Urutan kata

Dalam bidang linguistik, urutan kata atau susun kata ialah kajian pelbagai cara yang mana bahasa mengatur perkara-perkara yang saling berhubung kait dalam ayat, dan kepadanan sistematik antara susunan-susunan sedemikian. Sesetengah bahada agak ketat urutan katanya, iaitu selalu bergantung pada urutan perkara-perkaranya untuk menyampaikan maklumat tatabahasa yang penting, sementara bahasa-bahasa lain pula, khususnya yang menyampaikan maklumat tatabahasa melalui infleksi, lebih memberikan kelonggaran untuk mengesir maklumat pragmatis seperti pentopikan atau tumpuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bahasa mempunyai satu urutan kata pilihan yang paling kerap digunakan[1].

Urutan kata ayat

Berikut ialah kesemua urutan yang wujud bagi subjek (S), kata kerja (V), dan objek (O) dari yang paling laris ke paling jarang:

  • Subjek-Objek-Kata Kerja (SOV) ialah urutan yang digunakan oleh bilangan bahasa berbeza yang terbesar; termasuklah Jepun, Mongolia, Basque, Turki, Korea, bahasa-bahasa Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravidia. Sesetengah bahasa seperti bahasa Parsi dan Latin, menggunakan urutan SOV tetapi tidak berpegang teguh pada urutan ini.
  • Subjek-Kata-Kerja-Objek (SVO) digunakan dalam bahasa Melayu, Inggeris, bahasa-bahasa Romawi, Bulgaria, Cina, Swahili, dan lain-lain.
  • Kata Kerja-Subjek-Objek (VSO) digunakan dalam bahasa Arab Klasik, bahasa Hawaii dan bahasa Ireland Moden.
  • Kata Kerja-Objek-Subjek (VOS) digunakan dalam bahasa Fiji dan Malagasy.
  • Objek-Subjek-Kata Kerja (OSV) digunakan dalam bahasa Xavante dan Warao.
  • Objek-Kata Kerja-Subjek (OVS) digunakan dalam Hixkaryana.

Uurtan kata ungkapan dan pencabangan

Urutan perkara-perkara dalam ungkapan juga berbeza-beza seperti urutan perkara-perkara dalam klausa. Biasanya, frasa nama dan frasa adposisi diberi tumpuan. Dalam frasa nama, kita mengenal pasti sama ada perubahan-perubahan berikut diletak sebelum atau selepas kata nama kepala.

  • kata sifat (rumah merah vs merah rumah)
  • penunjuk (rumah ini vs ini rumah)
  • pembilang (dua rumah vs rumah dua)
  • pemilik (rumah saya vs saya rumah)
  • klausa relatif (rumah yang saya bina vs saya bina punya rumah)

Rujukan

  1. ^ Comrie, 1981