Universiti Harvard

Universiti Harvard
Harvard University
Lambang Harvard University
Motto Veritas (Kebenaran)
Didirikan 8 September 1636
Jenis Swasta
Presiden Lawrence H. Summers
Lokasi Cambridge, Mass., AS
Jumlah mahasiswa 6,650 mahasiswa,
13,000 siswazah
Kakitangan 2,497 bukan-perubatan, 10,674 perubatan
Maskot John Harvard
Laman web www.harvard.edu

Universiti Harvard (bahasa Inggeris: Harvard University ) adalah universiti swasta di Cambridge, Massachusetts, AS dan anggota Ivy League.

Universiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat. Awalnya bernama New College, ia dinamakan semula menjadi Harvard College pada 13 Mac 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mantan mahasiswa Universiti Cambridge.

Rujukan terawal yang memanggil Harvard sebagai "universiti" dan bukan "kolej" terjadi pada tahun 1780.

Institusi

Memorial Hall - Sanders Theater

Harvard adalah salah satu universiti paling bergengsi di dunia dan mempunyai pendapatan terbesar di antara universiti-universiti di seluruh dunia (US$22.6 juta pada 2004), hampir dua kali ganda Universiti Yale, pesaing terdekatnya).

Penempatan universiti AS keluaran US News tahun 2005 menempatkan Harvard dan Princeton bersama-sama di urutan pertama [1]. Harvard juga meraih urutan pertama pada tahun 2004, setelah lima tahun di tempat kedua dan ketiga. Times Higher Education Supplement World University Rankings juga menempatkan Harvard di urutan pertama [2] Diarkibkan 2007-05-04 di Wayback Machine.

Fakulti

Harvard kini mempunyai 9 fakulti, disenaraikan di bawah ini menurut masa didirikan:

  • Harvard Faculty of Arts and Sciences dan subfakultinya, Harvard Division of Engineering and Applied Sciences, yang bersama-sama meliputi:
    • Harvard College, yang adalah bahagian pascasarjana Universiti ini (1636)
    • Harvard Graduate School of Arts and Sciences (1872)
    • Harvard Division of Continuing Education, termasuk Harvard Extension School dan Harvard Summer School
  • Fakulti Kedoktoran, termasuk Harvard Medical School (1782) dan Harvard School of Dental Medicine (1867)
  • Harvard Divinity School (1816)
  • Harvard Law School (1817)
  • Harvard Business School (1908)
  • Harvard Graduate School of Design (1914)
  • Harvard Graduate School of Education (1920)
  • Harvard School of Public Health (1922)
  • Kennedy School of Government (1936)

Lihat juga

  • Senarai universiti di Amerika Syarikat

Pautan luar

  • Laman web rasmi