Sains penjagaan kesihatan

Sains penjagaan kesihatan adalah salah satu cabang disiplin pendidikan akademik dalam aliran sains gunaan dan sains kesihatan bersekutu yang berkaitan dengan penerapan sains pengetahuan, teknologi, teknikal, kejuruteraan atau matematik untuk perkhidmatan kesihatan. [1]

Ahli sains jagaan kesihatan adalah para ahli sains yang terlibat secara langsung dalam aktiviti diagnosis pesakit, rawatan pesakit, penjagaan kesihatan dan sokongan pesakit dalam sistem perkhidmatan kesihatan. [2]

Sains jagaan kesihatan melintasi pelbagai pengkhususan saintifik, termasuk biologi, genetik, fisiologi, fizik dan bioteknologi dan biokejuruteraan.

Bidang pengkhususan dalam sains penjagaan kesihatan

Bidang pengkhususan kepakaran dalam sains penjagaan kesihatan mempunyai sekurang-kurangnya 45 cabang pengkhususan, yang digabungkan dalam tiga kelompok utama[3]:

  • Kepakaran berkaitan sains hayat
  • Kepakaran berkaitan sains fisiologi
  • Kepakaran berkaitan fizik perubatan atau biokejuruteraan

Kepakaran sains hayat dalam sains penjagaan kesihatan

  • Analitikal toksikologi
  • Anatomikal patologi
  • Sains pemindahan darah
  • Sitologi servikal
  • Klinikal biokimia
  • Klinikal embriologi
  • Klinikal imunologi
  • Mikroskop elektron
  • Jaminan kualiti luaran
  • Hematologi
  • Hemostasis dan trombosis
  • Histokesesuaian dan imunogenetik
  • Histo dan sitopatologi
  • Molekular dan sitogenetik
  • Mikrobiologi termasuk mikologi
  • Flebotomi
  • Bank tisu/transplant
  • Virologi

Kepakaran sains fisiologi

  • Audiologi dan terapi pendengaran
  • Fungsi otonomik neurovaskular
  • Fisiologi kardiak
  • Clinical perfusion
  • Sains penjagaan kritikal
  • Fisiologi Gastrointestinal
  • Neurofisiologi
  • Optalmik dan sains pendengaran
  • Pernafasan dan fisiologi tidur
  • Ukuran urologikal
  • Sains vaskular

Kepakaran fizik perubatan dan biokejuruteraan

  • Kejuruteraan Biomekanikal
  • Kejuruteraan klinikal
  • Ukuran klinikal
  • Diagnostik radiologi termasuk MRI
  • Pengurusan peralatan perubatan
  • Prostetik maksillomuka
  • Elektronik perubatan
  • Seni reka Kejuruteraan perubatan
  • Illustrasi perubatan dan fotografi klinikal
  • Radiasi tidak berion
  • Perubatan nuklear
  • Radiofarmasi
  • Perlindungan radiasi dan pengawasan radiasi
  • Fizik Radioterapi
  • Rehabilitasi kejuruteraan
  • Sains dan teknologi renal
  • Ultrabunyi

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "The Future of the Healthcare Science Workforce. Modernising Scientific Careers: The Next Steps". 26 Nov 2008. m/s. 2. Dicapai pada 1 June 2011.
  2. ^ "The facts about healthcare science". Federation for Healthcare Science. Dicapai pada 1 June 2011.
  3. ^ "Extraordinary You" (PDF). Department of Health. 16 July 2010. m/s. 116. Dicapai pada 1 June 2011.

Pautan luar

  • What is Healthcare Science: NHS Careers
  • Extraordinary You: Case studies of Healthcare scientists in the UK's National Health Service
  • National Institute of Environmental Health Sciences
  • The US National Library of Medicine
  • Health Science Researchers, Jobs and Discussions

Templat:Health care