Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan
سوروهنجاي ڤرداڬڠن ڤرسكوتوان
Federal Trade Commission
Bendera Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan

Mohor Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan
Intisari agensi
Dibentuk26 September 1914; 109 tahun yang lalu (1914-09-26)
Agensi terdahulu
  • Biro Perbadanan
Bidang kuasa
 Amerika Syarikat
Ibu pejabatBangunan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan, Washington, D.C.
Kakitangan1,160 (FY 2020)[1]
Belanjawan tahunan$332 juta (FY 2020)[1]
Eksekutif Agensi
  • Lina Khan, Pengerusi
Laman sesawang
www.ftc.gov
Nota kaki
[2][3]

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) adalah sebuah badan bebas di bawah pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang antipakat awam (bukan jenayah) dan menggalakkan perlindungan pengguna. FTC berkongsi bidang kuasa dengan Divisyen Antipakat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dalam ehwal penguatkuasaan antipakat sivil di negara itu. Ia beribu pejabat di Bangunan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Washington, D.C.

Suruhanjaya ini diketuai oleh lima pesuruhjaya untuk tempoh tujuh tahun sepenggal. Mereka dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat. Tidak lebih daripada tiga orang pesuruhjaya berada dalam parti siasah yang sama. Presiden memilih seorang pesuruhjaya untuk menjalankan tugas sebagai Pengerusi; Lina Khan telah menjawat kedudukan tersebut sejak Jun 2021.[4]

FTC telah ditubuhkan pada tahun 1914 setelah Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan diluluskan. Ditandatangani sebagai undang-undang oleh Presiden Woodrow Wilson yang merupakan penyokong kuat terhadap penubuhannya, Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan merupakan gerak balas utama terhadap amalan monopoli pada abad ke-19.

Rujukan

  1. ^ a b "Agency Financial Report (Fiscal Year 2020)" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 Ogos 2021. Dicapai pada 28 Ogos 2021.
  2. ^ "Federal Trade Commission". The Best Places to Work (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2007.
  3. ^ "Federal Trade Commission: A History" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan. 18 Januari 2012. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
  4. ^ "Commissioners". Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2021.

Bacaan lanjut

  • Davis, G. Cullom (1962). "The Transformation of the Federal Trade Commission, 1914–1929". The Mississippi Valley Historical Review (dalam bahasa Inggeris). 49 (3): 437–455. doi:10.2307/1902564. JSTOR 1902564.
  • MacIntyre, A. Everette; Volhard, Joachim J. (1970). "The Federal Trade Commission". Boston College Law Review (dalam bahasa Inggeris). 11 (4): 723–783.
  • MacLean, Elizabeth Kimball (July 2007). "Joseph E. Davies: The Wisconsin Idea and the Origins of the Federal Trade Commission". Journal of the Gilded Age and Progressive Era (dalam bahasa Inggeris). 6 (3): 248–284. doi:10.1017/S1537781400002097.
  • Winerman, Marc (2003). "The Origins of the FTC: Concentration, Cooperation, Control, and Competition" (PDF). Antitrust Law Journal (dalam bahasa Inggeris). 71 (1): 1–98.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
  • Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Federal Register
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Jerman
    • 2
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Yunani
  • Vatican
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain
  • Rangkaian Sosial dan Konteks Arkib
  • SUDOC (Perancis)
    • 1
  • Trove (Australia)
    • 1