Windows Media Player

Windows Media Player
Windows Media Player 11 untuk Windows Vista
Windows Media Player 11 untuk Windows Vista
PembangunMicrosoft
Keluaran stabil
12.0.19041.84 / 28 Mei 2020; 3 tahun yang lalu (2020-05-28)
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
JenisMedia player
LesenPerisian hak milik
Tapak webMicrosoft Windows Media

Windows Media Player merupakan sebuah pemain media digital popular keluaran Microsoft yang disertakan dalam Windows. Pemain ini digunakan untuk memainkan audio, video dan imej pada komputer peribadi (PC). Tedapat juga versi Windows Media Player untuk PC saku dan peranti berasaskan Windows Mobile lain. Selain itu, Windows Media Player juga pernah dikeluarkan untuk Mac OS, Mac OS X dan Solaris.

Versi pertama Windows Media Player iaitu versi 6 mula dikeluarkan pada tahun 1999 sebagai pengganti kepada program Media Player pada versi Windows terdahulu. Windows Media Player 6 juga turut disertakan dalam Windows 98 SE.

Versi terkini Windows Media Player ialah versi 12 yang disertakan dalam Windows 10 serta boleh dimuat turun untuk pelantar Windows 8.

Ciri

  1. Boleh memainkan banyak format media digital - pemain media digital serba guna yang boleh memainkan banyak format audio dan video digital seperti MP3, Windows Media dan lain-lain. Selain itu, Windows Media Player juga berupaya memainkan cakera padat audio, VCD dan juga DVD.
  1. Disertakan secara percuma dalam Windows - dan versi terbaru boleh dimuat turun secara percuma di laman web Microsoft. Oleh kerana pemain media digital ini disertakan bersama Windows serta sifatnya sebagai pemain media universal, pengguna tidak perlu bersusah-payah mendapatkan perisian pemain media lain yang ada kalanya berbayar. Sungguhpun demikian, tindakan demikian mengundang rasa tidak puas hati beberapa syarikat perisian yang mendakwa Microsoft memonopoli pasaran perisian pemain media digital serta mengundang campur tangan Kesatuan Eropah yang menyebabkan Microsoft menghasilkan versi N (versi tanpa Windows Media Player) bagi sistem pengendalian Windows yang ternyata kurang mendapat sambutan di kalangan pengguna.
  2. Boleh menyalin lagu daripada CD - boleh menyalin lagu daripada cakera padat (merungkai) dengan mudah kepada format MP3 atau format Windows Media Audio (WMA). Selain itu, pemain ini boleh juga boleh digunakan untuk menulis CD audio bagi koleksi lagu pengguna di samping menulis CD data.
  3. Boleh memperoleh maklumat mengenai lagu - Sekiranya Windows Media Player dijalankan semasa pengguna melayari Web, pemain ini boleh mencari maklumat mengenai lagu-lagu di dalam koleksi pengguna seperti nama artis, nama lagu, nama album, nama komposer, nombor runut serta kulit album melalui sistem pangkalan data dalam talian.
  4. Boleh memaparkan lirik lagu - Sekiranya pengguna ada memperoleh lirik bagi lagu-lagu mereka, pengguna boleh menyalin lirik kepada lagu melalui Windows Media Player serta menyimpannya dan seterusnya memaparkan lirik di tetingkap Windows Media Player semasa lagu tersebut dimainkan.
  5. Pengurusan media digital - Windows Media Player juga menguruskan fail-fail audio dan video digital yang disimpan oleh pengguna. Dengan hanya menambah nama folder yang mengandungi fail media digital ataupun memainkan lagu atau video digital, fail-fail media digital tersebut akan disenaraikan di dalam perpustakaan perisian tersebut secara automatik. Dalam Windows Media Player 11, ciri tambahan iaitu enjin pencari yang mencari fail media digital secara automatik sambil pengguna menaip kata kunci (ciri sedemikian turut digunakan dalam Windows Vista) membolehkan pengguna mencari fail lagu atau video dengan mudah, pantas serta dapat menjimatkan masa pengguna.
  6. Memainkan media aliran dengan berkualiti - Windows Media Player turut memainkan media aliran (streaming media) berformat *.asf atau *.asx dengan berkualiti bergantung kepada kelajuan sambungan internet pengguna. Sekiranya kelajuan sambungan Internet pengguna adalah rendah, Windows Media Player merendahkan kadar sebenar kadar aliran data tetapi menginterpolasikan kadar bingkai sesaat untuk memperbaiki kualiti media aliran.
  7. Boleh dikecilkan kepada pemain mini di dalam bar tugasan - Windows XP dan Windows Vista membolehkan Windows Media Player untuk dikecilkankan kepada pemain mini di dalam bar tugasan Windows. Hal ini membolehkan pengguna untuk mengawal Windows Media Player walaupun telah dikecilkan.

