Scythia

Jangkaan pengaruh tanah Saka dan bahasa tuturan bangsanya (oren) pada kurun pertama SM

Saka (Parsi: سکاستانcode: fa is deprecated Sakâstan bentuk lama: 𐎿𐎣𐎠 Sakā atau 𐎿𐎤𐎢𐎭𐎼 Skudra, Bahasa Yunani: Σκυθίαcode: grc is deprecated Skythia, Latin dan Inggeris: Scythia[1]) adalah sebuah kawasan di Eurasia yang didiami oleh orang Saka berbangsa rumpun Iran bermula pada kurun ke-8 SM sehingga kurun ke-2 SM. Lokasi dan jangkauan kawasannya berubah mengikut masa tetapi biasanya lebih mengunjur ke barat berbanding seperti yang ditunjukkan di dalam peta.[2] Kawasan yang dikenali oleh para pengarang klasik sebagai Scythia termasuk:

  • Padang rumput Kaspia-Pontic: Kazakhstan, selatan Rusia dan Ukraine (didiami oleh orang Scythia bermula sekurang-kurangnya kurun ke-8 SM)
  • Kawasan Caucasus Utara, termasuk negara moden Azerbaijan.
  • Sarmatia, Ukraine, Belarus, Poland sehingga ke Oceanus Sarmaticus[3] juga dikenali sebagai Baltik.
  • Ukraine Selatan dengan kawasan hilir sungai Danube dan sebahagian Romania, juga dikenali sebagai Scythia Kecil

Saka (Indo-Scythia) mengunjur sehingga ke Sistan (yang mana dikenali sebagai Sakestan) dan Lembah Indus bermula pada kurun pertama SM, tetapi kawasan ini biasanya tidak dimasukkan di dalam istilah "Scythia."

Rujukan

  1. ^ Ivantchik, Askold (2018). "Scythians". Encyclopaedia Iranica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-21.
  2. ^ Giovanni Boccaccio’s Famous Women translated by Virginia Brown 2001, p. 25; Cambridge and London, Harvard University Press; ISBN 0-674-01130-9 ".....extending from the Black Sea in a northerly direction towards Ocean." In Boccaccio's time the Baltic Sea was known also as Oceanus Sarmaticus.
  3. ^ Harry Thurston Peck, Harpers Dictionary of Classical Antiquities (1898) Oceanus Sarmaticus

Pautan luar

  • The Slavonic Antiquity by Sergei V. Rjabchikov
  • An Introductory Bibliography on Scythia (Perancis)
  • Pyotr O. Karyshkovskij-Ikar Coins of Olbia: Essay of Monetary Circulation of the North-western Black Sea Region in Antique Epoch. Киев, 1988. ISBN 5-12-000104-1.
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan arkeologi di Asia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s