Senarai negara yang merentasi melebihi satu benua

Ini ialah senarai negara yang merentasi melebihi satu benua, kekadang dirujuk sebagai negara-negara rentas benua. Takrif-takrif tentang mana-mana benua sesuatu negara meliputi boleh berbeza mengikut kriteria yang digunakan (adalah ia hanya berdasarkan geografi atau geologi, atau sebaliknya, ia berdasarkan kriteria politik, ekonomi, dan budaya). Salah satu contoh ialah Rusia yang teras sejarah serta kebanyakan penduduk (72%), kegiatan ekonomi, dan institusi politiknya (seperti ibu negaranya) berada di Eropah, tetapi daripada segi geografi, kebanyakan wilayahnya (71%) sebenarnya berada di Asia.

Rencana Sempadan benua memerincikan pertikaian sempadan benua yang dibayangkan di dalam senarai ini. Disenaraikan secara berasingan di bawah ialah:

  1. Negara yang wilayah benua berdampingan atau pulau berhampiran terletak di dua (atau lebih) benua;
  2. Bahagian jauh dan tidak berdampingan yang terletak di benua yang berbeza daripada bahagian negara yang lain.


Sempadan berdampingan

Afrika dan Asia

thumb Kuning – Asia, Merah muda – Mesir bahagian Afrika, Kelabu – bahagian Afrika yang lain

Lihat Sempadan benua untuk perincian tentang sempadan geografi di antara Afrika dan Asia.

Sempadan di antara Asia dan Afrika di anggap sebagai mengikut Segenting Suez dan Terusan Suez di Mesir. Sempadan itu berterusan merentasi Teluk Suez, Laut Merah, dan Teluk Aden. Yemen menguasai Kepulauan Hanish di Laut Merah yang terletak di luar sempadan, serta juga Socotra dan oleh itu, ia memiliki wilayah pulau tak berdampingan di Afrika. Walaupun demikian, ia tidak dianggap sebagai sebuah negara rentas benua.

Amerika Utara dan Selatan

green - South America, pink/grey - North America
Lihat Sempadan benua dan Amerika Selatan untuk perincian tentang sempadan geografi antara dua benua Amerika.

Asia dan Eropah

Lihat Sempadan benua untuk perincian tentang sempadan geografi di antara Eropah dan Asia.
Lihat juga Kriteria geografi untuk keanggotaan Kesatuan Eropah.
Eropah menurut takrif yang diterima secara meluas

Sumber-sumber Barat seperti National Geographic Society biasanya menyatakan bahawa sempadan Eropah-Asia mengikut legeh Banjaran Gunung Ural sehingga punca Sungai Ural lalu mengikut sungai itu ke Laut Caspian. Sempadan itu kemudian mengikut legeh Banjaran Gunung Kaukasus dari Laut Caspian ke Laut Hitam. Inilah takrif yang digambarkan di dalam bahagian ini, walaupun kelainan-kelainan juga wujud.

Azerbaijan

Sebahagian besar sempadan daerah timur laut Azerbaijan mengikut legeh utama Kaukasus. Lima daerah terletak di Eropah pada keseluruhannya, manakala daerah Khizi rentas benua terletak hampir sama luasnya antara dua belah legeh itu. Azerbaijan ialah anggota Majlis Eropah.

Kazakhstan

Berbeza dengan sesetengah daerah baratnya, sempadan provinsi Kazakhstan tidak mengikut Sungai Ural. Dua provinsinya, iaitu Provinsi Atyrau dan Provinsi Kazakhstan Barat bersifat rentas benua. Ibu kota Provinsi Atyrau dipisah oleh muara Ural and merupakan sebuah bandar raya rentas benua. Hampir kesemua kawasan ibu kota itu terletak di Asia, dengan sebahagian kecil di Eropah. Dua daerah yang lain di Provinsi Atyrau terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan tiga daerah terletak pada keseluruhannya di Asia. Sebaliknya, daerah Inderskiy dan daerah Makhambetskiy bersifat rentas benua.[2] Di bahagian barat, lima daerah serta ibu kota provinsi di Oral terletak pada keseluruhannya di Asia, dengan daerah Akzhaikskiy bersifat rentas benua.[3]

Mesir

Dua daripada 29 kawasan penguasaan Gabenor Mesir terletak pada keseluruhannya di Semenanjung Sinai Asia, dengan dua lagi bersifat rentas benua:

  • Kawasan penguasaan Gabenor Ismailia dibahagikan hampir sama luasnya oleh Terusan Suez; dan
  • Kawasan penguasaan Gabenor Suez yang bersempadan dengan bandar raya rentas benua Suz memiliki sebahagian kecil di sebelah kiri Terusan.

