Treeing cur

Treeing cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 30–60 paun (14–27 kg)
Tinggi 18–24 inci (46–61 cm)
Bulu Lapis bulu ganda yang pendek hingga sederhana panjang, lapis bulu luar licin atau kasar dan lapis bulu bawah pendek, lembut, dan padat. Lapis bulu patut pendek dan rapat.
Warna Sebarang warna, corak warna, atau gabungan warna dapat diterima.
Jangka hayat 8–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Treeing cur[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari barat tengah Amerika Syarikat. Ia pertama kali diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 November 1998 atas usaha Alex dan Ray Kovac. "Kebanyakan pembiak baka cur tidak berkemampuan dan oleh itu memerlukan anjing yang dapat memenuhi pelbagai tujuan: pemburu, penjaga, dan ternakan. Hasilnya ialah treeing cur, yang merupakan yang bersaiz dan berwarna paling pelbagai antara baka cur," menurut United Kennel Club. Ia digunakan terutamanya untuk treeing tupai, rakun, oposum, babi hutan, beruang, singa gunung, bobcat serta untuk memburu buruan besar.[1]

Perihal

Treeing cur tidak mempunyai batas untuk warna atau tanda[2] seperti anjing pemburu rakun dan anjing pemburu bau berdaftar lain. Ini membolehkan pembiak baka membiakbakakan anjing untuk keupayaan dan tidak dibatasi oleh piawaian warna. Tiada juga kaitan terbukti antara warna atau tanda dengan keupayaan perburuan atau kerja.

Penampilan

Treeing cur ialah anjing bersaiz sederhana yang terkenal kerana kepantasan dan ketangkasannya di rupa bumi kasar. Binaannya adalah atletik tanpa kecacatan pengakuran besar. Binaan dan saiznya dapat berbeza-beza, kerana sifat syarat pendaftaran treeing cur menurut United Kennel Club "Kebanyakan pembiak baka cur tidak berkemampuan dan oleh itu memerlukan anjing yang dapat memenuhi pelbagai tujuan: pemburu, penjaga, dan ternakan. Hasilnya ialah treeing cur, yang merupakan yang bersaiz dan berwarna paling pelbagai antara baka cur." Ia terkenal kerana mempunyai ekor yang kadang-kadang kontot secara semula jadi tetapi kebanyakannya terpotong secara buatan. Ekor panjang juga dapat diterima. Telinga patut semula jadi dan terkelepai, bukan tegak. Anjing ini patut mempunyai gaya jalan atletik lancar. Lapis bulunya patut padat dan rapat dan semua warna kecuali balar dapat diterima. Anjing ini terbina untuk stamina dan patut kelihatan seperti anjing pekerja - dalam piawaian United Kennel Club, parut tidak dikenakan penalti mahupun digunakan sebagai tanda keupayaan kerja anjing berkenaan.[1]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: کر تريئيڠcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "United Kennel Club - Treeing Cur" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ http://www.ukcdogs.com/Web.nsf/Breeds/Scenthound/TreeingCur04012003

Pautan luar

  • "National Kennel Club Treeing Cur breed standards". National Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  • "United Kennel Club treeing cur Breed Standards" (dalam bahasa Inggeris).
  • "PKC single registration infor" (dalam bahasa Inggeris).
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus