Tokyo Disney Resort

Logo Tokyo Disney Resort
Logo Tokyo Disney Resort

Templat:TDR

Peta Tokyo Disney Resort

Tokyo Disney Resort (Jepun: 東京ディズニーリゾート, Hepburn: Tōkyō Dizunī Rizōto) adalah sebuah tempat peranginan taman tema dan percutian milik The Oriental Land Company (dengan lesen dari The Walt Disney Company) yang terletak di Urayasu, Chiba, Jepun, di timur bandaraya Tokyo (Koordinat: 35°37′47″N 139°52′58″E / 35.62972°N 139.88278°E / 35.62972; 139.88278). Tokyo Disney Resort dibuka pada 15 April 1983 dalam bentuk taman tema tunggal (Tokyo Disneyland), kemudian berkembang menjadi sebuah kawasan percutian yang merangkumi dua taman tema, tiga hotel (Disney) dan sebuah kompleks beli-belah. Tokyo Disneyland ialah taman tema Disney pertama yang dibuka di luar Amerika Syarikat.

Tokyo Disney Resort terdiri daripada tiga bahagian hiburan utama, iaitu Tokyo Disneyland, Tokyo DisneySea dan Ikspiari, iaitu kawasan beli-belah, jamu selera dan hiburan seakan Downtown Disney yang ditemui di tempat-tempat peranginan Disney di California dan Florida. Di dalamnya juga ada kedai Bon Voyage!, iaitu kedai cenderamata Disney yang rasmi di Tokyo Disney Resort. Pada Oktober 2008, Tokyo Disney membuka teater baru yang menempatkan terbitan Cirque du Soleil asli berjudul Zed.

Seperti juga resort Disney lain di dunia, Tokyo Disney diduduki berbilang hotel, termasuk hotel-hotel rasminya iaitu Tokyo DisneySea Hotel MiraCosta (bangunan yang menempatkan pintu masuk Tokyo DisneySea), Disney Ambassador Hotel, dan Disneyland Hotel yang paling mahal, tetapi memberikan pemandangan terbaik seluruh taman.

Terdapat enam hotel bukan berjenama Disney yang terletak di hartanah Tokyo Disney Resort, yang dimiliki oleh syarikat lain, begitu juga dengan hotel-hotel di Hotel Plaza Boulevard di Walt Disney World.

Semua kemudahan disambungkan dengan monorel Disney Resort Line.

Unit

  • Tokyo Disneyland - Taman tema pertama yang dibina di tempat peranginan ini, berteraskan saudara-saudaranya di Anaheim, California dan Lake Buena Vista, Florida.
  • Tokyo DisneySea - Taman tema yang berasaskan penjelajahan laut, pengembaraan, dan kepelbagaian kawasan yang dibuka pada 4 September 2001.
  • Ikspiari - Pusat beli-belah yang serupa dengan Downtown Disney dan Disney Village, an on-site shopping complex.
  • Bon Voyage! - Kedai cenderamata Disney rasmi.

Hotel

  • Disney's Ambassador Hotel (2000) - Hotel Disney rasmi pertama yang dibuka di Tokyo, bertema art deco.
  • Tokyo DisneySea Hotel MiraCosta (2001) - Dibuka bersama taman Tokyo DisneySea.
  • Tokyo Disneyland Hotel (2008) - Hotel Disney terbaru yang dibuka sempena ulang tahun ke-25 Tokyo Disney Resort pada.

Pautan luar

  • Tokyo Disney Resort web site in Japanese Diarkibkan 2004-10-27 di Wayback Machine and English
  • Resort Map in Japanese
    • Joe's Tokyo Disney Resort Photo Site
    • l
    • b
    • s
    Disneyland Resort
    Disneyland · Disney's California Adventure · Downtown Disney (California)
    Walt Disney World Resort
    Magic Kingdom · Epcot · Disney's Hollywood Studios · Disney's Animal Kingdom · Disney's Typhoon Lagoon · Disney's Blizzard Beach · ESPN Wide World of Sports Complex · Downtown Disney (Florida) · Resorts
    Tokyo Disney Resort
    Tokyo Disneyland · Tokyo DisneySea · Ikspiari
    Disneyland Paris
    Disneyland Park · Walt Disney Studios Park · Disney Village
    Hong Kong Disneyland Resort
    Hong Kong Disneyland · Inspiration Lake Recreation Centre
    Disney Cruise Line
    Disney Magic · Disney Wonder · Disney Dream · Disney Fantasy · Castaway Cay · Disney Cruise Line Terminal
    Lain-lain
    Disney Regional Entertainment (ESPN Zone) · Disney Vacation Club · Adventures by Disney · World of Disney · Shanghai Disneyland Resort
    The Walt Disney Company · Walt Disney Imagineering · Walt Disney Creative Entertainment

    Templat:Tokyo theme parks