Rujukan

  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Teras
Aero · ClearType · Desktop Window Manager · DirectX · Windows Explorer · Bar tugasan · Menu Start · Cangkerang Windows (Shell namespace · Folder khas · File associations) · Windows Search (Carian tersimpan, iFilters) · Antaramuka Peranti Grafik · Windows Imaging Format · Tenggekan TCP/IP generasi seterusnya · Rangka Kerja .NET · Audio · Cetakan (Spesifikasi Kertas XML) · Windows Script Host (VBScript, JScript) · COM (OLE, Automasi OLE, DCOM, ActiveX, Storan berstruktur)
Applikasi
dan perkakasan
Backup and Restore Center · Calculator · Calendar · Character Map · Cmd.exe · Contacts · Control Panel (Applets) · Device Manager · Disk Cleanup · Disk Defragmenter · DVD Maker · Event Viewer · Fax and Scan · Internet Explorer · Journal · Mail · Magnifier · Management Console · Media Center · Meeting Space · Mobile Device Center · Mobility Center · Movie Maker · Narrator · Notepad · Paint · Photo Gallery · PowerShell · Private Character Editor · Problem Reports and Solutions · Remote Assistance · Sidebar · Snipping Tool · Sound Recorder · Sysprep · System Configuration · System File Checker · System Restore · Unix subsystem · Windows Installer · Windows Media Player · Windows Speech Recognition · Task Manager · Windows Update · WordPad · WinSAT
Inti
Ntoskrnl.exe · hal.dll · System idle process · Svchost.exe · Registry · Windows service · Service Control Manager · WOW / WOW64 · DLL · EXE · NTLDR / Boot Manager · Winlogon · Recovery Console · I/O · WinRE · WinPE · Kernel Patch Protection
Servis
AutoPlay · BITS · Task Scheduler · Wireless Zero Configuration · Shadow Copy · Windows Error Reporting · Multimedia Class Scheduler · CLFS
Sistem fail
NTFS (Hard link · Junction point · Mount Point · Reparse point · Symbolic link · TxF · EFS) · FAT32·FAT16·FAT12 · exFAT · CDFS · UDF · DFS · IFS
Server
Domains · Active Directory · DNS · Group Policy · Roaming user profiles · Distributed Transaction Coordinator · MSMQ · SharePoint Services · Windows Media Services · Rights Management Services · IIS · Terminal Services · WSUS · Network Access Protection · DFS Replication · Remote Differential Compression · Print Services
Reka bentuk
Reka bentuk siri NT · Object Manager · Permulaan (Vista) · I/O request packets · Kernel Transaction Manager · Logical Disk Manager · Security Accounts Manager · Windows Resource Protection · LSASS · CSRSS · SMSS
Keselamatan
UAC · BitLocker · Defender · DEP · Protected Media Path · Mandatory Integrity Control · UIPI · Windows Firewall · Security Center
Permainan
Chess Titans · FreeCell · Hearts · Hold 'Em · InkBall · Mahjong Titans · Minesweeper · Purble Place · Solitaire · Spider Solitaire
  • l
  • b
  • s
Perisian bahan
Internet Explorer Mobile · Live Search Mobile · Microsoft Voice Command · Microsoft Office Mobile · Terminal Services/Remote Desktop · Windows Live Messenger Mobile · Media Player Mobile
Perisian desktop
ActiveSync · Microsoft Outlook · Media Center · Media Player · Mobile Device Center
Perisian server
Microsoft Exchange Server
Perkakasan
Pocket PC · Smartphone · Portable Media Center
  • l
  • b
  • s
Jenis grafik
Grafik komputer 2D • Grafik komputer 3D
Media digital
Pemain media
ITunes Winamp Windows Media Center Windows Media Player
Teknologi Microsoft Windows