Pulai Chondong

Daerah Pulai Chondong terletak di Utara Jajahan Machang, ia bersempadan dengan Daerah Ketereh Dalam Jajahan Kota Bharu, secara jelasnya Kg. Bukit China dan Kok Lanas merupakan pemisah antara Jajahan Machang dan Kota Bharu. Disebelah Selatan pula bersempadan dengan Daerah Labok, di bahagian Barat ia bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dimana Sungai Kelantan sebagai pemisah manakala dibahagian Timur pula bersempadan dengan Hutan Simpan Chabang Tongkat dalam Daerah Ulu Sat. Keluasan Daerah Pulai Chondong ialah 54.98KM. Persegi /21.227 Batu Persegi/ 13,585.853 Ekar / 5,498 Ha. (1KMP = 247.105Ek./0.386 Batu Persegi/ 100 Ha.)

Daerah Pulai Chondong adalah antara salah satu Daerah yang berada dibawah Pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Machang selain Daerah Labok, Daerah Ulu Sat, Daerah Pangkal Meleret, Daerah Panyit dan Daerah Temangan. Manakala pentadbiran politik ia terletak didalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong (DUN N 32) dan Parlimen Machang (P29)

Pentadbiran Daerah

Bagi pentadbiran daerah, ia terbahagi kepada empat kategori sempadan iaitu Sempadan Mukim Tanah, Sempadan Mukim Penghulu, Sempadan Mukim Masjid dan Sempadan Piliharaya (UPU). Sempadan Mukim Tanah dan Mukim Penghulu (Bawah Pentadbiran Pejabat Tanah) Sempadan Mukim Masjid (Bawah Pentadbiran MAIK) dan Sempadan Unit Peti Undi (Bawah Pentadbiran SPR, dan secara kesimpulannya sempadan mukim-mukim ini berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Mukim Tanah

Mukim Pulai Chondong Mukim Gading Galoh Mukim Bagan Mukim Kerawang

Sejarah

Asal usul

Nama Pulai Chondong diambil sempena dengan nama Tok Pulai Chondong. Nama sebenarnya ialah Haji Abdu l Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (telah disingkatkan kepada Tok Pulai Chondong). Beliau dilahirkan semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207H/1792M.

Beliau merupakan saudara dua pupu kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut sumber, Haji Hasyim (datuknya) berasal dari keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera, yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18.

“Setelah belajar di Patani, beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf’ kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.

Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu...” (Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof)

Lain-lain

Nama Pulai Chondong juga dikaitkan dengan sebuah pokok pulai yang sangat besar di tengah-tengah kawasan tersebut. pokok itu juga agak condong strukturnya, menyebabkan orang sekitar menamakan kawasan tersebut Pulai Chondong

Rujukan

  • Senarai Kod Mukim / Daerah di Kelantan Diarkibkan 2011-06-27 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Bendera Kelantan Kelantan Darul Naim Lambang Kelantan
Jajahan
  • Kota Bharu
  • Bachok
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Kuala Krai
  • Machang
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Lojing
Bandar
Kota Bharu (ibu negeri) • Air Lanas • Bukit Bunga • Bukit Panau • Bukit Tuku • Bunut Payong • Chempaka Chetok Chiku Dabong Demit Gaal Galas Gual Ipoh Gual Periok Guchil Jelawat Kadok Kelaboran Kemahang Kemuning Ketereh Kijang Kok Lanas Kota Darulnaim Kota Lama Kuala Balah Kubang Kerian Limbongan Manek Urai Melor Mengkebang Meranti Nenggiri Palekbang Paloh Panchor Pasir Mas Pasir Pekan Pasir Tumboh Pengkalan Chepa Pengkalan Kubur Pengkalan Pasir Perupok Pulai Chondong • Pulau Melaka Rantau Panjang Salor Selising Semerak Tanjong Mas Tawang Temangan Tendong Wakaf Bharu Wakaf Che Yeh
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas