460 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 48-an SM
  • 47-an SM
  • 46-an SM
  • 45-an SM
  • 44-an SM
Tahun:
  • 463 SM
  • 462 SM
  • 461 SM
  • 460 SM
  • 459 SM
  • 458 SM
  • 457 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Parsi

  • Mesir memberontak terhadap pemerintahan Parsi. Inaros, ketua Mesir, meminta bantuan daripada Athens yang rela memberikannya kerana Athens merancang untuk berdagang dan menjajah Mesir. Seangkatan tentera laut yang terdiri daripada 200 buah kapal trirem Athens yang sedang berkempen di Cyprus diperintah dengan segera untuk membantu Mesir.
  • Achaemenes, satrap (gabenor) Parsi di Mesir, ditewaskan dan dibunuh oleh tentera Mesir dalam pertempuran di Papremis pada tebing Sungai Nil.
  • Pembinaan kompleks istiadat di Apadana (balai menghadap) untuk Darius dan Xerxes I di Persepolis disiapkan.

Yunani

  • Perang Peloponnesus Pertama tercetus antara Liga Delos (diketuai oleh Athens) dengan perikatan Peloponnesus (diketuai oleh Sparta), akibat sebahagian oleh perikatan Athens dengan Megara dan Argos, serta reaksi Sparta yang menyusul. Athens telah membina tembok-tembok panjang di pelabuhan Nisaea untuk Megara, dan mengabikatan permusuhan Corinth, pesaing lama Megara.
  • Argos memberontak terhadap Sparta, dan Athens membantu Argos serta Thessaly. Angkatan tentera yang kecil yang dihantar oleh Sparta untuk mematahkan pemberontakan di Argos ditewaskan oleh angkatan bersama Athens dan Argos di Oenoe.

Republik Rom

  • Pertikaian tertimbul antara golongan-golongan ningrat dan marhaen Rom. Pada masa yang sama, terdapat juga suatu pemberontakan oleh hamba-hamba Rom. Semasa pemberontakan, Bukit Campidoglio dikawal oleh hamba-hamba buat tempoh yang lama, bersama dengan candi-candi yang paling penting di Rom. Adalah semasa pemberontakan ini bahawa Konsul Publius Valerius Publicola meninggal dunia, dan Lucius Quinctius Cincinnatus dilantik sebagai penggantinya. Pemberontakan ini hanya berakhir dengan ketibaan seangkatan tentera dari Tusculum yang diketuai oleh Lucius Mamilius, diktator Tuscula.

Sicily

  • Ducetius, ketua keyunanian Siculi (kaum kuno Sicily) mengambil kesempatan yang diberikan oleh keadaan tidak keruan yang menyusuli kejatuhan pemerintahan penzalim di Syracuse dan negeri-negeri Sicily yang lain. Dengan bantuan daripada pihak demokrasi Syracuse, beliau mengusir kolonis-kolonis bekas penzalim Hieron dari Catana dan mengembalikannya kepada penduduk-penduduk asalnya.

Mengikut topik

Seni

  • Polygnotos dari Thasos menghiasi stoa (serambi anjung) di utara Agora kuno Athens (tarikh anggaran).
  • Arca mengenai seorang Pahlawan Muda" (kemudiannya didapati di laut berhampiran dengan Riace, Itali) dicipta, dan kini berada di Museo Archeologico Nazionale, Reggio Calabria, Itali (tarikh anggaran).

Kelahiran

Kematian

  • Epicharmus, pemuisi Yunani (lahir 550 SM).
  • Panini, ahli nahu Hindu India (lahir 520 SM).
  • Themistocles , ahli politik dan strategi tentera laut Athens (lahir 525 SM)
  • Achaemenes, satrap (gabenor) Mesir.
  • Publius Valerius Publicola, konsul Rom.