rayuan Terakhir (CFA), yang merupakan tempat terakhir merayu kes-kes mahkamah. Hakim dilantik oleh suatu komiti dan Pengurus Besar.

Pembahagian pentadbiran di dalam Makau (versi Bahasa Melayu akan ada pada masa akan datang)

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Politik Asia
Negara berdaulat
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
  • Abkhazia
  • Nagorno-Karabakh
  • Republik Turki Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Palestin
  • Taiwan
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain
  • Wilayah Lautan Hindi British
  • Pulau Krismas
  • Kepulaun Cocos (Keeling)
  • Hong Kong
  • Makau


Ikon tunas

Rencana berkaitan China ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s