Sera

Sera
Sera penggigit memakan darah melalui selaput buatan untuk pembelaan serangga
Sera penggigit memakan darah melalui selaput buatan untuk pembelaan serangga
Pengelasan saintifik
Kumpulan termasuk

Lihat teks

Sera pada kereta

Sera ialah jenis lalat bersayap dua yang sangat kecil dijumpai di seluruh dunia. Istilah ini tidak menyatakan kumpulan taksonomi yang jelas, tapi termasuk serangga dalam beberapa keluarga Nematocera Diptera. Sebahagian sera ialah vektor untuk penyakit. Kebanyakan yang lain pula memainkan peranan berguna kerana menjadi mangsa pada insektivor, seperti katak. Tabiat sera amat berbeza-beza antara keluarga komponen.

Contoh keluarga yang merangkumi spesies sera termasuk:[1]

  • Blephariceridae, sera sayap jaring
  • Cecidomyiidae, sera puru
  • Ceratopogonidae, sera penggigit atau penghisap darah
  • Chaoboridae, sera fantom
  • Chironomidae, sera tak menggigit
  • Deuterophlebiidae, sera gunung
  • Dixidae, sera meniskus
  • Scatopsidae, sera tahi
  • Thaumaleidae, sera sendirian

Rujukan

  1. ^ Merritt, R. W.; Cummins, K. W., penyunting (1996). An Introduction to the Aquatic Insects of North America. Kendall/Hunt Publishing Company.