Senarai keluarga Konohagakure

Konoha ialah rumah bagi beberapa puak-puak atau keluarga-keluarga yang kuat dan sebahagian daripadanya mempunyai kebolehan kekkei genkai. Manakala yang selebihnya juga kuat.

Templat:Spoiler

Keluarga Aburame

Keluarga Aburame mungkin merupakan keluarga paling misteri di Konoha. Tidak banyak yang diketahui tentang keluarga ini kecuali mereka menggunakan serangga sebagai senjata. Satu ciri yang menunjukkan identiti seseorang sebagai ahli keluarga Aburame ialah penggunaan cermin mata hitam untuk menyembunyikan mata mereka.

Serangga khas hidup secara simbiosis dengan perumahnya. Serangga ini hidup di bawah kulit perumahnya dan boleh keluar masuk melalui liang-liang roma. Serangga ini dipanggil 'kikaichu' atau 'kikai mushi' yang bermaksud 'serangga pemusnah'. Mereka makan chakra yang dipunyai oleh perumah dan sebagai balasan, mereka bertindak sebagai senjata bagi perumah tersebut dalam pertarungan. Seekor serangga betina boleh dibiarkan pada sasaran dan kemudiannya dijejaki melalui bau serangga tersebut. Serangga tersebut juga boleh dihantar mengintip dan memaklumkan perumahnya tentang maklumat yang dikumpul. Oleh sebab itu, keluarga Aburame cekap melaksanakan misi mengumpul maklumat (boleh berkomunikasi dengan serangga) dan kombat (boleh menyerang tanpa membuat bising).

Keluarga Akimichi

Keluarga Akimichi ialah salah satu daripada empat keluarga terhormat di Konoha. Mereka dapat menukarkan kalori kepada chakra yang kemudiannya digunakan dalam jurus rahsia 'Baika no Jutsu, 倍化の術' (Jurus Pelbagai Saiz) dan sebagainya.

Keluarga Akimichi mempunyai hubungan istimewa dengan Keluarga Nara dan Keluarga Yamanaka. Untuk sekurang-kurangnya dua generasi, ketiga-tiga keluarga ini telah membentuk kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho' yang dinamakan bersempena bahagian pertama nama setiap ahli keluarga. Ahli keluarga Akimichi ialah bahagian Cho dalam kumpulan itu.

Keluarga Hyuga

Lihat artikel utama Keluarga Hyuga

Keluarga Inuzuka

Keluarga Inuzuka dikenali kerana menggunakan anjing sebagai teman seperjuangan. Ahli keluarga diberikan seekor anjing peliharaan apabila mencecah sesuatu umur. Selepas itu, ninja dan anjing peliharaannya tidak dapat dipisahkan lagi. Ahli keluarga mempunyai tanda merah pada pipi, mata yang menunjukkan ciri-ciri haiwan dan gigi taring yang besar.

Keluarga Nara

Keluarga Nara dikenali kerana mampu memanipulasi bayang-bayang dan kegiatan menternak rusa di kawasan hutan milik keluarga Nara. Mereka menyimpan buku-buku berkenaan kaedah menyediakan ubat dan akibatnya selama beberapa generasi. Kaum lelaki bagi keluarga ini bersikap malas dan selalunya tertarik kepada wanita yang suka mengongkong.

Keluarga Nara ialah Shika dalam kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho'.

Keluarga Uchiha

Lihat artikel utama Keluarga Uchiha

Keluarga Yamanaka

Keluarga Yamanaka memiliki sebuah kedai bunga dan mahir memanipulasi minda pihak lawan. Keluarga ini ialah Ino dalam kumpulan bertiga 'Ino-Shika-Cho'.

Sumber-sumber

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOKcode: ja is deprecated , Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOKcode: ja is deprecated , Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK minicode: ja is deprecated , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK minicode: ja is deprecated , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.
  • l
  • b
  • s
Naruto oleh Masashi Kishimoto
Filem
  • Ninja Clash in the Land of Snow
  • Legend of the Stone of Gelel
  • Guardians of the Crescent Moon Kingdom
  • Shippuden
  • Bonds
  • The Will of Fire
  • The Lost Tower
  • Blood Prison
  • Road to Ninja
  • The Last
  • Boruto
Permainan video
  • Clash of Ninja series
    • Clash of Ninja
  • Siri Ninja Council
    • 2
    • The New Era
  • Siri Ultimate Ninja
    • Storm
    • 2
    • Generations
    • 3
    • Revolution
    • 4
  • Rise of a Ninja
  • Uzumaki Chronicles
    • Uzumaki Chronicles 2
  • The Broken Bond
  • Naruto vs Sasuke
  • Dragon Blade Chronicles
Watak
Utama
Sampingan
Keluarga
Khas
Lain-lain
Berkaitan
  • Jump Super Stars
  • Jump Ultimate Stars
  • Battle Stadium D.O.N
  • J-Stars Victory VS
  • Jump Force