Talulah Riley

Talulah Riley
Riley di lokasi penggambaran St. Trinian's 2: The Legend of Fritton's Gold pada 27 Ogos 2009.
Kelahiran
Talulah Jane Riley-Milburn[1]

(1985-09-26) 26 September 1985 (umur 38)
Hertfordshire, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganElon Musk (k. 2010; c. 2012)

Talulah Jane Riley-Milburn (lahir 26 September 1985) ialah seorang pelakon wanita England. Beliau pernah membintangi filem Pride and Prejudice, St Trinian's, The Boat That Rocked, dan St. Trinian's 2: The Legend of Fritton's Gold. Riley muncul di halaman depan majalah Esquire edisi Mac 2010.[2][3][4]

Kerjaya

Televisyen

Kerjaya televisyen Riley termasuk Poirot (2003), Marple (2006), dan Doctor Who ("Silence in the Library" dan "Forest of the Dead"). Beliau juga memegang watak Lila, seorang penulis muda yang sedang jatuh cinta, dalam siri pendek Nearly Famous (2007) di E4.

Teater

Riley memulakan kerjaya pentas bersama Kevin Spacey dalam The Philadelphia Story yang dipentaskan di Old Vic pada 2005. Penampilannya dalam pementasan semula Summer and Smoke karya Tennessee Williams pada 2006 banyak menerima pujian.[5]

Filem

Pada tahun 2010, Riley muncul sebagai penyamar dalam filem Inception bersama Leonardo DiCaprio yang ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan. Pada tahun itu juga, The Summer House dikeluarkan dan dibintangi oleh Riley sebagai peranan utamanya dibantu oleh Robert Pattinson. Pada hari pertama keluaran tayangannya, The Summer House menjadi filem nombor satu di iTunes di seluruh dunia dan bertahan di kedudukan itu selama beberapa hari.[6][7][8] Menurut laman web rasminya, beliau membintangi filem White Frog.[9]

Kehidupan peribadi

Talulah Riley-Milburn dilahirkan di Hertfordshire sebagai anak tunggal kepada Una Riley, pengasas syarikat sistem keselamatan dan syarikat perhubungan awam,[10] dan Doug Milburn, bekas pengerusi National Crime Squad. Bapanya kini bekerja sebagai penulis skrip dan telah menulis skrip episod Silent Witness, Prime Suspect, dan The Bill. Beliau bersekolah di Cheltenham Ladies College, Berkhamsted Collegiate School, dan Haberdashers' Aske's School for Girls. Sewaktu mengikuti kelas lakonan di London, Riley belajar matematik, fizik, dan ekonomi di Open University.

Riley berkahwin dengan usahawan Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla Motors, pada 25 September 2010 di Katedral Dornoch di Scotland.[11] Pada Januari 2012, ia diberitakan bahawa keduanya akan bercerai.[12] Beliau akan menerima $4,2 juta dari kekayaan bersih Musk sebanyak $2 bilion pada waktu itu.[13]

Filemografi

Tahun Format Tajuk Peranan Catatan
2003 Filem TV Poirot: Five Little Pigs Young Angela Warren
2005 Filem Pride & Prejudice Mary Bennet
2006 Filem TV Marple: The Moving Finger Megan Hunter
2007 Filem St Trinian's Annabelle Fritton
Filem pendek Friends Forever Grace National Film and Television School
Siri TV Nearly Famous Lila Reed Siri enam bahagian
Filem Wilder Carro Hanya treler diterbitkan[14]
2008 Filem TV Phoo Action Lady Elenor Rigsby Pilot - siri enam bahagian dibatalkan[15]
Siri TV Doctor Who Miss Evangelista Siri Empat, Ep8 "Silence in the Library", Ep9 "Forest of the Dead"
Pilot TV (tidak disiarkan) The Gemma Factor Nell Pilot[16] - digantikan oleh Hannah Kew dalam siaran serinya tahun 2010
2009 Filem The Boat That Rocked Marianne Bertajuk "Pirate Radio" di Amerika Utara.
Filem pendek The Summer House Jane Tayangan perdana di Cannes Short Film Corner
Filem St. Trinian's 2: The Legend of Fritton's Gold Annabelle Fritton
2010 Filem Inception Wanita perang di bar
Video Love & Distrust Jane Koleksi filem-filem pendek, termasuk "The Summer House"
2011 Filem The Dilemma Concept Car Spokesmodel
2012 Filem The Knot Alexandra Dikeluarkan di UK pada 5 Oktober 2012
Filem White Frog Ms. Lee Tayangan perdana 8 Mac 2012
Filem Transmission TBA
2013 Filem The Liability The Girl Dikeluarkan di UK pada 17 Mei 2013
Filem In a World... Pippa Dikeluarkan di AS pada 9 Ogos 2013

