Sultan Mahmud Shah I, Kedah

Sultan Mahmud Shah ialah Sultan Kedah yang ke-5. •Baginda merupakan putera kepada  Sultan Muzzil Shah. Pada 17 Ogos 1280, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-5 dan bersemayam di Kota Sungai Emas.

Baginda telah bermuafakat bersama jemaah menteri untuk mengangkat adindanya, Tengku Ahmad sebagai Raja Muda Kedah.

Tahun 1282, baginda memerintahkan Raja Muda Ahmad untuk membangunkan sebuah kota bernama Kota Seputeh bagi mengekang musuh dari arah utara.

Baginda juga memerintahkan Dato’ Paduka Maharaja Temenggung Anggota Desa (Raja Temenggung) untuk membangunkan sebuah kota di Wang, hulu Sungai Merpah (Setul) yang diberi nama Kota Wang bagi menjaga musuh dari arah Tenangsari.

Sebaik sahaja siap, Kota Wang diserahkan kepada Dato’ Pahlawan Berma Raja manakala Kota Seputih turut diberi kepada Dato’ Seraja Wang untuk menjagakannya.

Pada 14 Mei 1321, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Sungai Emas.

Isteri

  • Tunku Aishah

Anakanda

  1. Tunku Ibrahim
  2. Tunku Azlin

Lihat juga

  • Sultan Kedah

Rujukan


Pautan luar

  • Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman semenjak tahun 1136M Diarkibkan 2014-09-02 di Wayback Machine
Didahului oleh
Sultan Mudzaffar Shah II
Sultan Kedah
1280-1321
Diikuti oleh:
Sultan Ibrahim Shah