Titik lampau Bumi

Ini senarai titik-titik lampau Bumi, titik atau tempat yang paling utara, selatan, timur atau barat, paling tinggi atau rendah, paling jauh di daratan ataupun paling jauh di laut dari mana-mana tempat di jisim bumi, benua atau negara.

Dunia

Keterpencilan

Setiap benua memiliki Kutub yang Tidak Dapat Didatangi, yang ditakrifkan sebagai tempat di benua yang paling jauh dari mana-mana lautan. Daripada titik-titik benua ini, tempat yang paling jauh dari laut ialah Eurasian Pole of Inaccessibility' ("Kutub yang Tidak Dapat Didatangi Eurasia" atau "EPIA") 46°17′N 86°40′E / 46.283°N 86.667°E / 46.283; 86.667 (Continental Pole of Inaccessibility), di wilayah Xinjiang China berdekatan dengan sempadan Kazakhstan. Hitungan yang dilakukan sering menyatakan bahawa titik ini berada 2,645 km (1,644 bt) dari panatai yang paling hampir, terletak di Gurun Dzoosotoyn Elisen. Petempatan yang paling hampir dengan EPIA ialah Suluk yang terletak pada 46°15′N 86°50′E / 46.250°N 86.833°E / 46.250; 86.833 (Suluk) lebih kurang 7 batu (11 km) pada arah timur.[1]

  • Pulau yang paling terpencil ialah Pulau Bouvet, sebuah pulau kecil dan yang tidak diduduki kepunyaan Norway yang terletak di laut Atlantik Selatan. Ia terletak pada kordinat 54°26′S 3°24′E / 54.433°S 3.400°E / -54.433; 3.400 (most remote island). Daratan yang paling dekat ialah Tanah Permaisuri Maud, Antartika, satu tempat yang tidak diduduki, lebih 1,600 km (994 bt) di selatan. Tempat terdekat yang mempunyai penduduk ialah Tristan da Cunha, yang terletak 2,260 km (1,404 bt) dari Pulau Bouvet, dan Afrika Selatan, 2,580 km (1,603 bt).

Rujukan

  1. ^ "Map of the region around the Continental Pole of Inaccessibility, showing relative locations of Hoxtolgay, Xazgat and Suluk". MSN Maps. Dicapai pada 2012-07-30.[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.