Sultan Abdul Jalil IV

Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Almarhum Tun Ali bin Tun Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Syekh bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Abdullah Al Saqqāf Al Aydrus ialah Sultan Johor ke-11 yang memerintah dari 3 September 1699 (Khamis, 8 Rabiulawal 1111 H)[1] hingga 1720. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Latar belakang

Pada asalnya, baginda ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan baginda mengambil gelaran Sultan apabila baginda ditabalkan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara.

Pemerintahan

Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor.

Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah untuk menyerang Johor.

Rampasan kuasa

Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sedarah Sultan Mahmud Shah II.

Mangkat

Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abdul Jalil IV dengan menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[2]

Keluarga

Anakanda-anakanda baginda adalah[3].:-

  1. Raja Sulaiman
  2. Bendahara Tun Abbas
  3. Tun Hasan
  4. Tun Mutahir I
  5. Tun Hussain


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-11
1699 – 1720
Penyandang Kemudian
Sultan Mahmud Shah II Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

Rujukan

  • Carl A. Trocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.
  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.

Nota kaki

  1. ^ Winstedt 1932, m/s. 51. sfn error: no target: CITEREFWinstedt1932 (help)
  2. ^ "Kawasan Pemakaman Diraja Di Kuala Pahang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. Dicapai pada 6 Disember 2010.
  3. ^ Carl A. Trocki, ms 22.

Pautan luar

  • http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Sultan
(Keturunan Sultan Melaka-Johor)
Raja Bendahara Pahang
Sultan Pahang Era Moden
  • l
  • b
  • s
Wangsa Sultan Johor-Melaka
Alauddin Riayat Shah II (1528 - 1564) • Muzaffar Shah II (1564 - 1570) Abdul Jalil Shah I (1570 - 1571) • Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571 - 1597) • Alauddin Riayat Shah III (1597 - 1615) • Abdullah Ma'ayat Shah (1615 - 1623) • Abdul Jalil Shah III (1623 - 1677) • Ibrahim Shah (1677 - 1685) Mahmud Shah II (1685 - 1699) • Abdul Jalil Rahmat Shah (1718 - 1722)
Wangsa Bendahara
Abdul Jalil IV (1699 - 1720) • Sulaiman Badrul Alam Shah (1722 - 1760) • Abdul Jalil Muazzam Shah (1760 - 1761) • Ahmad Riayat Shah (1761 - 1761) • Mahmud Shah III (1761 - 1812) • Abdul Rahman Muazzam Shah (1812 - 1819) • Hussain Shah (1819 - 1835) • Ali Iskandar Shah* (1835 - 1877)
Wangsa Temenggung
Temenggung Daeng Ibrahim* (1855 - 1862) • Sultan Abu Bakar (1862 - 1895) • Sultan Ibrahim (1895 - 1959) • Sultan Ismail (1959 - 1981) • Sultan Iskandar (1981 - 2010) • Sultan Ibrahim (2010 - kini)
* Ketika zaman Sultan Ali, baginda hanya memerintah di kawasan Kesang manakala Temenggung Daeng Ibrahim memerintah seluruh negeri Johor kecuali kawasan tersebut.