WorldCat

  • Chinese (Simplified)
  • Chinese (Traditional)
  • Czech
  • Dutch
  • English
  • French
  • German
  • Italian
  • Korean
  • Japanese
  • Portuguese
  • Spanish
  • Thai
  • Urdu
Ditubuhkan26 Ogos 1971 Edit the value on WikidataPengurusan dan pentadbiranPemilikOnline Computer Library CenterKandungan dan sokonganKomersialTidakPendaftaranPilihan, tetapi beberapa ciri memerlukan pendaftaran (seperti menulis ulasan dan membuat senarai atau bibliografi)Dilancarkan pada21 Januari 1998; 26 tahun yang lalu (1998-01-21)[1]Status terkiniOnlineLesenCopyright policyPerangkaanKedudukan Alexanegative increase 3,433 (February 2019[kemas kini])[2]LokasiIbu pejabatDublin (en) Terjemah Edit the value on Wikidata, Amerika Syarikat Edit the value on WikidataPautan luar berkaitanOCLC756372754 sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

WorldCat ialah katalog kesatuan yang menyenaraikan himpunan 72,000 perpustakaan di 170 negara dan wilayah[3] yang menjadi ahli koperasi sejagat OCLC (Online Computer Library Center, Pusat Perpustakaan Berkomputer Dalam Talian). Ia dibina dan diselenggara secara bersama oleh perpustakaan-perpustakaan yang menjadi ahlinya.

Sejarah

Katalog ini dibuat pada tahun 1971 dan sehingga setakat Januari 2013[kemas kini], mengandungi lebih daripada 289 juta rekod unik yang merujuk kepada lebih daripada 1.93 bilion aset fizikal dan digital dalam lebih daripada 470 bahasa.[3] WorldCat ialah pangkalan data Bibliografi terbesar di dunia. OCLC menjadikan WorldCat percuma kepada perpustakaan, tetapi katalog menjadi asas perkhidmatan berbayar OCLC (seperti perkongsian sumber dan pengurusan himpunan). WorldCat diasaskan Fred Kilgour, seorang pustakawan dari Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1967.[4]

Pada tahun 2003, OCLC memulakan rancangan perintis Open WorldCat yang menyediakan rekod ringkas daripada subset WorldCat kepada rakan-rakan laman sesawang dan para penjual buku yang bertujuan untuk meningkatkan ketercapaian himpunan perpustakaan yang menjadi ahlinya. Pada tahun 2006, WorldCat membolehkan pencarian secara langsung di tapak sesawangnya. Pada tahun 2007 pula, sistem kepercaman iaitu WorldCat Identities mula menyediakan laman bagi 20 juta 'kepercaman', sebahagian besarnya pengarang dan orang yang menjadi subjek judul-judul tercetak.

Model

WorldCat beroperasi dengan model pemprosesan kelompok dan bukannya model masa nyata. Dalam kata lain, rekod-rekod WorldCat diseragamkan secara berjeda menggunakan katalog-katalog perpustakaan dan bukannya setiap hari ataupun dalam masa nyata. WorldCat akan menunjukkan bahawa sesuatu item itu dipunyai oleh perpustakaan tertentu, akan tetapi tidak memberi nombor panggilan perpustakaan atau menyatakan sama ada judul itu telah dipinjamkan. WorldCat juga tidak menunjukkan sama ada perpustakaan itu memiliki salinan berganda sesuatu judul. Sebagai pilihan, WorldCat membenarkan institusi yang menjadi ahlinya memuatkan pautan kepada sesuatu item itu secara langsung daripada WorldCat kepada katalog milik perpustakaan dan dengan ini membolehkan pengguna untuk membuat kepastian tentang status waktu nyata item tersebut.

Rujukan

  1. ^ 1998 is the date of registry of the WorldCat.org domain; see: "WorldCat.org WHOIS, DNS, & Domain Info – DomainTools". WHOIS. Dicapai pada 2017-01-21. However, the union catalog that became WorldCat was started three decades earlier, and it was already available on the web to subscriber libraries at OCLC.org several years before WorldCat.org was a registered domain name; see: "OCLC.org WHOIS, DNS, & Domain Info – DomainTools". WHOIS. Dicapai pada 2019-06-26.
  2. ^ "Worldcat.org Traffic, Demographics and Competitors – Alexa". www.alexa.com. Dicapai pada 4 February 2019.
  3. ^ a b "WorldCat facts and statistics". Online Computer Library Center. 2011. Dicapai pada 6 November 2011.
  4. ^ Margalit Fox (August 2, 2006). "Frederick G. Kilgour, Innovative Librarian, Dies at 92". The New York Times. Dicapai pada 22 Disember 2009. Frederick G. Kilgour, seorang pustakawan yang terkemuka yang menjadikan konsortium perpustakaan-perpustakaan Ohio sebuah koperasi perpustakaan terbesar di dunia pada hampir 50 tahun dahulu lantas membuatkan katalog ribuan perpustakaan di seluruh dunia boleh dicapai dengan segera oleh pelanggan yang menetap di tempat terpencil, telah kematian pada hari Isnin di Bukit Chapel, Karolina Utara. Dia berumur 92.

Bacaan lanjut

  • Wendy M. Grossman (21 January 2009). "Why you can't find a library book in your search engine: Finding a book at your local library should just involve a simple web search; but thanks to a US cataloguing site, that is far from the case". The Guardian.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • OCLC - "Web scale" discovery and delivery of library resources
  • WorldCat Identities
  • OCLC Bibliographic Formats and Standards