Zon penampan

Papan tanda Czechoslovakia di permulaan ke-80 yang memberi maklumat tentang kemasukan ke dalam zon perbatasan: "AMARAN! Zon Sempadan. Masuk hanya dengan Kebenaran.

Zon penampan dalam bidang geografi merujuk kepada mana-mana kawasan zon yang bertindak untuk menjauhkan dua atau lebih wilayah (seringnya, tetapi tidak semestinya, negara) atas apa-apa sebab. Jenis zon penampan yang umum termasuk:

  • zon bebas tentera;
  • sesetengah zon isemen terbatas; dan
  • jalur hijau.

Zon-zon sebegini boleh, tetapi tidak semestinya, merupakan negara penampan yang bersifat negara berdaulat. Ia boleh dibentuk atas alasan-alasan yang berikut, antara lain:

  • mencegah keganasan;
  • melindungi alam sekitar;
  • melindungi zon kediaman dan perdagangan daripada kemalangan perindustrian atau bencana alam; dan
  • menghalang banduan yang ingin melarikan diri daripada memperoleh orang tebusan atau tempat bersembunyi dengan pantas.

Zon penampan seringnya mengakibatkan kawasan yang luas tidak dihuni (serupa dengan simpanan alam semula jadi, tetapi tanpa pelancongan). Pada dirinya, ia merupakan suatu fenomena yang agak unik di banyak kawasan yang kian maju dan sesak di seluruh dunia.

Lihat juga

  • Negara penampan
  • Kawasan bebas tentera

Pautan luar

  • "The World Heritage Convention and the Buffer Zone". ICOMOS Symposium. Kyushu University Graduate School of Law - Programs in English. November 28–29, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2011. Dicapai pada 24 Nov 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)