Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat

Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat
Tuan rumahThailand
Tarikhs25 Oktober 2009
Bandar rayaCha Am dan Hua Hin

Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat ialah mesyuarat Sidang Kemuncak Asia Timur (SK Asia Timur) keempat yang berlangsung pada 25 Oktober 2009 di bandar Cha Am dan Hua Hin, Thailand. Persidangan ini pernah ditunda sebanyak beberapa kali, mengalami perubahan lokasi, dan sempat diusulkan untuk dibatalkan kerana Krisis politik Thailand 2008.

Peserta

Wakil dari enam belas negara yang mengambil bahagian ialah:

  • Kevin Rudd Perdana Menteri Australia
    Australia Kevin Rudd
    Perdana Menteri Australia
  • Hassanal Bolkiah Sultan dan Perdana Menteri Brunei
    Brunei Hassanal Bolkiah
    Sultan dan Perdana Menteri Brunei
  • Hun Sen Perdana Menteri Kemboja
    Kemboja Hun Sen
    Perdana Menteri Kemboja
  • Wen Jiabao Perdana Menteri Cina
    Republik Rakyat China Wen Jiabao
    Perdana Menteri Cina
  • Manmohan Singh Perdana Menteri India
    India Manmohan Singh
    Perdana Menteri India
  • Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Indonesia
    Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono
    Presiden Indonesia
  • Yukio Hatoyama Perdana Menteri Jepun
    Jepun Yukio Hatoyama
    Perdana Menteri Jepun
  • Bouasone Bouphavanh Perdana Menteri Laos
    Laos Bouasone Bouphavanh
    Perdana Menteri Laos
  • Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia
    Malaysia Najib Tun Razak
    Perdana Menteri Malaysia
  • Thein Sein Perdana Menteri Myanmar
    Myanmar Thein Sein
    Perdana Menteri Myanmar
  • John Key Perdana Menteri New Zealand
    New Zealand John Key
    Perdana Menteri New Zealand
  • Gloria Macapagal-Arroyo Presiden Filipina
    Filipina Gloria Macapagal-Arroyo
    Presiden Filipina
  • Lee Hsien Loong Perdana Menteri Singapura
    Singapura Lee Hsien Loong
    Perdana Menteri Singapura
  • Lee Myung-bak Presiden Korea Selatan
    Korea Selatan Lee Myung-bak
    Presiden Korea Selatan
  • Abhisit Vejjajiva Perdana Menteri Thailand (Ketua)
    Thailand Abhisit Vejjajiva
    Perdana Menteri Thailand
    (Ketua)

Agenda

Krisis kewangan yang melanda dunia dijadualkan untuk dibahas dalam persidangan,[1] namun ia dibatalkan kerana krisis itu telah berlalu.

Mesyuarat yang diadakan pada Oktober 2009 ini dijadualkan untuk menerima cadangan Kerjasama Ekonomi Komprehensif untuk Asia Timur (CEPEA) yang berpotensi membentuk blok perdagangan terbesar di dunia.[2] Perdana Menteri Australia Kevin Rudd dan pesara diplomat Richard Woolcott dijadualkan untuk memberikan pandangan berkaitan idea komuniti Asia Pasifik.[3] Para anggota dipinta untuk mempertimbangkan rancangan India untuk menubuhkan semula Universiti Nalanda.

Isu berkaitan persidangan

Persidangan ini awalnya dijadualkan untuk diadakan di Bangkok pada 17 Disember 2008. Pada akhir Oktober 2008 pemerintah Thailand mengumumkan bahawa persidangan akan bertukar lokasi ke Chiang Mai berikutan ketegangan politik di bandar.[4]

Pada 2 Disember 2008 diumumkan bahawa persidangan akan ditunda sehingga Mac 2009.[5] Pada 12 Diaember 2008, Abhisit Vejjajiva mengindikasikan bahawa ia akan mengadakan persidangan pada Februari 2009 apabila terpilih menjadi Perdana Menteri Thailand.[6]

Pada Januari 2009, ia telah diumumkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN telah ditunda ke 1 Mac 2009, jadual itu tidak dapat dipenuhi oleh beberapa delegasi dari Asia Tenggara.[7] SK Asia Timur tetap diadakan selepas itu.

Perubahan jadual dari para pemimpin enam belas negara peserta mahu persidangan dijadualkan untuk diadakan pada April, bertepatan dengan hari Easter.[8][9] Ini menyebabkan lokasi persidangan berpindah dari Phuket ke Pattaya.[10] Tarikh dan tempat untuk persidangan telah diumumkan.[11] Lokasi baru yang dipilih ialah Pattaya Exhibition and Conference Hall (PEACH).

India mengumumkan bahawa mereka akan diwakili oleh Menteri Perdagangan dan Industri Kamal Nath, bukan oleh Perdana Menteri mereka.[12]

Pada 11 April 2009, penunjuk perasaan anti pemerintah berjaya masuk ke lokasi SK Asia Timur, memaksa Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva untuk membatalkan persidangan dan memindahkan para pemimpin negara dengan helikopter.[13]

Susulan pembatalan tersebut, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyatakan penyesalannya atas insiden yang terjadi.[14] Abhisit Vejjajiva kemudian mengugut akan mengambil tindakan undang-undang kepada penunjuk perasaan anti pemerintah yang dianggap "memalukan negara di hadapan dunia antarabangsa."[15]

Menjelang persidangan, konflik sempadan berlaku antara Thailand dan Kemboja. Persidangan ini disebut sebagai salah satu peluang untuk berbincang antara pemimpin kedua-dua negara.[16]

Kehadiran pemimpin negara

Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menuju ke lokasi persidangan saat Jabatan Luar Negeri Australia menyarankan beliau untuk kembali ke Australia.[17] Pemimpin negara dari China, Jepun, dan Korea Selatan dijemput oleh pasukan dari tuan rumah Thailand, sedangkan Perdana Menteri New Zealand John Key tidak dibenarkan keluar dari Lapangan Terbang Bangkok.[18]

Rujukan

  1. ^ Asian Summit to Discuss Rocket and Recession[pautan mati kekal]
  2. ^ "PM going to Thailand". The New Zealand Herald. NZPA. 20 Oktober 2009. Dicapai pada 30 September 2011.
  3. ^ PRESS DIGEST-Australian General News - Oct 14
  4. ^ http://sg.news.yahoo.com/afp/20081029/tap-thailand-protest-politics-asean-summ-c8d5519.html[pautan mati kekal]
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-03. Dicapai pada 2008-12-02.CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=377893
  7. ^ http://nationmultimedia.com/breakingnews/30092560/Asean-summit-with-dialogue-partners-to-be-held-in-March[pautan mati kekal]
  8. ^ ASEAN Notional Calendar
  9. ^ Singapore Minister Sees Opportunity In Adversity
  10. ^ Thailand Might Move Summit To Pattaya
  11. ^ Official site
  12. ^ Nath to represent PM at India-ASEAN summit
  13. ^ Thailand cancels Asian summit, declares emergency in Pattaya
  14. ^ UN chief 'regrets' Asian summit cancellation
  15. ^ Thai PM vows action against summit protesters
  16. ^ Thai Cambodian PMs to meet to defuse tension Diarkibkan April 12, 2009, di Wayback Machine
  17. ^ ASEAN summit will be reconvened: Rudd Diarkibkan 2012-12-30 di archive.today, The West Australian, 2009-04-12
  18. ^ Llewellyn, Ian (12 April 2009). "Key skips Thailand following protests". Stuff.co.nz. Dicapai pada 30 September 2011.

Pautan luar

  • KTT ASEAN ke-14