Sri Dhiraja

Sri Dhiraja merupakan pemerintah ke-2 Sriwijaya. Baginda memerintah dari tahun 692 hingga 702. Baginda juga merupakan nenek moyang orang Minangkabau.

Perpecahan Sriwijaya

Pada tahun 692, Sri Jayanaga telah mangkat di dalam peperangan Muka Selat Madura. Empayar Sriwijaya telah berpecah kepada 2 bahagian iaitu:-

  1. Daratan yang diperintah oleh Sri Dwipantra, putera sulung Sri Jayanaga.
  2. Kepulauan yang diperintah oleh Sri Dhiraja, putera kedua Sri Jayanaga dari Kota Matajap.

Pertikaian telah berlaku antara Sriwijaya Daratan dengan Sriwijaya Kepulauan.

Akhir sekali, Sriwijaya Daratan telah mengubah namanya kepada Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga manakala Sriwijaya Kepulauan kekal dengan nama Sriwijaya.

Kemangkatan

Pada 702 M, Sri Dhiraja telah mangkat. Baginda telah digantikan oleh anakanda sulung baginda, Sri Indrawarman.

Anakanda

Baginda mempunyai dua orang putera iaitu:-

  1. Sri Indrawarman
  2. Rudra Wikraman

Rujukan

  1. Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting
  2. Azra, Azyumardi (2006). Islam in the Indonesian world: an account of institutional formation. Mizan Pustaka.ISBN 979-433-430-8.