Sindrom Asperger

Sindrom Asperger atau Masalah Asperger merupakan kecacatan spektrum austisma yang disifatkan sebagai kesukaran pesakit dalam interaksi sosial bersama dengan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad. Sindrom ini berbeza daripada spektrum autisma yang lain melalui perkembangan linguistik dan kognitif.[1]

Sindrom Asperger merupakan kecacatan neurobiologi yang dinamakan sempena pakar perubatan Vienna, Hans Asperger, yang menerbitkan kertas kerja pada tahun 1944 yang menggambarkan pola perlakuan pada beberapa pemuda yang mempunyai perkembangan bahasa dan kecergasan normal, tetapi turut menunjukkan tabiat seperti autisma dan kekurangan jelas dalam kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan. Walaupun kertas kerjanya diterbitkan pada 1940-an, ia hanya pada tahun 1994 Sindrom Asperger ditambah kepada DSM IV dan hanya beberapa tahun kebelakangan Sindrom Asperger diakui oleh ibu bapa dan pakar perubatan profesional.

Dr. Hans Asperger, pakar perubatan yang digunakan namanya sebagai sindrom Asperger
Dr. Asperger menggambarkan pesakit muda beliau sebagai "profesor kecil".

Mereka yang mempunyai Sindrom Asperger menunjukkan pelbagai ciri-ciri dan masalah ini berlainan dari sederhana sehingga teruk. Mereka dengan Sindrom Asperger menunjukkan kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas, mempunyai masalah dengan perubahan dan cenderung kepada suasana yang serupa. Mereka sering mempunyai kebiasaan yang sama dan asyik dengan sesuatu perkara. Mereka menghadapi masalah membaca petunjuk bukan kata (gerak badan) dan sering kali mereka dengan Sindrom Asperger menghadapi masalah menentukan ruang jarak badan dengan orang lain. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain. Ia adalah penting bagi menyedari bahawa mereka dengan Sindrom Asperger melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan sama sekali. Dengan itu kebanyakan tabiat yang kelihatan pelik atau luar biasa biasanya disebabkan oleh kelainan neurologikal dan bukannya tabiat buruk yang sengaja atau kurang ajar, dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh "didikan yang salah".

Secara takrifan, mereka dengan Sindrom Asperger biasanya mempunyai IQ biasa dan kebanyakan individual (walaupun bukan semua), menunjukkan kemahiran atau bakat menonjol dalam bidang tertentu. Disebabkan kelebihan mereka dan perangai betul bendul, mereka sering dilihat sebagai pelik dan mudah menjadi mangsa ejekan atau dibuli. Sementara perkembangan bahasa kelihatan, pada luaran, normal, pengidap Sindrom Asperger seringkali mempunyai masalah dalam pragmatik atau paradoks. Perbendaharaan kata mereka amat luas dan sesetengah mereka kedengaran seperti "pensyarah kecil." Tetapi pengidap Sindrom Asperger amat lurus dan menghadapai masalah mengendali bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Pada masa kini terdapat perdebatan panjang lebar mengenai lokasi pengidap Sindrom Asperger patut diletakkan. Pada masa kini ia dianggap sebagai masalah spektrum autism. Sesetengah golongan profesion merasakan pengidap Sindrom Asperger sama seperti Autism Fungsi Tinggi, sementara yang lain merasakan ia adalah lebih baik menggambarkannya sebagai Kecacatan Belajar Bukan Verbal. Ciri-ciri Sindrom Asperger banyak menyamai Kecacatan Perkembangan Tegar PDD-NOS (Pervasive Developmental Disorder), HFA, dan NLD dan kerana ia hampir tidak diketahui sehinga beberapa tahun dahulu, ramai pesakit sama ada menerima diagnosis salah atau tidak diagnosis. Sebagai contoh, adalah biasa bagi kanak-kanak yang pada awalnya di diagnosis sebagai ADD atau ADHD di diagnosis semula sebagai Sindrom Asperger. Tambahan pula, sesetengah individual yang pada asalnya di diagnosis sebagai HFA atau PDD-NOS kini didiagnosis semula sebagai Sindrom Asperger. Ramai individu diberikan diagnosis berkembar sebagai Sindrom Asperger dan Autism Fungsi Tinggi.

Rujukan

  1. ^ http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17030291

Pautan luar

  • Asperger's Syndrome di Curlie
  • Asperger and Autism organizations and services
  • MedlinePlus Asperger Syndrome Resources
  • AS Family Village library
  • Wrong Planet Link Directory

Bacaan lanjut

  • Asperger's and Alexithymia
  • Asperger syndrome fact sheets - Fakta berkenaan diagnosis, campur tangan awal, perangai, isu keluarga & cerita peribadi
  • Laman web Stephen Shore menawarkan pandangan dalam mengenai kehidupan dengan sindrom Asperger.
  • Kempen "Kenali tanda. Bertindak Pantas.” CDC. - Maklumat mengenai keluarga berkenaan perkembangan awal kanak-kanak dan kecacatan perkembangan
  • Institute for the Study of the Neurologically Typical - Well-known parody of non-autistics by some people from the autism spectrum
  • Fresh Air with Terry Gross - National Public Radio (NPR) Program on Asperger's (2004 May 5)
  • Autism Asperger Publishing Company Penerbit Bebas khususubagi buku mengenai sindrom Autism dan Sindrom Asperger
  • Autism Key Dikendali oleh dan untuk keluarga kanak-kanak dengan masalah spektrum autism
  • ASpar support group Kumpulan sokongan bagi kanak-kanak (kini dewasa) dijaga oleh keluarga tunggal/keluarga berkenaan spektrum autism
  • Stories of children raised by autistic parents Sedari bagaimana rasanya dibesarkan oleh keluarga dengan spektrum autism
  • Templat:H2g2
  • Boston Globe article on a woman with Asperger's Syndrome
  • Radio Times with Marty Moss-Coane Real audio feed of hour long public radio segment on coping with Asperger's (2007 February 7)
  • Professor Tony Attwood's Asperger`s page Tony Attwood has over 30 years` experience in the field of autism, and Asperger`s in particular.
  • Global and Regional Asperger's Syndrome Partnership
  • Living with Asperger's Syndrome