Ubolratana Rajakanya

Ubolratana Rajakanya
Puteri Thailand
Puteri Ubolratana (2010)
Keputeraan (1951-04-05) 5 April 1951 (umur 73)
Lausanne, Switzerland
PasanganPeter Ladd Jensen
(k. 1972; c. 1998)
AnakandaPloypailin Jensen
Poom Jensen
Sirikitiya Jensen
KerabatDinasti Chakri
AyahandaBhumibol Adulyadej
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddhisme

Puteri Ubolratana Rajakanya (Bahasa Thai: อุบลรัตนราชกัญญาcode: th is deprecated ; RTGSUbonrat Ratchakanya; Sebutan bahasa Thai: [ʔù.bon.rát râːt.tɕʰa.kan.jāː]; lahir 5 April 1951 di Lausanne, Switzerland, merupakan anak sulung Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit. Beliau menyerahkan kedudukan dirajanya setelah berkahwin dengan Peter Ladd Jensen, seorang warga Amerika Syarikat dan menetap di negara itu. Beliau pulang ke Thailand setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 1998.

Kehidupan awal

Puteri Ubolratana Rajakanya dilahirkan di Hospital Mont Suisse di Lausanne, Switzerland dan dibesarkan di Istana Dusit, Thailand. Beliau menerima gelaran dan nama, Yang Amat Mulia Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi oleh ayahandanya, Raja Bhumibol, sebulan selepas hari keputeraannya.

Nama beliau diubah suai daripada nama beberapa anggota keluarga diraja:

  • Nama Ubol Ratana daripada nenda di sebelah bondanya, Mom Luang Bua Sanitvongse.
  • Nama Siri daripada nama bondanya, Ratu Sirikit.
  • Nama Vadhana daripada moyang perempuan di sebelah ayahandanya, Sri Savarindira.

Dalam Sukan SEA ke-4 pada 1967 di Bangkok, beliau dan Raja Bhumibol telah mengambil bahagian dalam acara kapal layar dan memenangi pingat emas.

Pendidikan

Ubolratana menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah di Sekolah Chitralada. Beliau melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang matematik pada 1973. Beliau kemudian mendapat ijazah Sarjana dalam Kesihatan Awam dari Universiti California, Los Angeles.

Perkahwinan

Ubolratana berkahwin dengan Peter Ladd Jensen pada 25 Julai 1972. Perkahwinan mereka bertahan selama 26 tahun. Sebagai seorang warga asing, suaminya tidak menerima gelaran diraja. Mereka bercerai pada tahun 1998. Ubolratana dan anak-anaknya menetap di San Diego sehingga 2001 sebelum mereka pulang ke Thailand.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak; dua anak perempuan dan seorang anak lelaki dan kesemuanya dilahirkan di Amerika Syarikat.

  • Khun Ploypailin Jensen (lahir pada 12 Februari 1981)
  • Khun Bhumi Jensen (16 Ogos 1983 – 26 Disember 2004), yang meninggal dunia semasa kejadian Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004. [1]
  • Khun Sirikitiya Jensen (lahir pada 18 Mac 1985)

Gelaran

Ubolratana dilahirkan dengan gelaran Yang Amat Mulia dan Puteri Chao Fa, tetapi melepaskan gelaran ini setelah berkahwin dengan seorang rakyat Amerika. Gelaran Chao Fa dilucutkan sebab beliau berkahwin dengan rakyat biasa. Namun, beliau masih memegang gelaran, Tunkramom Ying, yang bermaksud "Puteri kepada Pemangku Ratu". Sejak pulang ke Thailand, beliau banyak bergiat dalam upacara-upacara diraja.

  • Yang Amat Mulia Puteri Ubolratana Rajakanya (1951 - 1972)
  • Puan Ubolratana Rajakanya Jensen / Puan Julie Jensen[2][3] (1972 - 1998)
  • Puteri Ubolratana Rajakanya (1998–kini)

Kerjaya filem

Ubolratana pernah berlakon dalam cerita Where The Miracle Happens (หนึ่งใจ..เดียวกัน), yang disiarkan pada Ogos 2008. Beliau memainkan watak seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang berubah menjadi seorang dermawan setelah kematian anak perempuannya. [4] Pada Oktober 2010, beliau muncul dalam filem My Best Bodyguard (มายเบสต์บอดีการ์ด).

Anugerah dan Darjah Kebesaran

Dalam negara

  •  Thailand: Knight Grand Cordon with Chain of the Order of the Royal House of Chakri [5]
  •  Thailand: Knight Grand Cordon with Chain of the Order of Chula Chom Klao
  •  Thailand: Knight Grand Cordon with Chain of the Order of the White Elephant
  •  Thailand: Knight Grand Cordon with Chain of the Order of the Crown of Thailand
  •  Thailand: Penerima Pingat Diraja Bhumibol Adulyadej Diarkibkan 2018-05-26 di Wayback Machine [5]

Luar negara

  •  Belanda: Knight Grand Cross of the Order of the Crown [6]
  •  Sepanyol: Knight Grand Cross with Collar of the Order of Isabella the Catholic [7][8]

Salasilah

  • p
  • b
  • s
Keturunan Ubolratana Rajakanya
16. (=18.) Mongkut
8. (=24.) Chulalongkorn
17. Debsirindra
4. Mahidol Adulyadej, Prince of Songkla
18. (=16.) Mongkut
9. Savang Vadhana
19. Piam Sucharitakul
2. Bhumibol Adulyadej
20. Chum Chukramol
10. Chu Chukramol
5. Sangwan Talapat
11. Kham Chukramol
23. Pha
1. Ubolratana Rajakanya
24. (= 8.) Chulalongkorn
12. Kitiyakara Voralaksana, Prince of Chanthaburi
25. Uam Bisalayaputra
6. Nakkhatra Mangala, Prince of Chanthaburi II
26. Devan Uthayavongse, Prince Devavongse Varopakarn
13. Princess Apsarasaman Devakula
27. Yai Sucharitakul
3. Sirikit Kitiyakara
28. Prince Sai Snidvongs
14. Sadan Snidvongs
29. Khian Sasisamit
7. Bua Snidvongs
30. Ruai Bunyathon
15. Bang Bunyathon
31. Wae Na Bangxang


Rujukan

  1. ^ "Prince dies in tsunami, was grad of Torrey Pines". The San Diego Union-Tribune. 30 Dec 2004. Dicapai pada 2010-09-19.
  2. ^ "Prince dies in tsunami, was grad of Torrey Pines". The San Diego Union-Tribune. December 30, 2004. Dicapai pada 2010-09-19.
  3. ^ Former Del Mar resident and Thai royal is among tsunami dead
  4. ^ "Where The Miracle Happens website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-19. Dicapai pada 2016-10-20.
  5. ^ a b upload.wikimedia.org, [https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/9f/ThaiRoyalTrio1.jpg Princess Ubolratana as a young girl wearing the Grand Cordon with Chain set of the 'Order of the Royal House of Chakri' and also the King Bhumibol Medal
  6. ^ http://www.theroyalforums.com/forums/f88/dutch-state-visit-to-thailand-january-19-23-2004-a-1665-3.html
  7. ^ http://www.theroyalforums.com/forums/attachment.php?attachmentid=229676&d=1140701177
  8. ^ http://www.theroyalforums.com/forums/attachment.php?attachmentid=229460&d=1140634296

Pautan luar

  • Movie: หนึ่งใจ..เดียวกัน (Where The Miracle Happens)
  • Movie review (en)[pautan mati kekal]