-logi

Akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik. Walau bagaimanapun, tidak semua bidang mempunyai '-ologi', sebagai contoh, pembelajaran tentang kelahiran anak dipanggil perbidanan dan yang melakukannya dipanggil bidan.

Etimologi

Perkataan ologi merupakan bahagian belakang kepada nama bidang. "-logi" lazimnya bermaksud "kajian tentang ____". Perkataan ini berasal dari Yunani atau Latin dengan terminal -logi terbit dari akhiran Yunani -λογια (-logia), percakapan, iaitu dari λεγειν (legein), bercakap. Perkataan ologi sering disalahfaham kerana 'o' sebenarnya adalah sebahagian dari perkataan asal yang menerima pengakhiran -logi. Sebagai contoh, bio sebahagian dari biologi berasal dari perkataan Yunani βιος (bios), kehidupan. Sebab itulah mengapa sesetengah perkataan tidak berakhir dengan -ologi (seperti mineralogi).

Senarai -ologi

Isi kandungan: Atas - 0–9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


A

  • Akarologi, kajian tentang tungau dan sengkenit
  • Aktinobiologi, kajian tentang kesan sinaran ke atas organisma hidup.
  • Aktinologi, kajian tentang tindakan sinaran atau cahaya
  • Aerobiologi, kajian tentang organisma bawaan udara dan taburannya seperti bakteria, spora fungus, serangga kecil yang dibawa oleh udara
  • Aerologi, kajian tentang atmosfera
  • Aetiologi, kajian perubatan bagi penyebab sesuatu penyakit
  • Agnoiologi, kajian tentang perkara yang disisihkan atau perkara yang tidak dapat diketahui
  • Agrobiologi, kajian tentang pertumbuhan dan nutrisi tumbuhan dan perkaitannya dengan tanah
  • Agrology
    • Kanada: seni dan sains pertanian
    • Bukan Kanada: kajian tentang tanah
  • Agrostologi, kajian tentang rumput
  • Algologi, kajian tentang algae
  • Allergologi, kajian tentang punca dan rawatan alergi atau alahan; satu cabang perubatan
  • Andrologi, kajian tentang kesihatan dan penyakit lelaki
  • Anestesiologi, kajian tentang penerapan anestesia atau anestetik; satu cabang perubatan
  • Angelologi, kajian tentang malaikat
  • Angiologi, kajian tentang anatomi darah dan sistem vaskular limfa
  • Antropologi, kajian tentang makhluk manusia dengan mengkaji ciri-ciri fizik, masyarakat dan budayanya
  • Apiologi, kajian tentang lebah (apiari)
  • Arachnologi, kajian tentang labah-labah dan jenisnya
  • Arkeologi, kajian tentang kebudayaan silam melalui analisis barang tinggalan
  • Arkeozoologi, kajian tentang hubungan antara manusia dan haiwan menerusi masa melaui pemeriksaan terhadap haiwan yang ditemui di tapak arkeologi
  • Areologi, kajian tentang Marikh
  • Assyriologi, kajian tentang masyarakat Assyria
  • Astakologi, kajian tentang udang getak
  • Asteroseismologi, kajian tentang struktur dalaman bintang dengan pendedahan melalui getarannya
  • Astrobiologi, kajian tentang asal hidupan
  • Astrogeologi, kajian tentang geologi bagi jasad cakerawala (cth., planet, asteroid, komet)
  • Astrologi, kajian tentang kesan tertentu oleh jasad cakerawala kepada hal ehwal bumi
  • Astrometeorologi, menggunakan astrologi untuk meramal cuaca
  • Atmologi, kajian tentang hukum dan fenomena wap akueus
  • Audiologi, kajian tentang pendengaran; satu cabang perubatan
  • Autekologi, kajian tentang ekologi spesies tertentu
  • Autologi, pernyataan atau perkataan yang menerangkan dirinya sendiri
  • Auxologi, kajian tentang pertumbuhan manusia
  • Axiologi, kajian tentang sifat nilai dan penilaian

