Sulaiman Mahbob

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr.

Sulaiman Mahbob

PSM, PJN; SSAP (Pahang); JSM, KMN, AMN;
Phd (Syracuse)
Ketua Pegawai Eksekutif
Sekretariat Majlis Pemulihan Negara
Penjawat kini
Memegang jawatan
1 Februari 2022
PengerusiMuhyiddin Yassin
Pengerusi
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
9 April 2021
Didahului olehTan Sri Dr. Kamal Salih
Pengerusi
Telekom Malaysia Berhad
Dalam jawatan
12 Januari 2015 – 30 November 2018
Didahului olehDato' Sri Dr. Halim Shafie
Digantikan olehRosli Man
Butiran peribadi
LahirSulaiman bin Mahbob
1949 (umur 74–75)
Pontian, Johor

Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman Mahbob adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara yang telah dilantik oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia, Muhyiddin Yassin pada 7 Februari 2022 lalu.[1] Beliau berpengalaman luas dalam sektor awam dan korporat dan pernah menjawat pelbagai jawatan sepanjang berkhidmat.

Kerjaya

Sulaiman pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2006 hingga tahun 2009 lalu. Semasa Krisis Kewangan Asia 1997, beliau telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada tahun 1995 lalu.

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diasaskan oleh beliau dan pernah dilantik sebagai Presiden IIM pada tahun 2004 lalu.[2]

Pada tahun 2015, Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad bagi menggantikan Dato' Sri Dr. Halim Shafie yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).[3] Beliau telah meletakkan jawatan tersebut pada tahun 2018 dan digantikan oleh Rosli Man.[4]

Beliau juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang pertama dari tahun 2004 hingga tahun 2005 lalu.

Penghargaan

Senarai darjah kebesaran yang diterima[5]

  •  Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (2008)
    • Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2002)
    • Johan Setia Mahkota (JSM) - (2000)
    • Kesatria Mangku Negara (KMN) - (1992)
    • Ahli Mangku Negara (AMN) - (1981)
  •  Pahang

Rujukan

  1. ^ MPN mahu penyaluran bantuan lebih sistematik
  2. ^ Kenali Sulaiman Mahbob, pemangku pengerusi FGV
  3. ^ Sulaiman Mahbob Dilantik Pengerusi Telekom Malaysia
  4. ^ Sulaiman Mahbob letak jawatan Pengerusi TM, Rosli Man pengganti
  5. ^ Semakan penerima darjah kebesaran