Rancangan Fugu

Rancangan Fugu (Jepun: 河豚計画, Hepburn: Fugu keikaku) merupakan satu skema dicipta pada zaman 1930-an di Empayar Jepun, berpusatkan idea menetapkan pelari Yahudi yang melarikan diri dari Eropah yang diduduki Nazi, di wilayah Jepun di benua Asia, demi kepentingan Jepun. Rancangan ini pertama dibincangkan pada tahun 1934, dan ditetapkan pada tahun 1938 dalam Mesyuarat Lima Menteri, namun penandatanganan Perjanjian Paksi pada tahun 1941, bersama dengan berlakunya beberapa peristiwa yang lain, mencegahnya daripada dilaksanakan dengan sepenuh-penuhnya.

Para perancang percaya bahawa Yahudi boleh agak berfaedah kepada Jepun, tetapi juga agak berbahaya. Oleh itu rancangan ini dinamakan mengikut sejenis makanan kegemaran Jepun "fugu", sejenis ikan yang bisanya boleh membawa maut jika hidangan ikan ini tidak disediakan dengan betul.[1]

Lihat juga

  • Sejarah Yahudi di Jepun
  • Cadangan sebuah negeri Yahudi
  • Ghetto Shanghai

Rujukan

  1. ^ Adam Gamble and Takesato Watanabe. A Public Betrayed: An Inside Look at Japanese Media Atrocities and Their Warnings to the West. Muka surat 196-197.

Tokayer, Rabbi Marvin (1979). The Fugu Plan: The Untold Story of the Japanese and the Jews During World War II. Paddington Press. ASIN: B000KA6NWO. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

  • The Protocols of the Elders of Zion, Aum, and Antisemitism in Japan Diarkibkan 2006-03-04 di Wayback Machine (PDF) by David G. Goodman at HUJI