Taman KLCC

Taman KLCC
Pemandangan taman dari Traders Hotel
Map
JenisTaman awam
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′20″N 101°42′54″E / 3.155647°N 101.714997°E / 3.155647; 101.714997
Keluasan20 hektar
Dibangunkan
1998
Dikendalikan olehKLCC Properties
StatusDibuka sepanjang tahun
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman KLCC ialah taman awam yang terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman ini direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Rekabentuk

Taman ini direka oleh Roberto Burle Marx, dikatakan sebagai usaha terakhir yang dilakukan oleh jurubina berbangsa Brazil itu.[1]. Adalah dikatakan ketika mereka taman ini, beliau cuma ada satu hajat iaitu "meninggalkan dunia yang lebih peka sedikit dan lebih terdidik sedikit mengenai kepentingan alam semula jadi".[2]

Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama. Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, perairan dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.[1]

Pemuliharaan dan biodiversiti diberi pertimbangan dalam pembentukan taman ini. 23 spesimen tumbuhan matang yang jarang ditemui diselamatkan Kelab Lumba Kuda Selangor lalu ditanam di kawasan taman. 1900 pokok tempatan termasuk 66 spesies pokok palma ditanam di taman untuk memupuk biodiversiti. Pokok-pokok tersebut dipilih secara teliti untuk menarik burung-burung tempatan mahupun penghijrah.[1]

Sebuah tasik buatan manusia dibentuk di tengah taman, di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar. Sebatang jambatan 43 meter yang melintasi tasik memudahkan pelawat menikmati pemandangan taman dan menara yang baik.

Ciri-ciri taman

Lake Symphony

Lake Symphony ialah sebuah tasik buatan manusia seluas 10,000 meter persegi (2 ekar) dengan sistem air pancutan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Pancutan utamanya boleh memancutkan air setinggi 42 meter (138 ka). Pertunjukan air diadakan setiap hari pada waktu tengah hari dan senja.[1]

Laluan joging dan jalan kaki

Sebatang laluan joging sepanjang 1.3 kilometer (0.81 bt) dipasang dengan bahan EPDM, sejenis bahan kegetahan khas yang direka untuk keselesaan dan keselamatan. Tempat rehat disediakan di sepanjang laluan jalan kaki.

Hiasan perairan

Pelbagai tempat air pancutan, air terjun, lata dan kolam bertabur di sekitar taman.

Taman permainan

Sebuah taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi kolam renang awam terletak di sebelah barat taman.

Galeri

  • Pancutan air di Symphony Lake
    Pancutan air di Symphony Lake
  • Pertunjukan pancutan air pada waktu malam.
    Pertunjukan pancutan air pada waktu malam.
  • Pemandangan bahagian tenggara taman
    Pemandangan bahagian tenggara taman
  • Kolam kanak-kanak
    Kolam kanak-kanak
  • Kawasan taman yang menghadap Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
    Kawasan taman yang menghadap Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Rujukan

  1. ^ a b c d "KLCC Park". KLCC Properties. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-17. Dicapai pada 2010-01-16.
  2. ^ "KLCC Park". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 2010-01-16.


  • l
  • b
  • s
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas · Suria KLCC · Dewan Filharmonik Petronas
Kawasan Sekeliling
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur · Aquaria KLCC · Traders Hotel · Menara ExxonMobil · The Binjai on the Park · Menara Maxis · Menara Petronas 3 · Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Utiliti