B

  • Bakteriologi, kajian tentang bakteria
  • Balneologi, kajian saintifik tentang mandi, mandian dan penggunaanya dalam penyakit
  • Batologi, kajian tentang blackberries
  • Bibliologi, kajian tentang buku, cetakan, dan penerbitan; juga dikenali sebagai Bibliografi
  • Bioklimatologi, kajian tentang kesan iklim kepada organisma hidup
  • Biogeomorfologi, atau ekogeomorfologi, kajian tentang kaitan antara organisma dan proses geomorfologi
  • Bioekologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan persekitarannya
  • Biologi, kajian tentang hidupan
  • Biologi evolusi, kajian tentang proses evolusi haiwan
  • Biometeorologi, kajian tentang kesan keadaan atmsfera terhadap organisma hidup
  • Bioteknologi, penggunaan organisme hidup atau komponennya untuk meningkatkan kesihatan manusia dan kekurangan makanan
  • Boxologi kajian tentang tatarajah skematik, sebagai contoh carta organisasi korporat
  • Briologi, kajian tentang lumut jati dan lumut hati
  • Bryozoologi, kajian tentang filum Bryozoa
  • Buddhologi, kajian tentang ciri Buddha

C

  • Cereologi, kajian tentang pusaran ladang

D

  • Deltiologi, kajian, tetapi lebih kepada pengumpulan poskad bergambar
  • Demonologi, kajian tentang syaitan
  • Dendrokonologi, kajian tentang usia pokok dan rekodnya dalam lingkaran pokok
  • Dendrologi, kajian tentang pokok
  • Deontologi, dalam etika, kajian tentang tugas.
  • Dermatologi, kajian tentang kulit; satu cabang perubatan
  • Dermatopatologi, satu bidang patologi anatomi dematologi
  • Desmologi, kajian tentang ligamen
  • Dialektologi, kajian tentang dialek
  • Dipterologi, kajian tentang lalat
  • Diabetologi, kajian tentang diabetes mellitus
  • Dragonologi, kajian tentang naga

E

  • Edafologi, satu bidang sains tanah yang mengkaji kesan tanah kepada hidupan
  • Egiptologi, kajian tentang masyarakat Mesir purba
  • Eklesiologi, kajian tentang senibina dan hiasan atau kajian tentang Gereja Kristian
  • Ekogeomorfologi, atau biogeomorfologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan proses geomorfologi
  • Ekohidrologi, kajian tentang hubungan antara organisma dan kitaran air
  • Ekologi, kajian tentang hubungan antara organisma hidup dan persekitaran. Kadang-kala dieja sebagai "œkologi".
  • Ekofisiologi, kajian tentang hubungan antara fungsi jasmani organisma dan persekitarannya
  • Elektrofisiologi, kajian tentang hubungan antara fenomena eletrik dengan proses badan
  • Embryologi, kajian tentang embrio
  • Emetologi, kajian atau ilmu tentang emesis
  • Endokrinologi, kajian tentang sistem endokrin dan peranan sistem tersebut dalam fisiologi dan patologi tubuh
  • Enigmatologi, kajian tentang teka-teki
  • Enologi (atau Oenologi), kajian tentang wain dan pembatan wain
  • Entomologi, kajian tentang serangga
  • Enzimologi, kajian tentang enzim
  • Epidemiologi, kajian tentang asal dan penyebaran penyakit
  • Epistemologi, kajian tentang sifat dan asal pengetahuan
  • Eskapologi, amalan melepaskan diri dari kurungan dan ikatan
  • Eskatologi, satu cabang teologi yang menumpukan kejadian akhir dalam dunia kemanudiaan (akhirat)
  • Etnologi, kajian tentang bangsa
  • Etnomuzikologi, kajian tentang muzik dalam masyarakat, lazimnya muzik bukan dari barat
  • Etologi, kajian tentang tingkah laku haiwan
  • Etiologi, sama seperti Aetiologi
  • Etimologi, kajian tentang asal perkataan
  • Eulogi, ucapan puji-pujian
  • Eksobiologi, kajian tentang kehidupan di angkasa lepas

