Senarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2024

Pengurniaan darjah kebesaran negeri Terengganu 2024
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2024
Tarikh28 April 2024
LokasiBalairong Seri, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu
PenyebabHari keputeraan Sultan Terengganu

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Terengganu sempena hari keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2023 diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 28 April 2024.

Senarai penerima

Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.)

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato' Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  • Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia
  • Tan Sri Dato' Seri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara Malaysia

Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.)

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  • Dato' Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia

Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.)

Penerima darjah ini membawa gelaran Dato'. Berikut ialah 25 orang penerima darjah kebesaran ini:

  • Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam
  • Dato' Rosli Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  • Dato' Azizulhasni Awang, atlet berbasikal negara Malaysia (penerima senarai 2021)[1]
  • Dato' Abdul Muie Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Dato' Ab. Rasid Jusoh, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu
  • Dato’ Hajjah Nabilah binti Abdul Mubin, Pengarah & Timbalan Presiden - Kewangan, ExxonMobil Exploration & Production, Malaysia Inc.

Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ) (21 orang)

Berikut ialah senarai 21 orang penerima darjah kebesaran ini:

  • Che Muhamad @ Che Muhamad Azmi Ngah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu
  • Hassan ‘As’ari Omar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu
  • Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman, Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu
  • Asisten Komisioner Polis (ACP) Suffian Sulaiman, Pengawai Turus Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
  • Datuk Ahmad Amzad Hashim, ahli parlimen Kuala Terengganu
  • Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin.

Setia Mahkota Terengganu (SMT) (14 orang)

Berikut ialah senarai 14 orang penerima darjah kebesaran ini:

Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) (13 orang)

Berikut ialah senarai 13 orang penerima darjah kebesaran ini:

Ahli Mahkota Terengganu (AMT) (27 orang)

Berikut ialah senarai 27 orang penerima darjah kebesaran ini:

  • Hilmi Harun, ADUN Manir

Rujukan

  • "Sultan Terengganu kurnia Darjah Kebesaran kepada 104 individu". Berita Harian. 28 April 2024. Dicapai pada 29 April 2024.
  • Sukhairi Thani (29 April 2024). "Azizulhasni terima darjah kebesaran Terengganu". Berita Harian. Dicapai pada 29 April 2024.
  • ADLAN, MOHD AZLI (2024-04-28). "Panglima ATM, KPN dahului penerima darjah kebesaran Sultan Mizan". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-04-29.
  • "Panglima ATM, Ketua Polis Negara Terima Darjah Kebesaran Terengganu". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu. 29 April 2024.

Nota kaki

  1. ^ Zulkefle, Muhammad Najmi (2024-04-29). "Azizulhasni terima darjah kebesaran Terengganu". Malaysia Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-29.
  • l
  • b
  • s
Senarai penerima darjah kebesaran di Malaysia pada 2024 (2024)