Sos XO

XO sauce
EponimCognac Sunting ini di Wikidata
JenisPerasa
Tempat asalHong Kong
Bahan utamakekapis kering, cili, ham Jinhua, udang kering, bawang putih dan minyak kanola
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sos XO
Tulisan Cina TradisionalXO醬code: zh is deprecated
Tulisan Cina RingkasXO酱code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinXO jiang4
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
JyutpingXO zoeng3

Sos XO ialah sos makanan laut pedas yang berasal dari Hong Kong.[1] Ia paling biasa digunakan di selatan wilayah Cina seperti wilayah Guangdong.

Sejarah

Dikembangkan pada 1980-an di Hong Kong untuk masakan Kantonis, sos XO dibuat dengan makanan laut kering yang dicincang, termasuk kerang, ikan kering dan udang, dan seterusnya dimasak dengan cili, bawang, dan bawang putih. Sos makanan laut kering ini mempunyai persamaan dengan sos Shacha Fujian. Spring Moon, restoran Cina Peninsula Hong Kong, sering dikreditkan dengan ciptaan sos XO, walaupun orang lain mendakwa sos berasal dari kawasan bandar Kowloon.[2]

Etimologi

Nama sos XO berasal dari cognac XO (extra-old - lebih lama), yang merupakan minuman keras Barat yang popular di Hong Kong dan dianggap oleh ramai orang menjadi produk yang bergaya di sana. Di samping itu, istilah XO sering digunakan dalam budaya popular Hong Kong untuk menunjukkan kualiti, prestij dan kemewahan yang tinggi. Malah, sos XO telah dipasarkan dengan cara yang sama seperti minuman keras Perancis, menggunakan pembungkusan skim warna yang sama.[3]

Bahan-bahan

Bahan-bahan biasa sos XO termasuk kekapis kering, cili merah, ham Jinhua, udang kering, bawang putih dan minyak kanola.[4] Resepi lain juga menggunkan ikan jeruk masin dan bawang yang dipotong dadu.[5]

  • Sebuah pek hadiah sos XO
    Sebuah pek hadiah sos XO
  • Sos XO Jenama Anji, yang dibuat di China
    Sos XO Jenama Anji, yang dibuat di China

Kegunaan

Sos XO boleh digunakan sebagai rencah di sisi hidangan utama atau digunakan dalam memasak untuk meningkatkan rasa ikan, daging, sayuran, dan makanan seperti tauhu atau mi. Tukang masak rumah sering gunakan sos ini sebagai perasa utama untuk nasi goreng.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Vos, Heidemarie (2010). Passion of a Foodie. m/s. 591. ISBN 978-1-934925-63-8.
  2. ^ "XO sauce". gourmettraveller.com.au. Dicapai pada 2012-08-08.
  3. ^ "Vogue China: XO sauce". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-18. Dicapai pada 2017-07-21.
  4. ^ "Flavor Ammo: Is XO Sauce the World's Most Baller Condiment?". Grubstreet. Dicapai pada 2012-08-08.
  5. ^ "Hong Kong's best condiment". CNN Go. 15 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2011. Dicapai pada 13 August 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Bacaan lanjutan

  • Lo, Eileen Yin-Fei (2012). Mastering the Art of Chinese Cooking. Chronicle Books. pp. 157–159. ISBN 08118787080811878708