Rujukan

  1. ^ Births, Marriages & Deaths Index of England & Wales, 1916-2005.; at ancestry.com
  2. ^ Singh, Anita (3 February 2010). "Talulah Riley: the world's sexiest quantum physicist?". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-06. Dicapai pada 2021-03-10.
  3. ^ "Girls on top: The next generation of British actresses". The Independent. 24 July 2009.
  4. ^ Woods, Judith (21 March 2009). "Ooh la Talulah! The Boat That Rocked actress's life of Riley". Mail Online.
  5. ^ Read, Rachel (27 September 2006). "Summer and Smoke @ Nottingham Playhouse". BBC Nottingham.
  6. ^ Brodie, Anne (26 July 2010). "Talulah Riley - The Summer House/Inception". Monsters and Critics.
  7. ^ Palacios, Kim (23 July 2010). "Robert Pattinson's short film "The Summer House" dominates iTunes". Hollywood News.
  8. ^ "Pattinson's Summer House is an iTunes Smash" (Siaran akhbar). Shorts International. 23 July 2010.
  9. ^ http://whitefrogthemovie.tumblr.com/post/8098075281/cast-revealed-talulah-riley-cast-in-white-frog
  10. ^ "Talulah Riley: how to marry a billionaire". London Evening Standard. 26 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-26. Dicapai pada 2021-03-10.
  11. ^ McGivern, Mark (28 September 2010). "St Trinians star Talulah Riley marries in fairytale Highland wedding". Daily Record.
  12. ^ "PayPal founder Elon Musk divorces actress wife Talulah Riley...and announces split via Twitter". Daily Mail. London. 20 January 2012. Dicapai pada 21 January 2012.
  13. ^ Zennie, Michael (21 August 2012). "PayPal founder Elon Musk gives his British actress wife just $4.2million in divorce... despite being worth $2BILLION". Daily Mail. United Kingdom: Associated Papers Ltd. Dicapai pada 2013-02-19.
  14. ^ Foreman, Liza (24 May 2007). "Make my day. Make my film". Times Online.
  15. ^ Holmwood, Leigh (17 November 2008). "BBC3 drops new drama Phoo Action". guardian.co.uk.
  16. ^ Coates, Brian (9 July 2008). "Lights, camera, rain... BBC film crew comes to Calderdale to shoot comedy drama". Halifax Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-22. Dicapai pada 2013-09-11.

Pautan luar

  • Talulah Riley di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Persondata
Nama Riley, Talulah
Nama alternatif Riley-Milburn, Talulah Jane
Pemerihalan ringkas Pelakon wanita United Kingdom
Tarikh kelahiran 26 September 1985
Tempat kelahiran Hertfordshire, England United Kingdom
Tarikh kematian
Tempat kematian
  • l
  • b
  • s
Elon Musk
Syarikat
Lain-lain
  • Hyperloop
  • Tesla Roadster in space
  • Terowong Ujian Boring
  • Pandangan Elon Musk
Keluarga
Budaya masyhur
  • Elon Musk: Tesla, SpaceX, and the Quest for a Fantastic Future (biografi 2015)
  • "The Musk Who Fell to Earth" (The Simpsons, 2015)
  • "One Crew over the Crewcoo's Morty" (Rick and Morty, 2019)
Legasi
  • Anugerah dan penghargaan
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Poland
Kamus biografi
  • Jerman