Rub al-hizb

Rub al-hizb

Rub al-hizb (Arab: ربع الحزبcode: ar is deprecated ialah sebuah lambang Islam, yang digariskan sebagai dua segi empat sama yang bertindih. Lambang ini terdapat pada beberapa jata dan bendera. Dalam bahasa Arab, rub bermaksud "satu perempat, suku", sementara hizb pula mempunyai makna "kumpulan". Pada mulanya lambang ini digunakan dalam al-Quran yang dibahagikan kepada 60 Hizb (60 kumpulan yang panjangnya agak sama); lambang ini menunjukkan setiap suku Hizb, sementara setiap Hizb melambangkan setengah juz'. Tujuan utama sistem pembahagian ini ialah untuk memudahkan pembacaan al-Quran.

Lambang ini digunakan sebagai penanda penghujung surah dalam Seni khat Islam. Ia diperikan dengan dua segi empat sama bertindih seperti glyph Unikod ۞ di U+06DE.

Penggunaan

Pelan lantai pembangunan aras 43 Menara 1 Menara Berkembar Petronas membayangkan lambang rub al-hizb.[1]

Keratan rentas Menara Berkembar Petronas berlandaskan rub al-hizb, akan tetapi juga terdapat sektor bulatan (digariskan dengan warna merah pada imej di sebelah kanan) bagi menambah ruang lantai tuntas.

Rub al-hizb juga dapat kelihatan pada (juga lihat galeri di bawah):

  • Jata Turkmenistan
  • Jata Uzbekistan
  • Bendera Kazakhstan tidak rasmi pada tahun 1990-an, asas bendera moden, biru muda dengan rub al-hizb kuning.
  • Bendera Azerbaijan. Diubah suai.
  • Lambang Pergerakan Pengakap Kazakhstan.
  • Lambang lama Majlis Pengakap dan Pandu Puteri Iraq
  • Logo Metro Kaherah.
  • Jata Turkmenistan, semenjak tahun 2003
    Jata Turkmenistan, semenjak tahun 2003
  • Jata Uzbekistan, diguna pakai pada 2 Julai 1992
    Jata Uzbekistan, diguna pakai pada 2 Julai 1992
  • Bendera parti Azat
    Bendera parti Azat
  • Bendera Kastam Kazakhstan
    Bendera Kastam Kazakhstan
  • Bendera Republik Hatay (rekaan)
    Bendera Republik Hatay (rekaan)
  • Bendera tidak rasmi Kazakhstan (tahun 1990-an)
    Bendera tidak rasmi Kazakhstan (tahun 1990-an)
  • Bendera lama Maghribi, ditawan Perancis pada Pertempuran Isly tahun 1844
    Bendera lama Maghribi, ditawan Perancis pada Pertempuran Isly tahun 1844

Bintang Baitulmaqdis

Bintang Baitulmaqdis asas
Bintang pada Makam Humayun, di Delhi, India, disiapkan pada tahun 1572.

Bintang Baitulmaqdis (bahasa Arab نجمه القدس, najmat al-Quds) ialah pengubahsuaian lambang Islam, rub al-hizb, yang secara rasminya dikaitkan dengan Baitulmaqdis.

Reka bentuk bintang lapan penjuru diilhamkan daripada pelan lantai Kubah Al-Sakhrah yang dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 685 M dan juga lambang standard rub al-hizb.

Rujukan

  1. ^ "Galal Abada, "2004 On Site Review Report: Petronas Office Towers, Kuala Lumpur, Malaysia"" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-10-01. Dicapai pada 2013-08-07.

Pautan luar

  • http://www.andalucia.cc/adarve/estrella.html Diarkibkan 2013-06-21 di Wayback Machine