Rusia

Sempadan kawasan Rusia mengikut Banjaran Gunung Ural serta Sungai Ural dengan cukup rapat. Terdapat satu wilayah Rusia yang amat kecil (kurang daripada 300 km²) di sebelah selatan legeh utama banjaran gunung Kaukasus di Asia. Orenburg di Sungai Ural ialah sebuah bandar raya rentas benua. Perincian tentang bahagian-bahagian politik yang direntasi oleh sempadan rentas benua boleh didapati di di sini. Rusia ialah salah satu ahli Majlis Eropah.

Turki

Tiga buah provinsi Turki terletak pada keseluruhannya di Eropah, manakala Provinsi Çanakkale dan Provinsi Istanbul merupakan provinsi rentas benua. Antara 12 daerah di Provinsi Çanakkale, tiga buah daerah terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan sembilan yang lain terletak pada keseluruhannya di Asia. Sebaliknya, 19 buah daerah di Provinsi Istanbul terletak pada keseluruhannya di Eropah, dengan 12 yang lain (yang membentuk Anatolia) terletak pada keseluruhannnya di Asia.

Panama

Kebanyakan pihak berkuasa serta penduduk Panama menganggap Panama sebagai negara yang paling selatan di Amerika Utara. Panama terletak di kedua-dua Amerika Tengah dan Amerika Utara. Satu pandangan alternatif menganggap Terusan Panama buatan sebagai garisan konkrit yang membahagikan kedua-dua benua di Segenting Panama. Ini akan menyebabkan Provinsi Darién dan empat comarca indígenas terletak di Amerika Syarikat pada keseluruhannya. Pandangan ini juga akan menyebabkan kedua-dua Provinsi Panamá dan Provinsi Colón menjadi provinsi rentas benua, dengan Colón terletak hampir sama luasnya antara kedua-dua benua Amerika dan hampir tiga suku kawasan Provinsi Panamá di Amerika Selatan. Kepulauan Pearl dan Pulau Taboga di Teluk Panama merupakan sebahagian Provinsi Panamá dan masing-masing dikaitkan dengan Amerika Selatan dan Amerika Utara. Enam provinsi yang lain serta comarca indígena Ngöbe-Buglé terletak pada keseluruhannya di Amerika Utara.

Tidak berdampingan

Afrika dan Eropah

Lihat Sempadan benuas untuk perincian tentang sempadan geografi di antara Afrika dengan Eropah.
  • Itali: Walaupun tanah besar Itali, Sardinia, Sicily, Kepulauan Aegadian, Ustica, dan Kepulauan Aeolus dikaitkan dengan Eropah, tanah yang paling dekat dengan Pantelleria dan Kepulauan Pelagie ialah Tunisia di tanah besar Afrika. Pantelleria dan Kepulauan Pelagie tergolong dalam provinsi-provinsi Sicily rentas benua, masing-masing di Provinsi Trapani dan Provinsi Agrigento, serta masing-masing bersempadan dengan comuni Pantelleria dan comuni Lampedusa e Linosa.
  • Malta: Daripada segi geopolitik, Malta dianggap sebagai sebahagian Eropah pada zaman moden tetapi boleh juga dikaitikan dengan Afrika daripada segi geografi. Perincian boleh didapati di di sini.
  • Portugal: Portugal Benua terletak di Eropah, manakala kepulauan Azores (juga dikaitkan dengan Eropah) dan kepulauan Madeira (sebahagian geografi Afrika) di Lautan Atlantik merupakan kawasan autonomi Portugal. Kepulauan Azores mempunyai dua buah pulau (Corvo dan Flores) yang merupakan sebahagian Plat Amerika. Kepulauan Madeira juga merangkumi Pulau Porto Santo, Kepulauan Desertas, dan Kepulauan Savage, dengan kesemuanya sebenarnya merupakan pulau-pulau Afrika.
  • Sepanyol: Walaupun tanah besarnya terletak di Eropah, Sepanyol mempunyai pegangan (Kepulauan Canary di Atlantik, bandar raya Ceuta dan bandar raya Melilla di tanah besar Afrika Utara, serta Plazas de soberanía yang berhampiran dengan bandar-bandar raya tersebut) yang merupakan sebahagian geografi Afrika. Kepulauan Canary, dan bandar-bandar raya Ceuta dan Melilla dianggap sebagai komuniti autonomi Sepanyol, dengan Plazas de soberanía di bawah status tentera yang berbeza. Pulau Mediterranean Afrikanya di Isla de Alborán dipunyai bersama-sama oleh bandar raya rentas benua Almería dan Provinsi Almería.

