Siling

Siling dengan reka bentuk Moor di Agadir, Maghribi.

Siling ialah langit-langit atau permukaan bahagian atas dalam sebuah bilik. Siling biasanya tidak dikira sebagai unsur berstruktur melainkan menyembunyikan bahagian bawah bumbung dari tingkat di bawahnya. Siling boleh dihiaskan mengikut cita rasa, terutamanya seperti dalam bangunan-bangunan berkaitan agama.

Siling boleh dibahagikan mengikut rupa atau pembinaannya seperti siling gantung (dropped ceiling) yang dibina beberapa sentimeter ke beberapa meter di bawah struktur. Siling ini boleh dibina untuk tujuan estetika mahupun memberi ruang kepada sistem-sistem bangunan seperti perpaipan.

Ketinggian siling boleh mempunyai kesan psikologi.[1]

Rujukan

  1. ^ Meyers‐Levy, Joan; Zhu, Rui (Juliet) (August 2007). "The Influence of Ceiling Height: The Effect of Priming on the Type of Processing That People Use". Journal of Consumer Research. 34 (2): 174–186. doi:10.1086/519146. JSTOR 10.1086/519146.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Siling di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus siling di Wikikamus
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
    • 2