Wau bulan

Wau bulan.

Wau bulan (Jawi: واو بولنcode: ms is deprecated ) merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat negeri Kelantan di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ciri

Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.[1]

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.[2] Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.

Sejarah

Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.[3]

  • Satu lagi contoh wau bulan.
    Satu lagi contoh wau bulan.
  • Gambaran dekat corak ukiran pada badan wau.
    Gambaran dekat corak ukiran pada badan wau.

Penggunaan

  • Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing, bukan wau bulan.[3]
  • Wau bulan diukir pada belakang syiling 50 sen keluaran kedua

Rujukan

  1. ^ Kerkaj Khusus Sejarah PMR 2008 - Wau
  2. ^ Types of Wau, myschoolnet.
  3. ^ a b The Art of Kite Flying, virtualmalaysia.com
  • l
  • b
  • s
Bendera Malaysia Wau di Malaysia
Malaysia

Wau barat • Wau bayan • Wau bawal • Wau bulan • Wau burung • Wau daun • Wau dodo helang • Wau helang • Wau jala budi • Wau kangkang • Wau kapal • Wau katak • Wau kekek • Wau kemetek • Wau kucing • Wau lenggang kebayan • Wau merak Wau pari • Wau payung Wau pungguk • Wau puyuh Wau seri bulan Wau seri negeri Wau sewah