Sungai Adam

  Mukim Sungai Adam
Negara MalaysiaNegeri PerlisPentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran KangarKeluasan
 • Jumlah5.02 km2 (1.94 batu persegi)Penduduk
 (2010)
1,861 orang • Kepadatan371/km2 (960/batu persegi)

Mukim Sungai Adam merupakan sebuah mukim di negeri Perlis.

Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]

Pentadbiran

Mukim Sungai Adam merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Sungai Adam mempunyai keluasan 5.02 kilometer persegi.[2]

Geografi

Mukim Sungai Adam terletak di bahagian tengah negeri Perlis bersempadan dengan mukim Ngulang dan Oran di utara, Arau di timur dan Jejawi di barat.[2]

Demografi

Jumlah penduduk di Mukim Sungai Adam ialah 1,861 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 371 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 1,836 orang. Hanya 25 orang penduduk bukan berbangsa Melayu.[3][4] Terdapat sebanyak 478 isi rumah dengan 516 tempat kediaman.[3]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Melayu 1,836
Bumiputera lain 2
Cina 3
India 0
Lain-lain 0
Bukan warganegara - 20
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun ke atas 145
60-69 tahun 160
50-59 tahun 203
40-49 tahun 218
30-39 tahun 191
20-29 tahun 264
10-19 tahun 349
0-9 tahun 331
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 927
Perempuan 934

Rujukan

  1. ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
  2. ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
  3. ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
  4. ^ a b "Citypopulation - Sungai Adam, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).
  • l
  • b
  • s
Bendera Perlis Perlis Lambang Perlis
Mukim
Pekan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P001 Padang Besar
N01 Titi Tinggi
N02 Beseri
N03 Chuping
N04 Mata Ayer
N05 Santan

P002 Kangar
N06 Bintong
N07 Sena
N08 Indera Kayangan
N09 Kuala Perlis
N10 Kayang

P003 Arau
N11 Pauh
N12 Tambun Tulang
N13 Guar Sanji
N14 Simpang Empat
N15 Sanglang