Rang undang-undang

Suatu rang undang-undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja. Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia menjadi Akta; tetapi dalam penggunaan popular kedua-dua istilah ini sering dikelirukan. Rang undang-undang mempunyai penaja dan kadangkala lebih dari satu orang yang bersama-sama menjadi penaja.

Jenis rang undang-undang

Rang undang-undang boleh dibahagikan jenisnya kepada:

  • rang undang-undang awam atau umum, yang beraplikasi kepada semua
  • rang undang-undang persendirian, yang hanya beraplikasi kepada satu orang atau sekumpulan orang. Sekiranya rang undang-undang bersifat menghukum, ia dipanggil bill of attainder.
  • rang undang-undang hibrid, yang menggabungkan elemen-elemen kedua-dua rang undang-undang awam dan persendirian. Notakan yang konsep rang undang-undang hibrid tidak dikenalpasti di luar United Kingdom (dan secara nyata tidak diiktiraf di Kanada).
  • rang undang-undang tempatan, yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu, dan lazimnya dicadangkan oleh kerajaan tempatan.

Kadangkala klasifikasi lain digunakan. Sebagai contoh, dalam pelbagai perlembagaan peraturan-peraturan tertentu beraplikasi kepada rang undang-undang kewangan. Lazimya dalam sistem dwidewan, kamar yang lebih lemah tidak mempunyai kuasa yang sama dengan kamar yang satu lagi berkenaan hal ehwal kewangan.

Nombor rang undang-undang

Malaysia

Di Malaysia, semenjak tahun 1968 dengan pengenalan Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, kesemua Akta dan rang undang-undang diberikan nombor turutan dalam siri undang-undang Malaysia. Misalnya Akta Penyemakan itu sendiri diberikan nombor 1, dan begitulah seterusnya.

Amerika Syarikat

Kesemua rang undang-undang yang berasal dari Dewan Perwakilan A.S. bermula dengan H.R. dan kesemua rang undang-undang yang berasal dari Senat bermula dengan S.

Di Amerika Syarikat, rang undang-undang boleh mempunyai nombor yang sama sebab setiap dua tahun, disebabkan setiap dua tahun, pada permulaan tahun nombor ganjil, Kongres Amerika Syarikat bermula semula.[1]

Perkenan

Dalam kebanyakan sistem perlembagaan, perundangan yang diluluskan dewan perlukan Perkenan Diraja cabang eksekutif untuk menjadi undang-undang (seperti Raja, Presiden atau Gabenor).

Dalam sistem berparlimen, ini lazimnya hanya satu formaliti (kerana eksekutif dikawal perundangan), meskipun dalam kes yang jarang perkenan boleh ditolak atau ditangguhkan.

Dalam sistem berpresiden, kuasa perkenan digunakan sebagai peralatan politik oleh eksekutif; kemudiannya dikenali sebagai veto. Dalam sistem begini, perundangan lazimnya mempunyai kuasa untuk menggulingkan veto itu dengan supermajoriti.

Dalam sistem raja berperlembagaan, sesetengah perihal dilindungi hak diraja dan barangkali perundangan mempunyai kuasa yang kurang untuk memperkenalkan rang undang-undang untuk mengubahnya, misalnya dalam perlembagaan Malaysia, sebarang rang undang-undang yang menyentuh institusi kesultanan mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Proses penggubalan rang undang-undang

1. Menteri berkaitan merangka dasar

2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.

3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

4. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.

5. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

  • Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
  • Menteri menjelaskan sebarang persoalan
  • Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat

6. Peringkat jawatankuasa

  • meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
  • membuat pindaan yang sesuai

7. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

  • dihantar untuk kelulusan
  • mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta

8. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.

9. Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dibangunan Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.

Lihat juga

  • Senarai perundangan mengikut negara
  • Resolusi (undang-undang)
  • Kertas putih

Pautan luar

Hong Kong

  • (Inggeris) Jawatankuasa Rang Undang-Undang Dewan Perundangan

New Zealand

  • (Inggeris) Senarai rang undang-undang terkini Diarkibkan 2008-10-14 di Wayback Machine

United Kingdom

    • (Inggeris) Membuat rang undang-undang baru
    • (Inggeris) Jenis rang undang-undang
    • (Inggeris) Prosidur rang undang-undang
    • (Inggeris) Bacaan pertama
    • (Inggeris) Bacaan kedua
    • (Inggeris) Peringkat Jawatankuasa Commons
    • (Inggeris) Peringkat Jawatankuasa Lords
    • (Inggeris) Peringkat laporan
    • (Inggeris) Bacaan ketiga
    • (Inggeris) Kelulusan dewan yang satu lagi
    • (Inggeris) Perkenan diraja
    • (Inggeris) Perundangan bawahan

Amerika Syarikat

  • (Inggeris) Bagaimana undang-undang dibuat di Dewan Perundangan North Carolina
  • (Inggeris) Bagaimana rang undang-undang menjadi Akta
  • (Inggeris) Carian rang undang-undang

Rujukan

  1. ^ GovTrack: Bill Search