Asia dan Afrika

  • Yaman: Tanah besar Yaman terletak di Semenanjung Arab selatan dan justera itu, merupakan sebahagian Asia, dengan kawasannya di Kepulauan Hanish dan Perim yang terletak di Laut Merah juga dikaitkan dengan Asia. Bagaimanapun, Yaman juga menguasai kepulauan Socotra yang terletak di sebelah timur tanduk Somalia yang lebih dekat dengan Afrika daripada Asia. Tambahan pula, kawasannya di Socotra dan Hadramawt membentuk Kawasan penguasaan Gabenor Hadramawt yang merupakan kawasan rentas benua.

Asia dan Oseania

Amerika Utara dan Oseania

  • Sedangkan hampir seluruh Amerika Syarikat terletak di Amerika Utara, Amerika Syarikat juga merangkumi negeri Hawaii di Oseania, termasuk juga pulau-pulau jajahan Oseania yang lain serta pulau-pulau Alaska di pentas benua Asia Timur Laut.

Amerika Utara dan Amerika Selatan


Pulau-pulau Caribbean Amerika Utara yang dimiliki oleh negara-negara Amerika Selatan:

San Andrés dan Providencia serta Isla Aves


Kepulauan Caribbean Amerika Selatan:

Aruba
Curaçao
Bonaire
Trinidad dan Tobago
  • Aruba: Aruba terletak di pentas benua Amerika Selatan dan justera, dianggap sebagai terletak pada keseluruhannya di Amerika Selatan. Bagaimanapun, semua pulau Caribbean sering dilabel sebagai Amerika Utara, malahan bahasa dan hubungan budaya Aruba tidak bersifat Amerika Selatan.
  • Colombia: Tanah besar Colombia terletak di barat laut Amerika Selatan, dengan Pulau Malpelo di Lautan Pasifik juga berkait dengan Amerika Selatan. Bagaimanapun, Columbia juga menguasai kepulauan San Andrés dan Providencia, 400 batu di arah barat hala barat laut dari pantai Caribbean Columbia, berhampiran dengan pantai Caribbean Nicaragua. Kepulauan ini bersempadan dengan departmen senama.
  • Antillen Belanda: Bonaire dan Curaçao terletak pada keseluruhannya di Amerika Selatan kerana kedudukannya di pentas benua, manakala Saba, Sint Eustatius, dan Sint Maarten terletak pada keseluruhannya di Amerika Utara. Serupa dengan Aruba, hubungan sejarah Antillen Belanda adalah dengan pulau-pulau Caribbean yang lain yang sering dilabel sebagai Amerika Utara. Tambahan lagi, bahasa dan hubungan budayanya tidak bersifat Amerika Selatan tetapi semakin bersifat negara-negara Caribbean bertuturan bahasa Inggeris, hakikat perkembangan industri pelancongan dan kewangan.
  • Trinidad dan Tobago: Trinidad dan Tobago terletak di pentas benua Amerika Selatan dan justera, dianggap sebagai terletak pada keseluruhannya di Amerika Selatan. Bagaimanapun, semua pulau Caribbean sering dilabel sebagai Amerika Utara, dengan bahasa dan hubungan budaya Trinidad dan Tobago tidak bersifat Amerika Selatan tetapi lebih berupa negara-negara Caribbean bertuturan bahasa Inggeris yang lain.