F

  • Farmakologi, kajian tentang ubat
  • Felinologi, kajian tentang kucing
  • Fenologi, kajian tentang fenomena biologi berkala seperti penghijrahan, pengawanan, dll.
  • Fenomenologi, kajian dan sains fenomena yang berbeza dari sains kewujudan sebenarl juga satu pergerakan yang diasaskan oleh Husserl yang mengkaji pengalaman sedar tanpa melibatkan metafizik
  • Fetologi, kajian tentang fetus, terutama apabila di dalam uterus. Kadang-kala dieja "foetologi"
  • Fikologi, kajian tentang alga
  • Filologi, kajian tentang bahasa bersama kesusasteraannya
  • Fisiologi, kajian tentang fungsi mekanikal, fizikal dan biokimia bagi organisma hidup
  • Fitologi, kajian tentang tumbuhan; botani
  • Fitopathologi ("patologi tumbuhan"), kajian tentang penyakit tumbuhan
  • Fitososiologi, kajian tentang ekologi komuniti tumbuhan
  • Flebologi, satu cabang perubatan yang menguruskan sistem aliran darah
  • Fonologi, kajian tentang bunyi vokal
  • Formikologi, kajian tentang semut
  • Frenologi, kajian tentang sifat seseorang melalui bentuk tengkorak
  • Fungologi, fungus + -ologi, see mikologi.
  • Futurologi, kajian tentang masa depan

G

  • Garbologi, kajian tentang sisa buangan dan sampah
  • Gastrologi atau Gastroenterologi, kajian tentang perut, usu dan penyakit yang berkaitan
  • Gemmologi atau Gemologi, kajian tentang batu permata dan barang perhiasan
  • Genealogi (sering disalah eja dan sebut sebagai "geneologi"), kajian tentang hubungan dalam keluarga terutama dalam membentuk salasilah keluarga
  • Genekologi, kajian tentang perbezaan genetik dan kaitannya dengan persekitaran
  • Geobiologi, kajian tentang biosfera dan kaitannya dengan litosfera and atmosfera.
  • Geokronologi, kajian tentang usia Bumi
  • Geologi, kajian tentang Bumi
  • Geomorfologi, kajian tentang bentuk muka bumi masa kini, lazimnya di atas Bumi tetapi sering digunakan untuk objek planter terdekat
  • Gerontologi, kajian tentang zaman dahulu
  • Glasiologi, kajian tentang glasier dan ais
  • Grammatologi, kajian tentang sistem tulisan dan nahu. Juga kajian tentang kritikan penulisan yang tidak membina, dipopularkan pada 1960-an oleh Jacques Derrida
  • Grafologi, kajian tentang tulisan tangan bertujuan untuk menganalisis perwatakan si penulis
  • Grossologi, kajian tentang kotoran. Hanya rekaan iaitu tajuk buku.
  • Ginaekologi atau Ginekologi, kajian tentang perubatan bagi wanita atau sakit puan

H

  • Hematologi/Haematologi, kajian tentang darah
  • Heliologi, kajian tentang the Matahari
  • Helioseismologi, kajian tentang getaran dalam Matahari
  • Helminthologi, kajian tentang cacing parasit. Lihat Vermeologi
  • Hepatologi, kajian tentang hati; satu cabang perubatan
  • Herbologi, kajian tentang penggunaan tumbuhan untuk rawatan
  • Herpetologi, kajian tentang reptilia dan amfibia
  • Heterologi, pernyataan atau perkataan yang tidak menerangkan dirinya sendiri tetapi mempunyai maksud berlainan dari apa yang tertera. (banding dengan autologi)
  • Heteroptologi, kajian tentang serangga hemiptera
  • Hidrogeologi, kajian tentang air bawah tanah
  • Hidrologi, kajian tentang air
  • Hieroglifologi, kajian tentang hieroglif Mesir, sistem penulisan purba
  • Hierografologi, kajian tentang teks suci
  • Hierologi, istilah yang lebih merangkum untuk teologi
  • Hipnologi, kajian tentang sleep (also: somnologi)
  • Hippologi, kajian tentang kuda
  • Histologi, kajian tentang tisu hidup
  • Histopatologi, kajian tentang struktur penyakit tisu (secara mikroskop)
  • Historiologi, kajian tentang penulisan dan amalan sejarawan
  • Homologi, konsep dalam in antropologi, biologi, topologi algebra, dan sosiologi, yang bermaksud "keserupaan dalam struktur"
  • Horologi, kajian tentang membuat pecahan masa, mengukur masa dan menjaga masa (juga kajian tentang masa)

I

  • Iknologi, kajian tentang kesan atau jejak fosil
  • Iktiologi, kajian tentang ikan
  • Ideologi, kajian tentang idea dalam masyarakat sama ada secara sosial, politik, sejarah atau sastera
  • Immunologi, kajian tentang sistem imun
  • Indologi, kajian tentang sejarah, bahasa, dan budaya sub-benua India
  • Iranologi, kajian tentang sejarah, budaya, seni, dan budaya Iran (Parsi)
  • Islamologi, kajian tentang Islam

