Pusat dagangan dunia

Pusat dagangan dunia merujuk kepada sebuah pusat dimana semua perkhidmatan yang berkait dengan perdagangan dunia boleh ditemui dibawah satu bumbung. Ia seperti sebuah "supermarket" yang menghubungi pelbagai koporasi dengan agensi kerajaan. Menurut Guy F. Tozzoli, Presiden Persatuan Pusat Dagangan Sedunia (WTCA) "Dimana-mana bandar raya di dunia sebuah World Trade Center ialah pusat membelibelah perniagaan, yang menyokong perkhidmatan agensi swasta dan kerajaan yang sedia ada".

The World Trade Centers Association yang ditubuhkan pada 1970 dengan beribupejabat di New York City, merupakan sebuah organisasi bagi hampir 300 pusat dagangan dunia di 100 negara di seluruh dunia. Ia adalah payung tidak rasmi persatuan perdagangan yang menemukan koporasi dan agensi kerajaan yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa.

Senarai pusat-pusat dagangan dunia

Bangunan di seluruh dunia dengan nama Pusat Dagangan Dunia atau World Trade Centre termasuklah:

  • Baltimore, Maryland - Pusat Dagangan Dunia Baltimore
  • Barcelona - Pusat Dagangan Dunia Barcelona
  • Beijing - Pusat dagangan dunia di Guomao
  • Boston, Massachusetts - Pusat Dagangan Dunia Boston; lihat juga Pusat Dagangan Dunia (stesen MBTA)
  • Bucharest, Romania - Pusat Dagangan Dunia Bucharest
  • Cairo - Pusat Dagangan Dunia Kaherah
  • Cologne - Pusat Dagangan Dunia Koeln
  • Dubai - Pusat Dagangan Dunia Dubai
  • Guayaquil, Ecuador - Pusat Dagangan Dunia Guayaquil
  • Helsinki - Pusat Dagangan Dunia Helsinki
  • Hong Kong - Pusat Dagangan Dunia
  • Istanbul - Pusat Dagangan Dunia Istanbul
  • Kuala Lumpur - Pusat Dagangan Dunia Putra
  • London - Pusat Dagangan Dunia (London)
  • Melbourne - Pusat dagangan dunia
  • Mexico City - Pusat Dagangan Dunia México
  • Montreal - Pusat Dagangan Dunia Montreal
  • Orlando, Florida - Pusat Dagangan Dunia Orlando
  • Osaka - Pusat Promosi Pelaburan IBPC Osaka
  • Paris - Pusat Dagangan Dunia Paris
  • Pescara - Pusat Dagangan Dunia Pescara
  • Raleigh, Carolina Utara - Pusat Dagangan Dunia Carolina Utara
  • Seville - Pusat Dagangan Dunia Sevilla
  • Shanghai - Pusat Dagangan Dunia Shanghai
  • Singapura - Pusat Dagangan Dunia Singapura
  • Sweden - Pusat dagangan dunia Stockholm
  • Tokyo - Pusat Dagangan Dunia Tokyo
  • Zürich - Pusat Dagangan Dunia Zurich