Undi tidak percaya

Undi tidak percaya merupakan satu penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang dalam kedudukan tanggungjawab (kerajaan, pengurusan, dan lain-lain) tidak lagi dianggap sesuai untuk memegang jawatan tersebut,[1] termasuk disebabkan tidak layak dalam hal tertentu, gagal melaksanakan kewajiban, atau membuat keputusan yang dianggap merugikan. Dalam gerakan parlimen, ia merujuk kepada kehilangan keyakinan (satu atau lebih anggota) terhadap ketua negara yang dilantik.

Malaysia

Pada peringkat persekutuan, hanya Perdana Menteri boleh dikenakan undi tidak percaya kerana beliau sahaja yang memegang jawatan atas kepercayaan ahli Dewan.[1]

Undi tidak percaya boleh berlaku dalam salah satu daripada keadaan berikut:[2]

  1. Undi secara formal dalam Dewan.
  2. Rang Undang-Undang kerajaan tidak diluluskan pada bacaan kedua atau ketiga.
  3. Perdana Menteri gagal mendapatkan undi percaya setelah memfailkan usul undi percaya.
  4. Kerajaan gagal dalam pelaksanaan polisi penting.
  5. Keadaan luar biasa seperti lompat parti, atau membuat pengumuman dan memaklumkan kepada Ketua Negara kerana bertukar keyakinan.

Pada peringkat negeri, ketua kerajaan negeri sahaja boleh dikenakan undi tidak percaya atas sebab jawatan tersebut dilantik kepada ahli Dewan Undangan Negeri yang, pada pendapat ketua negeri, mendapat sokongan majoriti ADUN,[3]

Rujukan

  1. ^ a b "Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan". Astro Awani. 2020-10-20. Dicapai pada 2024-05-02.
  2. ^ Ab Aziz, Shamrahayu (2020-10-24). "ENAM SOALAN BERKAITAN UNDI TIDAK PERCAYA". Tinta Minda. Dicapai pada 2024-05-02.
  3. ^ M. Noor, Afiq (2014-08-14). "Hilang majoriti: Apa kata undang-undang?". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-05-02.