J

  • Japanologi, kajian tentang masyarakat Jepun

K

  • Kampanologi, kajian dan seni tentang deringan loceng
  • Kardiologi, kajian tentang jantung
  • Kariologi, kajian tentang kariotaip (salah satu cabang sitologi nukleus, terutama yang khusus mengkaji kromosom)
  • Karakterologi, kajian tentang struktur watak atau perwatakan
  • Killologi, kajian tentang pembunuhan sesama manusia (teori Dave Grossman)
  • Kimatologi, kajian tentang gelombang atau pergerakan gelombang
  • Kinesiologi, kajian tentang pergerakan yang berkaitan dengan anatomi manusia
  • Klimatologi, kajian tentang iklim
  • Kodikologi, kajian tentang persediaan buku dan manuskrip (dakwat, kertas, velum dll.)
  • Koleopterologi, kajian tentang kumbang
  • Koniologi, kajian tentang habuk di atmosfera dan kesannya terhadap tumbuhan dan haiwan
  • Konkologi, kajian tentang haiwan bercangkerang dan moluska
  • Kontrologi, satu neologisme bagi kaedah Pilates, sistem latihan jasmani
  • Korologi, kajian tentang hubungan biologi atau fenomena lain dengan tempat mereka
  • Kosmologi, kajian tentang kosmos atau kedudukan kita di dalamnya
  • Kosmetologi, kajian tentang kosmetik dan kegunaannya
  • Kraniologi, kajian tentang ciri tengkorak
  • Kremlinologi, kajian tentang Kesatuan Soviet
  • Kriminologi, kajian saintifik tentang jenayah
  • Kriologi, kajian tentang suhu yang sangat rendah dan fenomena berkaitan
  • Kriptologi, kajian tentang bagaimana mengekod dan menyahkod pesanan rahsia
  • Kriptozoologi, kajian tentang haiwan yang mungkin atau tidak mungkin bermitos
  • Kristologi, kajian teologi tentang penebusan atau taubat, bukan hanya untuk Kristian sahaja
  • Kronologi kajian tentang turutan atau kajian tentang masa

L

  • Laringologi, kajian tentang larinks, atau kotak suara; satu cabang perubatan
  • Lepidopterologi, kajian tentang rama-ramai dan kupu-kupu
  • Lexikologi, kajian tentang kepentingan dan penggunaan perkataan
  • Limfologi, kajian tentang sistem limfa dan kelenjar
  • Limnologi, kajian tentang persekitaran air bersih, terutama tasik
  • Litologi, kajian tentang batuan
  • Ludologi, kajian tentang permainan video

M

  • Malacologi, kajian tentang moluska
  • Mammalogi, kajian tentang mamalia
  • Mereologi, kajian tentang hubungan (matematik) separa atau keseluruhan; satu cabang logik
  • Meteorologi, kajian tentang cuaca
  • Metodologi, kajian tentang kaedah atau tatacara
  • Metrologi, kajian tentang pengukuran
  • Mikrobiologi, kajian tentang mikroorganisma
  • Mikrologi, sains penyediaan dan pengendalian objek mikroskopik untuk kajian
  • Miksologi, kajian atau kemahiran membuat campuran minuman
  • Mineralogi, kajian tentang galian
  • Miologi, kajian saintifik tentang otot
  • Missiologi, kajian tentang mubaligh dan kerja-kerjanya
  • Mitologi, kajian tentang mitos
  • Molinologi, kajian tentang kincir
  • Monadologi, sebuah buku oleh Leibniz berkisar kajiannya tentang teori monad
  • Morfologi, kajian tentang bentuk yang digunakan dalam beberapa bidang lain seperti (biologi, linguistik, astronomi, dll.)
  • Muziologi, kajian tentang pengurusan muzium
  • Muzikologi, kajian tentang muzik
  • Mikologi, kajian tentang fungus

N

  • Nanoteknologi, kajian dan rekaan pada tahap molekul
  • Nanotribologi, kajian tentang geseran pada skala yang sangat kecil
  • Nefologi, kajian tentang awan
  • Nefrologi, kajian tentang ginjal dan penyakitnya; satu cabang perubatan
  • Nematologi, kajian tentang nematod
  • Neonatologi, kajian tentang penyakit dan penjagaan bayi baru lahir; satu cabang pediatrik
  • Neurofisiologi, kajian tentang fungsi sistem saraf
  • Neurologi, kajian tentang saraf
  • Neuropatologi, kajian tentang penyakit saraf
  • Nosologi, kajian tentang pengkelasan penyakit
  • Numerologi, kajian tentang nombor (sering bukan untuk matematik)
  • Nutriologi, kajian tentang pemakanan

O

  • Oseanologi, kajian tentang lautan
  • Odonatologi, kajian tentang pepatung
  • Odontologi, kajian tentang struktur, perkembangan dan keganjilan gigi
  • Oenologi, kajian tentang wain
  • Oftalmologi, kajian tentang mata
  • Omnologi, kajian tentang semua
  • Onkologi, kajian tentang barah
  • Oneirologi, kajian tentang mimpi
  • Onomatologi, kajian tentang nama yang elok
  • Ontologi, kajian tentang kewujudan
  • Oologi, kajian tentang telur
  • Organologi, kajian tentang peralatan muzik (bukan sahaja organ); lain, kajian tentang organ anatomi
  • Ornitologi, kajian tentang burung
  • Orologi, kajian tentang pergunungan dan pemetaan gunung
  • Ortopterologi, kajian tentang belalang dan cengkerik
  • Osteologi, kajian tentang tulang
  • Otolaringologi atau otorhinolaringologi, kajian tentang telinga dan tekak; satu cabang perubatan
  • Otologi, kajian tentang struktur, fungsi dan patologi telinga

P

  • Paleoantropologi, kajian tentang manusia prasejarah dan asal manusia
  • Paleobiologi, kajian tentang kejidupan prasejarah
  • Paleobotani, kajian tentang metafit prasejarah (spt. tumbuhan multisel)
  • Paleoklimatologi, kajian tentang iklim prasejarah
  • Paleoekologi, kajian tentang alam sekitar pra sejarah dengan menganalisa batuan dan fosil
  • Paleontologi, kajian tentang fosil hidupan purba
  • Paleofitologi (lihat "paleobotani"), kajian tentang tumbuhan multisel purba
  • Paleozoologi, kajian tentang metozoa prasejarah
  • Palynologi, kajian tentang debunga
  • Parapsikhologi, kajian tentang fenomena paranormal atau psikik yang tidak dapat diterang dengan penerangan saintifik
  • Parasitologi, kajian tentang parasit
  • Patologi, kajian tentang penyakit
  • Pedologi (kaji tanah), salah satu cabang sains tanah
  • Pedologi (kaji kanak-kanak)
  • Penologi, kajian tentang pengurusan penjara dan pemulihan jenayah
  • Personologi, kepelbagaian fisiognomi
  • Petrologi, kajian tentang batuan dan keadaan yang membentuknya
  • Pifilologi, amalan mnemonik dalam penulisan ayat seperti bilangan dalam perkataan bagi turutan nilai digit pi
  • Pirateologi, kajian tentang lanun
  • Planetologi, kajian tentang planet dan sistem suria; lazim dikenali sebagai sains planet
  • Planktologi, kajian tentang plankton
  • Pneumologi, sinonim kepada Pulmonologi
  • Pomologi, kajian saintifik dan penanaman buah
  • Posologi, kajian tentang dos dadah
  • Primatologi, kajian tentang primat
  • Proctologi, kajian tentang kawasan buritan (rektum, anus, kolon) badan
  • Psefologi, kajian, terutama secara statistik, bagi pilihan raya
  • Psikobiologi, kajian dan psikologi organisme menurut fungsi dan struktur mereka
  • Psikofarmacologi, kajian tentang psikotropik atau ubat psikiatrik
  • Psikofisiologi, kajian tentang asas fisiologi berasaskan proses psikologi
  • Psikologi, kajian tentang proses mental dalam makhluk hidup
  • Psikologi evolusi, kajian tentang proses evolusi (selalunya) manusia
  • Psikopatologi, kajian tentang proses mental bagi kesakitan mental
  • Pulmonologi, pengkhususan dalam perubatan yang mengendalikan penyakit peparu dan pernafasan

R

  • Radiologi, kajian tentang sinaran, lazimnya sinaran berion
  • Redologi, kajian tentang karya sastera China Dream of the Red Chamber
  • Refleksologi, kajian tentang tindakbalas
  • Reumatologi, kajian tentang penyakit reumatik, satu cabang perubatan
  • Rheologi, kajian tentang aliran
  • Rinologi, kajian tentang hidung dan penyakitnya
  • Ripperologi, kajian tentang Jack the Ripper dan jenayah yang berkaitan dengannya

S

  • Sarkologi, kajian tentang bahagian lembut dalam anatomi yang merangkumi miologi, angiologi, neurologi, dan splanknologi
  • Saintologi, satu falsafah kepercayaan yang direka penulis Amerika L. Ron Hubbard
  • Sedimentologi, satu cabang geologi yang mengkaji sediment
  • Seismologi, kajian tentang gempa bumi
  • Seksologi, kajian tentang seks
  • Selenologi, kajian tentang bulan
  • Semiologi, kajian tentang tanda
  • Semitologi, kajian tentang budaya Semitik
  • Serologi, kajian tentang serum darah
  • Serpentologi, kajian tentang ular
  • Setologi, kajian tentang setasea - ikan paus dan ikan lumba-lumba
  • Sifilologi, kajian tentang sifilis
  • Simbologi, the kajian dan tafsiran simbol, juga digunakan untuk kod bar
  • Simptomatologi, kajian tentang simptom
  • Sindonologi, kajian tentang Selubung Turin
  • Sinologi, kajian tentang China
  • Sitiologi, kajian tentang diet
  • Sitomorfologi, kajian tentang struktur sel
  • Sitologi, kajian tentang sel
  • Skatologi, kajian tentang najis haiwan
  • Sosiologi, kajian tentang masyarakat
  • Sosiobiologi, kajian tentang kesan evolusi terhadap etologi
  • Somnologi, kajian tentang tidur, juga: hipnologi
  • Somatologi, kajian tentang perwatakan manusia
  • Soteriologi kajian tentang doktrin takhlisan, terutama berkaitan dengan Kristian
  • Sovietologi, kajian tentang komunis Kesatuan Soviet
  • Speleologi, kajian atau penerokaa gua
  • Sporalogi, ajukan astrologi
  • Stematologi, bidang yang cuba untuk membentuk kembali teks berasaskan kaitan dari mana-mana manuskrip yang terselamat
  • Stomatologi, kajian tentang mulut dan penyakitnya
  • Sumerologi, kajian tentang masyarakat Sumerian

T

  • Taksologi, sinonim kepada taksonomi
  • Tanatologi, kajian tentang masalah jasmani, psikologi dan sosial yang berkaitan dengan kematian
  • Teknologi, kajian tentang seni pembuatan
  • Teleologi, kajian tentang pengakhiran atau sebeb akhir
  • Teologi, kajian tentang agama
  • Teratologi, kajian tentang keajaiban, atau raksasa
  • Terminologi, penggunaan dan kajian tentang istilah
  • Termologi, kajian tentang haba
  • Tibetologi, kajian tentang Tibet
  • Tipologi, kajian tentang penkelasan
  • Tokologi, kajian tentang kelahiran anak
  • Toksikologi, kajian tentang racun
  • Tonologi, kajian tentang intonasi ucapan
  • Topologi, kajian matematik tentang sambungan dan hampiran
  • Traumatologi, kajian tentang luka dan kecederaan yang disebabkan kemalangan atau penghinaan dan rawatannya; satu cabang perubatan
  • Tribologi, kajian tentang geseran dan pelinciran
  • Trikologi, kajian tentang rambut dan kulit kepala

U

V

X

  • Xenobiologi, kajian tentang hidupan luar bumi
  • Xilologi, kajian tentang kayu

Z

  • Zimologi, kajian tentang penapaian
  • Zooarkeologi, kajian dan analisis haiwan yang terdapat di tapak arkeologi untuk mengetahui hubungannya dengan orang, haiwan lain dan persekitaran (lihat juga Arkeozoologi)
  • Zoologi, kajian tentang haiwan
  • Zoopatologi ("patologi haiwan"), kajian tentang penyakit haiwan

Pautan luar

  • (Inggeris) What's OLogy? Diarkibkan 2007-12-23 di Wayback Machine
  • (Inggeris) List of ologies Diarkibkan 2011-05-17 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Another list of ologies Diarkibkan 2007-11-14 di Wayback Machine
  • (Inggeris) The famous British "ology" advert
  • (Inggeris) A list of science ologies