Syarikat Hindia Timur Inggeris

Syarikat Hindia Timur
Bendera syarikat (1801)
Jata (1698)

Motto: Auspicio Regis et Senatus Angliae
Latin untuk "By command of the King and Parliament of England"
Nama asliBritish East India Company Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Perusahaan milik negara[1]
IndustriPerdagangan antarabangsa
Ditubuhkan31 Disember 1600; 423 tahun yang lalu (1600-12-31)
Pengasas
Dibubarkan1 Jun 1874; 149 tahun yang lalu (1874-06-01)
NasibDimiliknegarakan:
  • Wilayah dan tanggugjawab diserahkan kepada Kerajaan British oleh Government of India Act 1858
  • Dibubarkan oleh East India Stock Dividend Redemption Act 1873
Ibu pejabatEast India House, London, Great Britain
KeluaranKapas, sutera, indigo dye, gula, garam, rempahan, saltpetre, teh, perdagangan hamba and opium
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bendera syarikat selepas tahun 1707
Bendera syarikat dengan Salib St. George di penjurunya

Syarikat Hindia Timur Inggeris (bahasa Inggeris: British East India Companycode: en is deprecated ), kadang-kala dikenali dengan nama "John Company" adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 Disember 1600. Syarikat ini, dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini ditutup pada 1858. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

Perbandingan dengan bendera malaysia

Bendera rekaan ketiga terubahsuai ini telah terinspirasi daripada bendera rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris, ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar elemen utamanya yang disusun pada lunas yang sama khususnya pada jalur merah putih dan kotak berwarna biru disisi sebelah kiri atas bendera .

Apabila bendera rekaan baru itu telah diteliti pada setiap bahagian kemasan reka bentuknya, setiap satunya membawa definisi yang signifikan seperti berikut:

merah, putih dan biru – membawa maksud Malaysia (sebagai sebuah negara baru yang hendak ditubuhkan) telah mempunyai perikatan wangsa diantara Negara-negara Komanwel.

lambang bulan sabit dan bintang pecah – membawa signifikan agama Islam sebagai agama Persekutuan, warna kuning sebagai simbol kedaulatan Raja-raja Melayu. Bintang pecah sebelas pula membawa maksud "perpaduan dan kerjasama" diantara kesemua negeri-negeri anggota dalam Persekutuan. Lambang bulan sabit dan bintang pecah menjadi asas perbezaan ketara berbanding bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menggunakan lambang salib dalam benderanya.

Bendera-bendera

  • Downman (1685)
    Downman (1685)
  • Lens (1700)
    Lens (1700)
  • Rees (1820)
    Rees (1820)
  • Laurie (1842)
    Laurie (1842)

Syarikat ini telah mempunyai lima bendera yang berbeza sepanjang hayatnya. Dari 1600 ke 1707, (sebelum Akta Kesatuan yang menyatukan England dan Scotland), corak bendara syarikat terdiri daripada palang St George dikantonnya dengan belang merah dan putih memenuhi kawasan di luar kanton. Selepas 1707, kantonnya diisi dengan Bendera Kesatuan yang terbentuk daripada penyatuan palang St George dengan St Andrew. Pada 1800, Akta Kesatuab menyaksikan Ireland menyertai United Kingdom. Dengan kemasukan Ireland, Bendera Kesatuan berubah dan ini menyebabkan kanton bendara syarikat digubah untuk diisi dengan palang St Patrick. Terdapat ketidakpastian tentang jumlah jalur yang terdapat di dalam bendara syarikat. Laporan-laporan dan lukisan-lukisan sejarah mencadangkan terdapat di antara sembilan dan 13 jalur. Ada di antara dokumen-dokumen ini menyatakan bawah jalur teratas berwarna merah dan ada pula yang mengatakan sebaliknya.

Semasa Revolusi Amerika, bendera syarikat menyerupai bendera Grand Union. Bendera Amerika Syarikat mungkin berasal daripada bendera syarikat ini. Sir Charles Fawcett telah mencadangkan kemungkinan itu pada tahun 1937.[2]

Perbandingan antara bintang dan jalur dengan bendara syarikat dari rekod sejarah memberikan bukti-bukit yang kukuh. Bendera syarikat yang diberi nama bendera Syarikat John mula diguna pakai pada 1600-an. Amerika Syarikat pula hanya mula mengibarkan Bintang dan Jalur pada tahun 1777.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "East India Company | Definition, History, & Facts | Britannica". www.britannica.com. 2 July 2023.
  2. ^ The STRIPED FLAG of the EAST INDIA COMPANY, and its CONNEXION with the AMERICAN "STARS and STRIPES"

Pautan luar

  • From Trade to Colonization: Historical Dynamics of the East India Companies
  • Seals and Insignias of East India Company
  • The Secret Trade The basis of the monopoly.
  • Trading Places - a learning resource from the British Library
  • Trading Places: The East India Company and Asia, a free seminar from the British Library on the history of the British East India Company.
  • Port Cities: History of the East India Company
  • Ships of the East India Company
  • Plant Cultures: East India Company in India
  • Library of Congress Federal Research Division Country Studies
  • History and Politics: East India Company
  • English Expansionism
  • Nick Robins, New Statesman, 13 December 2004, "The world's first multinational"
  • Karl Marx, New York Tribune, 1853-1858, The Revolt in India
  • East India Company: Its History and Results article by Karl Marx, MECW Volume 12, p. 148
  • East India Club Gentlemen's club originally for officers and former officers of the Company, now open to others.
  • Text of East India Company Act 1773
  • Text of East India Company Act 1784
  • John Stuart Mill and The East India Company, Vinay Lal's review of Lynn Zastoupil's 1994 book
  • The Richest East India Merchant: The Life and Business of John Palmer of Calcutta, 1767-1836 (Worlds of the East India Company) by Anthony Webster
  • "The East India Company – a corporate route to Europe" on BBC Radio 4’s In Our Time featuring Huw Bowen, Linda Colley and Maria Misra
  • A timeline of India in the 1800s
  • HistoryMole Timeline: The British East India Company
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.