Sultan Muhammad III

Sultan Muhammad III
Sultan Kelantan Darul Naim
Pemerintahan1890-1891
Didahului olehSultan Ahmad Tengah
Diikuti olehSultan Long Mansur
KeputeraanKota Bharu, Kelantan Darul Naim
KemangkatanIstana Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
AyahandaSultan Ahmad Tengah
AgamaIslam

Nama asal baginda ialah Long Kundur iaitu putera sulong Sultan Ahmad. Baginda menaiki takhta pada tahun 1890 dan mempunyai tempoh pemerintahan yang singkat apabila baginda mangkat pada tahun 1891.[1]

Semasa pemerintahan baginda timbul pertikaian dalaman berkaitan jawatan penting didalam kerajaan baginda apabila beberapa orang adinda baginda tidak diberi sebarang jawatan iaitu:

  • Long Mahmud
  • Long Salleh
  • Long Sulaiman
  • Long Yusoff
  • Long Abdullah[2]

Di samping itu kerajaan Siam telah mula menunjukkan minat semula untuk meluaskan pengaruh ke Kelantan dan pada tahun 1890, Raja Siam telah melawat Kelantan. [3] [4]

Kemudian apabila pelantikan Bagindaa diiktiraf oleh Kerajaan Siam maka Baginda pun secara rasmi digelar Sultan Muhammad III dan di samping itu Baginda juga terkenal dengan dua nama gelaran lagi iaitu Sultan Banggu dan Raja Bendahara.

Keluarga

Baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri:

  • Tengku Long Senik (Sultan Muhammad IV), mempunyai beberapa putera dan puteri iaitu:
  • Tengku Besar Tuan Long Ahmad
  • Tengku Long Zainal Abidin (Raja Dewa), mempunyai putera dan puteri iaitu:
    • Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Long Zainal Abidin, Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa pilihanraya, mempunyai beberapa putera dan puteri iaitu:
    • Tengku Zainab binti Tengku Long Zainal Abidin yang merupakan Raja Perempuan Kelantan serta permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-26 Sultan Ibrahim dan bonda tiri kepada Sultan Kelantan ke-27 Sultan Yahya Petra, mempunyai putera iaitu:
      • Tengku Indera Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang merupakan putera sulung Sultan Ibrahim dan merupakan Raja Muda Kelantan namun dilucutkan jawatannya kerana sebab-sebab tertentu
  • Tengku Ismail (Tengku Srijaya Raja)
  • Tengku Abdul Rahman
  • Tengku Wok
  • Tengku Yah
  • Tengku Biru (Isteri Tengku Selia Raja)
  • Tengku Embung (Isteri Tengku Indera Segara Besut)

Lihat juga

Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1890 – 1891
Penyandang Kemudian
Sultan Ahmad Sultan Mansur

Rujukan

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.

Nota kaki

  1. ^ Shahril Talib, 2003, ms 43.
  2. ^ Shahril Talib, 2003, ms 40
  3. ^ Shahril Talib, 2003, ms 39
  4. ^ Royal Ark