Sundang

Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Semenanjung Tanah Melayu, Sulu dan Bugis. Sundang paling banyak digunakan di Semenanjung Malaysia dan Selatan Filipina. Senjata ini banyak dihasilkan di kawasan pantai timur dan utara Malaysia. Terdapat dua jenis sundang yang dikenal pasti iaitu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan sundang berbentuk keris besar sama ada berluk, lurus serta berlok atau lurus sahaja. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas,melilit dan kurang sesuai untuk menikam. Senjata ini merupakan senjata lebih bersifat senjata menyerang bukan senjata menunggu musuh. Sundang keris merupakan senjata utama pada Silat Sundang Siliwangi dan Seni Kuntau Nakhoda Sug. Manakala Sundang Lipas juga merupakan senjata utama Silat Seni Gayong.

Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak, melilis, melilit dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Ia popular di Filipina, Borneo, Brunei dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

Pautan luar

  • SUNDANG KERIS PANJANG
  • Silat Seni Gayong
  • Facebook Silat Seni Gayong Malaysia
  • l
  • b
  • s
Senjata-senjata dan pelindung serata Nusantara
Senjata tradisional
Pedang
  • Alamang
  • Amanremu
  • Balato
  • Gari
  • Kampilan
  • Keris bahari
  • Langgai Tinggang
  • Luwuk
  • Mandau
  • Niabor
  • Pandat
  • Parang Nabur
  • Piso Halasan
  • Piso Sanalenggam
  • Rudus
  • Sikin Panyang
  • Sundang
  • Surik
Belati & pisau
  • Badik
  • Keris
  • Kujang
  • Palitai
  • Peurawot
  • Pisau raut
  • Pisuwe
  • Rencong
  • Sewar
  • Si Euli
Perimbas & parang
Senjata hentaman
Senjata tiang atau tombak
Senjata lentur
  • Cambuk
Senjata lain
  • Celurit
  • Kerambit
  • Salukat
  • Sumpitan
  • Tolor
  • Bedog cepot
Paparan Keris
Meriam gangsa dengan kamar isi dan garuda kayu
Peurise teumaga
Senjata berasaskan mesiu/ubat bedil
Senjata api
Meriam
Dari nama
Pelindung dan Pakaian
Perisai
Zirah
Ketopong