Sri Kripawarman
Sri Kripawarman yang bergelar Wan Pa merupakan Raja bagi kerajaan Medang Gana Lokasi kerajaan ini berkemungkinan terletak di pantai timur Semenanjung melayu . Baginda telah mengasaskan Empayar Yawadwipa dalam tahun 50-100 M.
Kekuasaan
Sri Kripawarman telah menawan seluruh Semenanjung Emas dan menamakan empayar baginda sebagai Empayar Yawadwipa. Baginda kemudiannya meluaskan kuasa ke seluruh kepulauan Nusantara dan empayar ini kekal selama beberapa abad.
Keluarga
Sri Kripawarman mempunyai dua orang adik-beradik iaitu;
- Maliniwarman bergelar Wan Malini
- Kaundinyawarman bergelar Wan Kaundinya
Kaundinyawarman telah mewujudkan Empayar Funan pada abad pertama Masihi.
Rujukan
- Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting oleh Abdullah Nakula, 1981