Contoh lain

  • Kebanyakan kawasan Chile, termasuk Pulau Easter dan Pulau Sala y Gómez, terletak di tanah besar Amerika Selatan. Bersama-sama dengan Kepulauan Juan Fernández dan Kepulauan Desventuradas yang merupakan kepulauan jauh Amerika Selatan, Pulau Easter dan Pulau Sala y Gómez ialah sebahagian Kawasan Valparaíso.
  • Denmark merangkumi pulau Greenland di Amerika Utara serta Kepulauan Faroe di Eropah. Greenland diserap ke dalam Kerajaan Denmark pada 1953, dengan pemerintahan sendiri diberikan pada 1979. Untuk maklumat lanjut, lihat Rigsfællesskabet.
  • Perancis merangkumi departmen-departmen luar negeri di Afrika (Réunion), Amerika Utara (Guadeloupe, Martinique, Saint Pierre dan Miquelon), dan Amerika Selatan (Guiana Perancis). Entiti-entiti itu mempunyai status undang-undang yang sama dengan departmen-departmen di Perancis Metropolitan. Terdapat juga pulau-pulau jajahan yang lain yang dikaitkan dengan Amerika Utara, Afrika, Oseania, dan Antartika yang merupakan kesatuan kolektif luar negeri Perancis atau sebahagian daripada Tanah Selatan dan Antartik Perancis.
  • Belanda memiliki pulau-pulau jajahan Caribbean di Antillen Belanda dan Aruba. Sedangkan Aruba mempunyai pemerintahan sendiri, Antillen Belanda terbahagi kepada banyak kawasan perbandaran khas oleh kumpulan pulau. Sesetengah bahagian Antillen Belanda akan diserap ke dalam Belanda metropolitan tidak lama lagi, dengan yang lain diberikan pemerintahan sendiri.

Perancis, Norway, Afrika Selatan, dan United Kingdom juga boleh dianggap sebagai negara rentas benua kerana pemilikan pulau-pulau jajahan jauh yang dikaitkan dengan benua yang lain daripada benua yang negaranya ditempatkan.

Antartika: Tuntutan

Sebilangan negara menuntut pemilikan bahagian-bahagian benua Antartika, dengan sesetengahnya, termasuk Argentina dan Chile, menganggap tanah Antartika sebagai sebahagian wilayah negara mereka yang penting. Sebaliknya, sesetengah negara memang memilik pulau-pulau sub-Antartika di sebelah utara latitud 60°S dan justera itu, diakui oleh undang-undang antarabangsa di bawah Sistem Perjanjian Antartik yang tidak mengiktiraf sebarang tuntutan tanah di sebelah selatan latitud tersebut.

Lihat juga

  • Sempadan benua
  • Senarai negara mengikut benua
  • Senarai empayar dan negara rentas benua dalam sejarah
  • Talasokrasi
  • Wilayah tanggungan

Rujukan

  1. ^ Sebagai negara rentas benua, Georgia boleh dianggap sebagai terletak di Eropah dan/atau Asia. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Pengelasan kawasan dunia meletakkan Georgia di Asia Barat; Buku Fakta Dunia CIA dan Encyclopædia Britannica Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine juga meletakkan Georgia di Asia. Sebaliknya, banyak sumber meletakkan Georgia di Eropah, misalnya Kesatuan Eropah [1] Diarkibkan 2010-10-06 di Wayback Machine, BBC [2], Oxford Reference Online [3], Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, dan www.worldatlas.com. Georgia ialah anggota Majlis Eropah
  2. ^ "www.brif.kz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-15. Dicapai pada 2009-09-22.
  3. ^ "www.brif.kz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-15. Dicapai pada 2009-09-22.
  4. ^ UN World Macro Regions and Components
  5. ^ Severin, Tim (1997). The Spice Island Voyage: In Search of Wallace. Great Britain: Abacus Travel. ISBN 0-349-11040-9.
  6. ^ Marcos, Artur. Timor Timorense - Com suas línguas, literatura, lusofonia. Colibri Editions, 1995. ISBN 972-8288-11-5
  7. ^ Languages of East Timor
  8. ^ Papua New Guinea asks RP support for Asean membership bid Retrieved July 8, 2009
  9. ^ Somare seeks PGMA's support for PNG's ASEAN membership bid Diarkibkan 2010-03-06 di Wayback Machine Retrieved July 8, 2009

Pautan luar

  • Transcontinental states according to World Gazetteer