Sekhemti

Sekhemti, mahkota berganda Mesir

Sekhemti (Jawi: سخمتي, IPA: /sɛxɛmti/), juga dikenali sebagai pskent (IPA: /ˈskɛnt/; daripada Yunani Purba ψχεντ) dan dwimahkota, ialah suatu mahkota berganda yang dipakai oleh pemerintah Mesir purba. Orang Mesir purba dahulu memanggilnya sekhemti, yang bermaksud Dua Yang Berkuasa.[1] Mahkota ini menggabungkan kedua-dua mahkota putih Hedjet dari Mesir Hulu dan mahkota merah Desyret dari Mesir Hilir.

Sekhemti melambangkan kuasa seorang firaun ke atas seluruh Mesir bersatu.[2] Ia mempunyai dua lambang binatang: ular tedung Mesir, dikenali sebagai iaret, yang berdiri seakan-akan untuk mematuk dan melambangkan dewi Wadjet dari Mesir Hilir; dan burung hering Mesir yang melambangkan dewi penaung Mesir Hulu Nekhbet. Ini berdua diletakkan di depan mahkota Sekhemti dan dipanggil Nebty (Dua Empuan). Kemudiannya, kepala burung hering kadangkala digantikan dengan ular tedung yang kedua.[rujukan diperlukan]

Sejarah

Sekhemti
"Mahkota berganda"
dalam hieroglif
S5
 
S6

Penciptaan Sekhemti biasanya dikatakan dibuat di zaman Wangsa Pertama oleh firaun Menes, tetapi yang pertama memakainya ialah firaun Djet dari Wangsa Pertama: sebuah ukiran batu menunjukkan Horusnya memakai mahkota tersebut.[3]

Senarai raja pada Batu Palermo, yang mempunyai nama-nama firaun Mesir Hilur (kini ia dipercayai bahawa ia separa dewa daripada mitos), digambarkan memakai Mahkota Merah, menandakan penyatuan negeri mereka dengan memberikan Sekhemti kepada semua firaun dari Wangsa Pertama dan firaun-firaun yang berikutan.[4] Cebisan Kaherah sebaliknya pula menggambarkan pemerintah-pemerintah prasejarah ini memakai mahkota Sekhemti.[5]

Arkeologi

Sama seperti mahkota-mahkota Desyret dan Hedjet, tiada satu pun mahkota Sekhemti yang dijumpai. Ia hanya pernah ditemui dalam tugu-tugu, gambaran, lukisan, dan hikayat purbakala.

Mitologi

Salah seorang dewa yang memakai mahkota Sekhemti ialah Horus[6] dan Atum atau Ra kedua-dua melambangkan si firaun atau mempunyai hubungan istimewa dengan firaun.[7]

Galeri

  • Firaun Ptolemaios VIII di antara dewi-dewi Wadjet (melambangkan Mesir Hilir) dan Nekhebet (melambangkan Mesir Hulu). Ukiran tenggelam pada dinding di Kuil Edfu, Mesir.
    Firaun Ptolemaios VIII di antara dewi-dewi Wadjet (melambangkan Mesir Hilir) dan Nekhebet (melambangkan Mesir Hulu). Ukiran tenggelam pada dinding di Kuil Edfu, Mesir.
  • Cincin Ptolemaios VI Philometor memakai dwimahkota Sekhemti, kurun ke-3 ke ke-2SM. Pemerintah Wangsa Ptolemaios hanya memakai Sekhemti di Mesir dan memakai mahkota Yunani di wilayah-wilayah lain
    Cincin Ptolemaios VI Philometor memakai dwimahkota Sekhemti, kurun ke-3 ke ke-2SM. Pemerintah Wangsa Ptolemaios hanya memakai Sekhemti di Mesir dan memakai mahkota Yunani di wilayah-wilayah lain
  • Kepala patung Senusret III memakai Sekhemti
    Kepala patung Senusret III memakai Sekhemti
  • Falkon Horus dengan mahkota Sekhemti
    Falkon Horus dengan mahkota Sekhemti
  • Patung Amenhotep III memakai Sekhemti
    Patung Amenhotep III memakai Sekhemti

Lihat juga

  • Atef – mahkota putih dengan bulu di sisinya yang digunakan untuk dewa Osiris
  • Desyret – mahkota merah bagi Mesir Hilir
  • Hedjet – mahkota putih bagi Mesir Hulu
  • Khepresh – mahkota biru atau mahkota perang, juga dikenali sebagai mahkota diraja
  • Iaret – Ular kebesaran diraja

Rujukan

  1. ^ Griffith, Francis Llewellyn, A Collection of Hieroglyphs: A Contribution to the History of Egyptian Writing, the Egypt Exploration Fund 1898, h.56
  2. ^ Dunand, Françoise; Christiane Zivie-Coche, Gods and Men in Egypt: 3000 BCE to 395 CE, Cornell University Press 2004, hh.32f.
  3. ^ Wilkinson, Toby A. H., Early Dynastic Egypt, Routledge 1999, h.196
  4. ^ Fage, John Donnelly; Desmond J. Clark, Roland Anthony Oliver, A. D. Roberts, The Cambridge History of Africa, Cambridge University Press 1974, h.521
  5. ^ Kemp, Barry John, Ancient Egypt: Anatomy Of A Civilization, Routledge 2006, h.92
  6. ^ Zandee, Jan, Studies in Egyptian Religion: Dedicated to Professor Jan Zandee, Brill 1982, h.74
  7. ^ The New Encyclopædia Britannica, Encyclopædia Britannica, Inc. 2005, h. 689

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Sekhemti di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus sekhemti di Wikikamus
  • l
  • b
  • s
Agama Mesir Purba
Kepercayaan
  • Akhirat
  • Mitos penciptaan
  • Isfet
  • Maat
  • Maa Kheru
  • Mitologi
  • Numerologi
  • Mitos Osiris
  • Falsafah
  • Roh
Upacara
  • Takar kanopi
  • Upacara pengawetan
  • Pemakaman
  • Heku
  • Kuil makam
  • Mantera persembahan
  • Pembukaan mulut
  • Piramid
  • Kuil
  • Penghormatan orang yang telah meninggal
Dewa-dewi
Ogdoad
Ennead
Makhluk
Watak
  • Dedi
  • Djadjaemankh
  • Rededjet
  • Ubaoner
Lokasi
  • Aaru
  • Akhet
  • Benben
  • Duat
  • Negeri Manu
  • Neter-khertet
  • Yang Tidak Dapat Dimusnahkan
Simbol
dan Benda
  • Ankh
  • Atef
  • Atet
  • Kitab Thoth
  • Kartusy
  • Heka dan Nekhakha
  • Mahkota pengwajaran
  • Desyret
  • Djed
  • Obelisk Mesir
  • Kolam Mesir
  • Mata Horus
  • Mata Ra
  • Hedjet
  • Mahkota Hemhem
  • Hennu
  • Fetis Imiut
  • Khepresh
  • Kneph
  • Tongkang Matet
  • Menat
  • Nebu
  • Nemes
  • Neshmet
  • Ouroboros
  • Sekhemti atau Pskhent
  • Skarab
  • Tongkang Seqtet
  • Serekh
  • Cincin Shen
  • Tyet
  • Usyabti
  • Cogan alam Was
  • Matahari bersayap
Tulisan
  • Amduat
  • Kitab Pernafasan
  • Kitab Gua
  • Kitab Orang Mati
  • Kitab Bumi
  • Kitab Gerbang
  • Kitab Lembu Samawi
  • Kitab Perjalanan di Keabadian
  • Teks Keranda
  • Persaingan Horus dan Set
  • Kitab Akhirat
  • Lagu Pemujaan Aten
  • Litani Mata Horus
  • Litani Ra
  • Teks Piramid
  • Mantera Dua Belas Gua
Agama berkaitan
  • Buku Wikipedia Buku
  • Ikon portal Portal Mesir Purba