Tunku Shazuddin Ariff

Tunku Shazuddin Ariff
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah
Tunku Mahkota Kedah
Tempoh19 Jun 2022 - kini
Tunku Laksamana Kedah
Tempoh26 November 2017 - 18 Jun 2022
KeputeraanTunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
(1970-04-27) 27 April 1970 (umur 54)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganChe Puan Nur Julie Ariff (k. 2022)
Nama penuh
Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaAl-Aminul Karim Sultan Sallehuddin
BondaSultanah Maliha
AgamaIslam
Kerabat Diraja
Kedah

Kebawah DYMM Tuanku Sultan
Kebawah DYMM Tuanku Sultanah

  • DYTM Raja Muda
    DYTM Raja Puan Muda
    • YTM Tunku Zara Bahiyah
    • YTM Tunku Sulaiman Badlishah
  • DYAM Tunku Mahkota
    DYAM Tunku Puan Mahkota

YMM Che Puan Besar

  • DYAM Raja Puan Muda Perak
    DYAM Raja Di-Hilir Perak
    • YM Raja Nabil Imran
      YBhg. Che’ Jocelyn Nur Alina Abdullah
      • Raja Sarah Bahiyah
    • YM Raja Idris Shah
      YBhg. Che’ Anis Nabilla binti Dato' Abdul Razak
      • YM Raja Intan Soraya
    • YM Raja Sarina Intan Bahiyah
    • YM Raja Safia Azizah
    • YM Raja Siffudin Muazzam Shah
  • YTM Tunku Temenggong

YTM Tunku Bendahara
YABhg. Toh Puan Bendahara

Kerabat luas diraja

YABhg. To’ Puan Seri Utama Noor Suzanna binti Abdullah, balu Almarhum YTM Dato’ Seri Utama Tunku Annuar

  • YTM Tunku Azuddin Shah ibni Almarhum Tunku Annuar
    YBhg. Puan Anna Baris
  • YTM Dato' Indera Tunku Harunnarasheed Putra ibni Almarhum Tunku Annuar
    YBhg. Datin Indera Tania Yasmin Mohammed Shaafi

YTM Tunku Dato' Seri Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah

YTM Tunku Bishara binti Almarhum Sultan Badlishah
YBhg. Encik Wan Azahari bin Wan Muhammad Taib

  • YM Wan Rafidah
  • YM Wan Suriani
  • YM Wan Aida Afzan
  • YM Wan Shahrul
    YBhg. Puan Rusputih binti Hj Ruslin

YTM Dato' Tunku Badriatul Jamal binti Almarhum Sultan Badlishah

  • YBhg. Puan Puteri Farah Intan binti Burhanudin

YTM Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah
YM Dato' Paduka Syed Kamil bin Dato' Syed Noh Shahabuddin

  • YM Sharifah Sabrina
  • YM Sharifah Zara Hanis

YTM Datin Paduka Dato’ Tunku Kamaliah binti Almarhum Sultan Badlishah

YTM Datin Paduka Tunku Nafisah binti Almarhum Sultan Badlishah


  • YTM Tunku Dato' Paduka Ja'afar Laksamana ibni Tunku Nong Jiwa
    • YTM Tunku Putri Nur Asma
    • Y.Bhg Shahrulasraf Bin Ishar
    • YTM Emir Sulaiman Bin Shahrulasraf
    • YTM Rania Sofea binti Shahrulasraf
    • YTM Tunku Muzaffar Shah
    • YTM Tunku Intan Masuri
  • l
  • b
  • s

Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin (diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah) merupakan Tunku Mahkota Kedah. Baginda merupakan anakanda bongsu dan putera kedua kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha.

Keputeraan

Tunku Shazuddin Ariff diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setor, Kedah merupakan putera bongsu kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Malilha binti Almarhum Tengku Ariff.

Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Kehidupan diraja

Tunku Shazuddin Ariff juga mempunyai seorang kekanda lelaki DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah yang diputerakan pada tahun 1967.

Perkahwinan

Pada 26 November 2022, Tunku Shazuddin Ariff selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya seorang mualaf yang berketurunan Cina, Che Puan Nur Julie Ariff (nama asal Julie Gwee Chai Hong) dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.[1]

Pada hari yang sama KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan kepada Che Puan Nur Julie Ariff dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.[2][3]

Pendidikan

  • Tahun 1990 - Tahun 1994 : Kansas Wesleyan University, United State of America - Design and Marketing
  • Tahun 1989 – Tahun 1990 : KDU University College
  • Tahun 1982 – Tahun 1987 : Sekolah Menengah Bukit Bintang
  • Tahun 1977 – Tahun 1982 : Sekolah Rendah Sri Petaling

Kerjaya

Setelah menamatkan pengajian di Kansas Wesleyan University, Tunku Shazuddin Ariff telah berkhidmat di beberapa syarikat di Los Angeles, United State of America. Sekembali ke Malaysia, Baginda memulakan kerjaya bersama Johan Design Associates selama lima tahun. Baginda telah ditugaskan untuk menguruskan pelbagai projek untuk beberapa syarikat terkemuka seperti Petronas F1, Malaysia Airlines, RHB Bank, Northport dan pelbagai Kementerian di Malaysia. Baginda meneruskan kerjaya dalam industri yang sama dengan syarikat – syarikat terkemuka yang lain seperti di Hewlett Packard, Data One dan Keppel Group of Singapore sehingga tahun 2001.

Pada tahun 2002, Tunku Shazuddin Ariff menceburi bidang perniagaan reka bentuk dengan menubuhkan Syarikat Rethink Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Branding & Graphic Design dan Syarikat Reka 3 Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Interior Design. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd.

Tunku Laksamana Kedah

Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 26 November 2017.[4]

Tunku Mahkota Kedah

Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Mahkota Kedah pada 19 Jun 2022.[5]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tunku Shazuddin Ariff
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

  • 27 April 1970 – 19 Januari 2014 : Yang Teramat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 19 Januari 2014 - 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 12 September 2017 - 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
  • 26 November 2017 - 22 Oktober 2018 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
  • 22 Oktober 2018 - 25 Ogos 2019 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
  • 25 Ogos 2019 - 18 Jun 2022 : Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
  • 19 Jun 2022 - kini : Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah

Penganugerahan Kurniaan Darjah

Tunku Shazuddin Ariff telah dianugerahkan:

  • Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK, 25.8.2019) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
  • Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK, 19.1.2014) membawa gelaran Dato'.

Rujukan

  1. ^ Mohd. Rafie Azimi. (27 November 2022). Tunku Mahkota Kedah selamat diijabkabul dengan Nur Julie Ariff. Kosmo!
  2. ^ Bernama. (27 November 2022. Che Puan Nur Julie Ariff dikurniakan pangkat kemuliaan dengan gelaran Tunku Puan Mahkota Kedah. Sinar Harian.
  3. ^ Kumaran Rajamoney. (26 November 2022).Sultan Kedah kurnia pangkat kemuliaan kepada Che Puan Nur Julie Ariff Buletin TV3.
  4. ^ "Kedah Genealogy" [Genealogi Kedah] (dalam bahasa Inggeris). Royal Ark. Dicapai pada 28 November 2017.
  5. ^ Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah
Tunku Shazuddin Ariff
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 27 April 1970
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Jawatan diwujudkan
Tunku Mahkota Kedah
2022 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Tengku Sarafudin Badlishah
Tunku Laksamana Kedah
2017 – 2022
Diikuti oleh:
kosong