Selafaz Cinta

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Melodrama
Ditulis olehNieza NaharPengarahPali Yahya
Pengarah kreatif
Eez Jalaluddin
Dibintangi oleh
  • Saharul Ridzwan
  • Syatilla Melvin
  • Puteri Aishah
Lagu pembukaan"Alasan Terindah" oleh Farisha IrisLagu penutup"Alasan Terindah" oleh Farisha IrisNegara asal MalaysiaBahasaMelayuBilangan episod60PenerbitanPenerbit eksekutifJulia Juhasu
Natasha Razman Hashim
Shahazlin HamzahPenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd YusofTempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & TradingPenyiaranSaluran asal
  • Astro Prima
  • Astro Maya HD (- 11 Januari 2019)
  • Astro Prima HD
  • Disney+ Hotstar Malaysia
Siaran asal27 November 2018 – 18 Februari 2019KronologiMengikutiCinta Tiada GantiDiikuti olehJodoh-Jodoh Annisa

Selafaz Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen melodrama Malaysia 2018 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana menerusi Slot Tiara di Astro Prima dari 27 November 2018 hingga 18 Februari 2019 menggantikan Cinta Tiada Ganti.[2]

Sinopsis

Reza Ammar (Saharul) ialah seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah (Syatilla) seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana (Aishah) berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza

Pelakon dan watak

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penerbitan

Penerbit, Rosyam Nor menyifatkan penerbitan Selafaz Cinta sebagai satu cabaran buatnya.[5]

Rujukan

  1. ^ Drama Selafaz Cinta My Infotaip (26 November 2018). Dicapai pada 1 Disember 2018.
  2. ^ "Drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah". Kepala Bergetar. 27 November 2018.
  3. ^ Najiy Jefri (5 Disember 2018). Puteri Aishah tidak melenting Harian Metro. Dicapai pada 14 1Mac 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (24 November 2018). Sanggup tolak daripada sentuh bukan mahram: Riz Ismail Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2019.
  5. ^ Madiha Abdullah (30 November 2018). Hasilkan drama bersiri 60 episod satu cabaran: Rosyam Nor Astro Ria. Dicapai pada 14 Mac 2019.
Astro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 petang
Sebelumnya Selafaz Cinta Berikutnya
Cinta Tiada Ganti Jodoh-Jodoh Annisa