Rolling Stone

Rolling Stone
KategoriBudaya popular
PenerbitJann Wenner
Jumlah edaran
(2014)
1,468,263[1]
PengasasJann Wenner, Ralph J. Gleason
Isu pertama9 November 1967; 56 tahun yang lalu (1967-11-09)
SyarikatWenner Media LLC
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diNew York
BahasaInggeris
Laman webrollingstone.com
ISSN0035-791X
2004.
Fail:Evangelist Mel Lyman-RS 98 (December 23, 1971).jpg
1971.

Rolling Stone adalah sebuah majalah dua kali seminggu Amerika yang memberi tumpuan kepada budaya popular. Ia diasaskan di San Francisco pada tahun 1967 oleh Jann Wenner, yang masih penerbit majalah itu, dan pengkritik muzik Ralph J. Gleason.

Ia mula dikenali dengan liputan muzik dan untuk laporan politik oleh Hunter S. Thompson. Namun majalah ini sejak tahun 1990-an lebih mengalihkan fokus mereka kepada lingkungan pembaca yang lebih muda dan berminat terhadap hiburan yang disasarkan kepada mereka sama ada dalam bentuk rancangan televisyen, filem dan muzik pop. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah kembali ke campuran tradisional kandungan.

Sejarah

Rolling Stone diasaskan di San Francisco pada tahun 1967 oleh Jann Wenner, seorang wartawan akhbar, dan Ralph Gleason, seorang pengkritik muzik.[2] Majalah ini pada mulanya bertumpu kepada budaya balas hippie yang sangat giat pada tahun 1960-an, namun lebih menggunapakai kaedah kewartawanan cara lazim atau konvensional serta tidak bebraur politik radikal sepertimana yang diamalkan akhbar bawah tanah semasa ketika itu. Wenner sendiri menekankan bahawa majalah mereka "bukan sekadar mengenai muzik tetapi juga mengenai perkara dan sikap yang diluahkan muzik tersebut".[nota 1]

Pada dekad tahun 1970-an, majalah ini mula menceburi dalam pelaporan hal-hal politik terutamanya oleh tokoh utama dalam bidang mereka, Hunter S. Thompson. Dalam majalah inilah Thompson menerbitkan Fear and Loathing in Las Vegas, malah beliau setia bekerja dalam majalah terseut sehinggalah kematiannya pada tahun 2005.[3] Majalah ini sendiri telah banyak melahirkan bakat penulisan dalam banyak penulis di Amerika Syarikat dalam dekad ini. Majalah ini berpindah ibu pejabat ia dari San Francisco - yang kini dianggap Wenner sudah ketandusan budaya (cultural backwater) ke Bandar Raya New York pada tahun 1977.[4] Pada tahun 1980-an pula, majalah ini mula meluaskan skop ia menjadi suatu majalah hiburan umum dengan bertambahnya liputan terhadap televiyen, filem dan budaya popular semasa.

Penghias kulit

Antara artis terkenal yang pernah menjadi penghias kulit majalah ini ialah:

  • John Lennon
  • Tina Turner
  • The Beatles
  • Jimi Hendrix
  • Otis Redding
  • Donovan
  • Jim Morrison
  • Janis Joplin
  • Paul McCartney
  • Eric Clapton

Nota

  1. ^ Teks asal: "...is not just about the music, but about the things and attitudes that music embraces..."

Rujukan

  1. ^ "eCirc for Consumer Magazines". Audit Bureau of Circulations. Retrieved April 18, 2015.
  2. ^ Rolling Stone di Encyclopædia Britannica
  3. ^ East, Ben (5 Januari 2013). "Fear and Loathing at Rolling Stone: The Essential Writing of Hunter S Thompson – review". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2017. Dicapai pada 31 Mei 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Temple, Charles (18 April 2009). "Rolling Stone closes last S.F. office". San Francisco Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2014.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi