SMK Bandar T6

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 (SMK Bandar T6) merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan Taman Sri Lambak di dalam daerah Kluang di negeri Johor .

SMK Bandar T6
Lokasi
Jalan Azam 15 , Taman Sri Lambak , Kluang , Johor
Malaysia
Maklumat
MotoWe Are The Best
Ditubuhkan01 Mac 2002


Pentadbir Sekolah

Pentadbir SMK Bandar T6 yang menerajui pucuk kepimpinan sekolah :-

Pentadbir Nama
Pengetua Puan Hjh Zalila binti Mohd Tahir
GPK Pentadbiran Encik Yaakob bin Samingon
GPK Hal Ehwal Murid - GPK Kokurikulum -}

Guru Pentadbir Sekolah

Guru Kanan Mata Pelajaran

Pentadbir Nama
GKMP Bahasa Puan Shadzrena binti Mohd Shariff
GKMP Sains Matematik Puan Hjh Rashidah binti Iderus
GKMP Teknik Vokasional - GKMP Kemanusiaan Puan Siti Juliyah binti Jalil

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sejarah Sekolah

SMK Bandar T6 telah dibina di sebelah sebuah sekolah kebangsaan yang dinamakan SK Bandar T6 . Kedua-dua sekolah ini dibuka secara rasmi pada tanggal 01 Mac 2002 . Sekolah ini bersempadan dengan SK Bandar T6 dengan kawasan padang sekolah SMK Bandar T6 . Bangunan ini pada mulanya mempunyai dua buah tingkat . Terdapat beberapa bangunan ditambah dalam tahun 2003 - 2016 .

Tetapi pada tahun 2020 , bangunan satu tingkat ( blok Al-Idrisi & Khawarizmi ) akan dirobohkan kerana bangunan tersebut tidak sesuai lagi digunakan . Jadi , bangunan baru akan menggantikan bangunan tersebut .

Pada tahun 2020 sahaja , lebih 830 pelajar telah mendaftar di sekolah yang gemilang ini dengan lebih 90 orang guru yang mengajar .

SeMeKePBT6 2017

Sekolah ini menggunakan sistem pemarkahan SeMeKeP iaitu Sederap Memacu Kecemerlangan Pelajar yang bertujuan untuk menarik minat murid-murid di sekolah .

Terdapat empat rumah sukan yang terdiri daripada rumah Cyber (Merah) , Corona (Kuning) , Cosmos (Biru) dan juga Cyclone (Hijau) . Program 'SeMeKeP' ini dapat membantu rumah sukan untuk menambah mata masing-masing .

Sebelum sesi persekolahan tahun tersebut akan tamat , pelajar tingkatan 5 akan diraikan dalam majlis "Anugerah Juara Segala Juara" . Rumah sukan yang mendapat mata tertinggi dalam sistem SeMeKeP akan diraikan bersama .

Maksud SeMeKePBT6:-
Se - Sederap
Me - Memacu
Ke - Kecemerlangan
P - Pelajar
B - Berdasarkan
T - Teras
6 - 6

Teras 6 - Takwa , Tulus , Tekal , Tekun , Tabah dan Teguh .

Ke arah sekolah digital menjelang 2025 , SMK Bandar T6 menggunakan teknologi IR ( Industrial Revolution ) dengan mengaktifkan sistem e - Kehadiran iaitu menggunakan alat pengesan cap jari ( thumbprint ) .

Pengetua Sekolah

Pengetua-pengetua SeMeKeP SMK Bandar T6:-

Pentadbir Nama
Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Ismail bin Shahdan
Naib Yang Dipertua PIBG Encik Safiee bin Kassim
Bil Nama Tempoh
berkhidmat
1 Tn Hj Mohamed Yusope bin Hassan 2016 - 2 Februari 2020
2 Pn Hjh Zalila binti Mohd Tahir 3 Februari 2020 - kini

Lihat Juga

  • SK Bandar T6
  • SA Taman Sri Lambak
  • Taman Sri Lambak

Kelas-kelas

Senarai kelas-kelas yang digunakan pada tahun 2020:-

TINGKATAN 1

1 Takwa
1 Tulus
1 Tekal
1 Tekun
1 Tabah
1 Teguh

TINGKATAN 2

2 Takwa
2 Tulus
2 Tekal
2 Tekun
2 Tabah
2 Teguh

TINGKATAN 3

3 Takwa
3 Tulus
3 Tekal
3 Tekun
3 Tabah
3 Teguh

TINGKATAN 4

4 Takwa
4 Tulus
4 Tekal
4 Tekun
4 Tabah
4 Teguh

TINGKATAN 5

5 Takwa
5 Tulus
5 Tekal
5 Tegas
5 Tekun
5 Tabah
5 Teguh

Pautan Luar