Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda
Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda ibni Sultan Muhamad Shah ialah Sultan Perak ke-17 yang memerintah dari tahun 1773-1786.[1]
Lahir sebagai Raja 'Alauddin, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Mahmud Shah II pada Jun 1773. Selepas kemangkatannya pada 1786, baginda diwarisi pula adindanya Raja Ahmad, putera bongsu Sultan Muhamad Shah.[2]
Didahului oleh Sultan Mahmud Shah II | Sultan Perak 1773-1786 | Diikuti oleh: Sultan Ahmaddin Shah |
Lihat juga
- Sejarah Perak
- Sultan Perak
Nota kaki
- ^ "Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda". Portal Raja Kita-Perak. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. 2002. Dicapai pada 14 Januari 2010.
- ^ "17.Sultan Alauddin Mansur Shah". Senarai Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-09. Dicapai pada 21 Februari 2014.
Pautan luar
- Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan - Senarai Sultan Perak Diarkibkan 2015-05-09 di Wayback Machine