Sheila Mambo

Sheila Mambo
Kelahiran
Rusilawati binti Hassan

(1963-12-10) 10 Disember 1963 (umur 60)
Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–kini

Rusilawati Hassan (lahir 10 Disember 1963) atau lebih dikenali sebagai Sheila Mambo ialah seorang pelakon komedi Malaysia yang mula diperkenalkan ke persada seni pada lewat 1980-an menerusi dunia seni suara.

Antara filem lakonan beliau ialah Idola, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali. Selain watak komedi, lakonan dramatik Sheila dalam drama Perempuan Seorang Sutradara pada tahun 2002 pernah mendapat pujian.

Beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH). Pada tahun 2003 beliau pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan berkesan dalam filem Diari Romeo. [1]

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Filemografi

Filem

  • Cinta Metropolitan (1996)
  • Penyair Malam (1998)
  • Idola (2002)[3]
  • Mami Jarum (2002)
  • Diari Romeo (2003)
  • Mami Jarum Junior (2003)
  • Gila-Gila Pengantin Remaja (2004)
  • Anak Mami Kembali (2005)
  • Nana Tanjung (2006)
  • Chermin (2007)
  • Kecoh Betul (2010)
  • Lagenda Budak Setan (2010)
  • Aku Ada, Kau Ada??? (2012)
  • Lagenda Budak Setan 2: Katerina (2012)
  • Syif Malam Raya (2020)
  • Arwah Pak Mat, Lif & AJK (2021)
  • Satu Hari Sebelum Raya (2023)
  • Mami Jarum Kembali (2023)

Drama

Telefilem

  • Arbaie Bujang Kembali (1998)
  • Pembunuh Misteri (2001)
  • Perempuan Seorang Sutradara (2002)
  • Neon (2003)
  • Siapa Tak Sayang Bini (2003)
  • Bahulu Hangus (2005)
  • Diva-Diva Pencen (2009)
  • Beca Usang (2009)
  • Panas (2010)
  • Taubat Nasuha (2010)
  • Kampung Semarah Padi (2012)
  • Kasyaf (2015)
  • Wau Kaseh (2016)
  • Menantu Second Class (2017)
  • Akak Mekanik (2018)
  • Anak Syurga (2019)
  • Ijam (2020)
  • Demi Tuhan Aku Bersaksi (2020)
  • Artis Pujaanku Mai Beraya (2022)
  • Anak Syurga (2022)
  • Baby Jarum (2023)
  • Hanya Johari Mengenal Maniam (2023)

Rujukan

  1. ^ 20 Januari 2014. Shiela Mambo aktif menulis skrip. Kosmo
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ 9 Ogos 2001. Sheila Mambo anggap Idola cukup bermakna. Utusan Malaysia.

Pautan luar